ganahsokmo Crew

Number of posts: 13019 Age: 28 Location: kelate & kolo lupo Registration date: 2008-01-14
 | Subject: Syurga Haiwan Comel ---> Johor Wed 22 Apr 2009, 12:18 pm | |
|  
 
MATANYA bundar, sesekali berkelip seakan-akan meminta perhatian. Corak tompok-tompok pula membuatkan mata yang terpandang mahu menoleh sekali lagi. Kelibat rusa, haiwan comel yang berkeliaran bebas seakan-akan bersama-sama menyambut kedatangan penulis yang pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Sibu Tengah, Johor, akhir bulan lalu.
Kelibat rusa, haiwan comel yang berkeliaran bebas seakan-akan bersama-sama menyambut kedatangan penulis yang pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Sibu Tengah, Johor, akhir bulan lalu.
Setidak-tidaknya, menyaksikan aksi lincah hidupan liar itu menghilangkan mengantuk dan penat selepas enam jam perjalanan ke pulau peranginan ini.
"Ada kira-kira 20 rusa di sekitar pulau ini. Ia dibiarkan hidup bebas bersama haiwan lain termasuk burung merak, ayam belanda, anak kambing dan antelop.
"Jangan terkejut sekiranya anda melihatnya di mana-mana termasuk di bawah chalet," kata Pengarah Jualan Sibu Island Resort (SIR), Serene Toh.
Menurutnya, bertambah lucu apabila ada tetamu terutama warga Eropah sanggup berkejar semata-mata mahu merakamkan gambar sambil mendakap haiwan ini. Nampak saja jinak, tetapi jika didekati, ia akan melompat apabila terasa terancam. Namun, ia kembali berkumpul di zoo mini SIR untuk menikmati dedak tiga kali sehari.
Toh berkata, rusa bukanlah satu-satunya keistimewaan di Sibu Tengah. Sebaliknya, pulau seluas 45 hektar itu menawarkan pelbagai aktiviti menarik dalam landskap semula jadi.
Kembara diteruskan sebaik urusan daftar masuk selesai. Kami dibawa jurupandu Sam, meneroka empat pantai tanpa nama di sekeliling pulau ini. Laluan denai hutan turut melewati tapak perkampungan lama pulau ini dan berhenti di puncak bukit bagi menikmati pemandangan indah gugusan pulau yang membentuk di sekitar Pulau Sibu.
Di sini, pengunjung dapat melihat Pulau Kukus, Sibu Hujung, Metinggi, Lima dan Tinggi yang sering dijadikan lokasi untuk aktiviti snorkling bagi kebanyakan pengunjung.
"Faktor itu jugalah menyebabkan pulau ini terlindung daripada ancaman ribut berikutan halangan semula jadi iaitu pulau lain yang mengelilinginya" katanya.
Katanya, pantai 1 dan 2 berdepan dengan blok penginapan lebih sesuai untuk pelbagai aktiviti riadah seperti bola tampar, futsal dan trampolin. Pantai 3 dan 4 yang agak tersorok pula sesuai dijadikan lokasi renang dan perkelahan.
"Amat mudah untuk melihat timun laut yang bersepah di sepanjang gigi air.
"Pelancong Korea dan Jepun gembira melihat hidupan ini yang dikomersilkan untuk produk kesihatan mereka," katanya.
Menurutnya, jika bernasib baik, pengunjung dapat melihat penyu di perairan sekitar pulau ini. Keluar dari hutan, kami diajar memanah secara profesional, satu lagi aktiviti mesti dicuba setiap tetamu ke Sibu Tengah.
Bagi penggemar aktiviti lasak, boleh mencuba 'flying fox', 'wall climbing' dan 'abseiling'. Anak kecil pula boleh dibiarkan bebas bermain di taman permainan kanak-kanak.
Agenda hari kedua diteruskan dengan snorkling di Pulau Kukus dan Sibu Hujung. Kaya dengan terumbu karang, ia turut menjadi tumpuan pelancong.
Singgah sebentar di kelong, kami melihat kaki pancing bermain mahjong sementara menantikan umpan joran disambar ikan. Walaupun tidak sebesar ikan laut dalam, ia masih menjanjikan tangkapan menarik termasuk kembung, gerong belang, cermin kerapu dan pari.
Menurut Sam, jeti di SIR yang dalam juga lokasi paling dekat untuk mendapatkan tangkapan dengan saiz berkali ganda daripada di kelong.
Menjelang petang, bot singgah di Pulau Sibu Hujung untuk melihat kehidupan masyarakat nelayan.
Penginapan
Sebagai satu-satunya pusat peranginan di pulau ini, SIR menyediakan 121 chalet dengan seni bina perkampungan Melayu dalam kehijauan latar semula jadi dan landskap tumbuhan hiasan.
Penginapan lima bintang ini dilengkapi kemudahan pusat rekreasi air, permainan dalam, kolam renang, spa dan gelanggang tenis. Menariknya, ia turut menawarkan polisi matahari iaitu penginapan semalam percuma sekiranya hujan turun lima jam sehari, antara jam 9 pagi hingga 5 petang.
Pengurus Residen SIR, Mohd Hamidi Haron, berkata pihaknya menyediakan dua aktiviti percuma sehari untuk setiap tetamu bagi menjadikan percutian mereka di pulau itu lebih istimewa.
SIR yang dibangunkan pada 1996, kembali dibuka pada tahun ini, selepas dua tahun ditutup sementara untuk naik taraf dan pengubahsuaian.
CARA KE SANA
# Bagi yang berkenderaan sendiri, terutama dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan memasuki Plaza Tol Air Hitam untuk ke Kluang. Perjalanan memakan masa lima jam.
# Dari sini, anda akan ke Jemaluang sebelum ke Tanjung Leman. Dari Johor Bahru pula, anda boleh meneruskan perjalanan ke Tanjung Leman, tanpa perlu ke Jemaluang.
# Anda boleh meletakkan kenderaan di parkir dekat jeti dengan harga RM5 sehari.
RUJUKAN PERCUTIAN
Sibu Island Resort Kota Tinggi, Johor Tel: 07-2225155 E-mel:info@sibuislandresort.com.my www.sibuislandresort.com.my
Tourism Malaysia Tel: 03-2615 8188 Tourism Infoline: 1-300-88-5050 E-mel: enquiries@tourism.gov.my http://www.tourism.gov.my/
* sumber: harian metro
|
|
wanTulang

Number of posts: 29 Age: 21 Location: Jay Bee Registration date: 2009-09-15
 | Subject: Re: Syurga Haiwan Comel ---> Johor Wed 16 Sep 2009, 9:40 pm | |
| peh cm bce novel jek rse... aku pn x pnh g lg.. mcm syiookkk jek... |
|
chick3n

Number of posts: 786 Age: 24 Location: CHERAS - GOMBAK - N9 - JB Registration date: 2009-08-22
 | Subject: Re: Syurga Haiwan Comel ---> Johor Thu 17 Sep 2009, 12:29 pm | |
| uit nie leh buat top 5 tuk list g honey moon nie..hehehehehe |
|