HomeHome  ­RegisterRegister  ­MemberlistMemberlist  ­FAQFAQ  ­Log inLog in  
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.Share | 
 

 Bangunan Sultan Abdul Samad ---> Kuala Lumpur

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ganahsokmo
Crew


Male Number of posts: 13019
Age: 28
Location: kelate & kolo lupo
Registration date: 2008-01-14

PostSubject: Bangunan Sultan Abdul Samad ---> Kuala Lumpur   Wed 22 Apr 2009, 9:48 pm

Bangunan Sultan Abdul Samad ini adalah mercu tanda yang terkenal, terletak di hadapan Dataran Merdeka. Ia juga berdekatan Kelab DiRaja Selangor dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Sejarah awal bangunan ini ialah sebenarnya siap dibina pada 1897 oleh A.C. Norman. Ia juga digunakan untuk menempatkan beberapa jabatan kerajaan pada zaman pentadbiran British di Malaya. Hari ini, ia digunakan untuk pejabat mahkamah tinggi.

Ciri unik bangunan ini ialah senibina Moor selain jam menara
yang sering digambarkan oleh hampir setiap pengunjung ke Kuala Lumpur.


Pada hari perayaan bersejarah, bangunan ini akan dihiasi dengan lampu berwarna-warni dan bendera. Dataran Merdeka yang terkenal juga hanya terletak di seberang jalan.

Menara jam bangunan ini kira-kira 40 meter tinggi, dan sering dikenali sebagai 'Big Ben' Malaysia.


Putra Lrt, Teksi, Bas
Mercu tanda terkenal ini terletak berhadapan Dataran Merdeka. Untuk ke sini, anda boleh menggunakan Putra Lrt dan turun di stesyen Masjid Jamek atau stesyen Pasar Seni. Tanyalah arah untuk ke tempat ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), 109
Jalan Ampang, Kuala Lumpur 50450. Tel: +603-9235 4848 / 9235 4900 Faks:
+603-2162 1149

Back to top Go down
View user profile http://saipul369.blogspot.com
 

Bangunan Sultan Abdul Samad ---> Kuala Lumpur

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Riders Malaya Community :: Special Interest :: Zoom Malaysia @ RMC-
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.