HomeHome  ­RegisterRegister  ­MemberlistMemberlist  ­FAQFAQ  ­Log inLog in  
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.Share | 
 

 Istana Negara ---> Kuala Lumpur

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ganahsokmo
Crew


Male Number of posts: 13019
Age: 28
Location: kelate & kolo lupo
Registration date: 2008-01-14

PostSubject: Istana Negara ---> Kuala Lumpur   Wed 22 Apr 2009, 10:01 pm

Istana Negara ini asalnya adalah kediaman seorang ahli perniagaan Cina, Chan Wing yang dibina pada 1928.

Sewaktu penjajahan Jepun di Malaya pada 1942- 1945, Jepun
mengambil-alih kediaman ini dan menukarnya menjadi kediaman rasmi dan pejabat bagi pegawai-pegawai Jepun.

Setelah berakhirnya perang dunia, kerajaan Negeri Selangor
mengubahsuai kediaman ini dan menjadikan ia tempat kediaman rasmi Sultan Selangor.

Apabila negara mencapai Kemerdekaan pada 1957, Kerajaan Persekutuan yang baru dibentuk ketika itu, mengubah kediaman ini menjadi kediaman rasmi bagi Yang Di-Pertuan Agong.

Hari ini, kita dapat saksikan ramai pelancong datang ke kawasan
luar Istana Negara untuk menyaksikan acara penukaran pegawai berkuda di pintu hadapan istana. Ia suatu acara yang menarik, jadi pastikan anda tidak lupa untuk membawa kamera.

Istana Negara ini dikelilingi pagar tinggi, tapi anda masih boleh melihat kawasan istana dan taman yang menarik dan dijaga dengan indah.

Kawasan Istana Negara tidak dibuka kepada orang ramai, oleh itu kawasan pintu utama istana sering menjadi tumpuan peluang bergambar bagi pengunjung.


Teksi

Dari stesyen KL Sentral, anda boleh mengambil teksi ke Istana Negara. Ini adalah pengangkutan yang paling sesuai ke sana.


Untuk maklumat lanjut, layari: www.malaysianmonarchy.org.my
Back to top Go down
View user profile http://saipul369.blogspot.com
 

Istana Negara ---> Kuala Lumpur

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Riders Malaya Community :: Special Interest :: Zoom Malaysia @ RMC-
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.