ganahsokmo Crew

Number of posts: 13019 Age: 28 Location: kelate & kolo lupo Registration date: 2008-01-14
 | Subject: Pulau Pinang .... Wed 22 Apr 2009, 6:13 pm | |
| Mutiara Timur Pulau Pinang juga dikenali sebagai Mutiara Timur merupakan salah sebuah pulau yang terindah dan paling romantis di Asia. Pulau tropika ini terletak di Lautan Hindi di bahagian barat laut Semenanjung Malaysia.
Pulau Pinang mendapat namanya dari pokok pinang yang tumbuh melata di pulau tersebut pada suatu masa dahulu. Pulau ini diasaskan sebagai pusat dagang British yang pertama di Timur pada tahun 1776 dan kini merupakan kotaraya yang mencerminkan gabungan unik timur dan barat.
Pulau Pinang terdiri dari dua kawasan utama iaitu pulau dan sebidang tanah di tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Prai. Jambatan Pulau Pinang merupakan sebuah jambatan terpanjang di Asia yang berukuran 13.5 km menyambungkan Pulau Pinang dengan tanah besar Semenanjung. Pulau Pinang juga boleh dihubungi dengan perkhidmatan feri terus ke tanah besar. Bandar Georgetown merupakan ibunegeri Pulau Pinang yang dipenuhi dengan sejarah dan warisan tetap menyerlahkan kemajuan dan pembangunan.
Terdapat beberapa tempat yang menggambarkan suasana zaman silam di bandar ini seperti jalan yang sempit, beca, kuil-kuil Hindu serta para penjaja yang menjual barangan mereka - pemandangan yang seolah-olah tidak pernah berubah sejak dahulu lagi.
Pulau Pinang merupakan destinasi sesuai bagi mereka yang gemar membeli-belah mencari barangan lama mahupun yang baru, kesemuanya pada harga yang amat murah. Di sini juga para pelancong berkesempatan mencuba sajian-sajian makanan yang paling lazat di rantau ini yang merangkumi masakan Cina, Melayu, Nyonya dan pelbagai makanan gerai seperti nasi kandar, char kway teow dan laksa Penang yang kesemuanya dimasak dengan gaya yang unik. |
|
Abob Hardcore

Number of posts: 5207 Age: 31 Location: Somewhere in KL Registration date: 2008-01-29
 | Subject: Re: Pulau Pinang .... Thu 17 Sep 2009, 1:50 pm | |
| i love penang.......  |
|
joei99

Number of posts: 3649 Age: 26 Location: x tentu Registration date: 2008-11-28
 | Subject: Re: Pulau Pinang .... Fri 18 Sep 2009, 5:21 pm | |
| i like awekss penang...... kat belah seberang perai ramai awek2 biker woo,laju2 plak tu...  |
|
ansar

Number of posts: 3086 Age: 18 Location: KoTa KuaLa MuDa-GomBaK-PenaGa-KaJanG-UiTM SeGamaT... KaK| BaKaR... Registration date: 2008-02-21
 | Subject: Re: Pulau Pinang .... Tue 22 Sep 2009, 3:09 am | |
| eheh....dtg la penang...mcm2 adaaa.... |
|