HomeHome  ­RegisterRegister  ­MemberlistMemberlist  ­FAQFAQ  ­Log inLog in  
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.Share | 
 

 Taman Burung ---> Kuala Lumpur

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ganahsokmo
Crew


Male Number of posts: 13019
Age: 28
Location: kelate & kolo lupo
Registration date: 2008-01-14

PostSubject: Taman Burung ---> Kuala Lumpur   Wed 22 Apr 2009, 10:08 pm

Taman Burung Kuala Lumpur terletak di dalam kawasan Taman Tasik Perdana, kira-kira 10 minit perjalanan dari pusat bandaraya. Lebih 3,000 ekor burung dari 200 spesies ditempatkan di dalam sebuah taman yang indah.

Sambil berjalan di taman, ambil peluang bergambar dengan itik mandarin, burung helang, burung enggang, burung kasawari dan banyak lagi.


Terdapat juga bilik khas untuk pengeraman telur burung, serta nurseri yang memberi peluang kepada pengunjung melihat dengan lebih dekat telur di dalam inkubator.

Terdapat juga pertunjukan burung di Amphiteater yang diadakan pada jam 12.30 tengahari dan 3.30 petang setiap hari. Jangan lepaskan peluang menyaksikan pelbagai spesies burung berterbangan di dalam taman yang indah!

Taman Burung KL ini dikatakan adalah taman burung bebas terbesar di dunia.


Pengangkutan awam

- Rapid KL Bas No. B115 dari Kotaraya ke Jalan Parlimen - Bas Pelancongan Dua Tingkat KL Hop-On-Hop-Off, berhenti di stesyen No. 14 berdepan pintu masuk Taman Burung KL.

Pengangkutan awam

- Keretapi KTM Komuter, and boleh berhenti di stesyen KTM KL (lama) berdekatan Masjid Negara. Perjalanan hanya beberapa minit ke Taman Burung KL.

Memandu
- Dari Jalan Bangsar, hala lurus ke arah Stesyen Keretapi KTM. Di bulatan sini, ikut laluan kiri ke Masjid Negara.

- Dari Jalan Mahameru, belok kiri ke Jalan Parlimen. Di lampu isyarat, belok kanan ke arah Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur.


Untuk maklumat lanjut, hubungi Safari Bird Park & Wonderland Sdn. Bhd. di talian +603-2272 1010 atau layari laman web mereka: www.klbirdpark.com
Back to top Go down
View user profile http://saipul369.blogspot.com
 

Taman Burung ---> Kuala Lumpur

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Riders Malaya Community :: Special Interest :: Zoom Malaysia @ RMC-
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.