HomeHome  RegisterRegister  FAQFAQ  Log inLog in  
Post new topic   Reply to topic
 

FMEA FOR ZZR 250

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : Previous  1 ... 7 ... 10, 11, 12, 13, 14  Next
AuthorMessage
kueh



Gender:Male
Age : 32
Joined : 17 Jan 2008
Posts : 320
Location : kuantan

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Mon 12 May 2008, 2:48 pm

tensioner - maybe kot. sejak dpt moto ni tak penah lagi aku cek n greasekn menatang alah tu.

ejas tepet sndri? wah. aku sume sruh kedai. kekeke.
_________________

Never love a love that hurts; never hurt a love that loves.
Back to top Go down
functionx



Gender:Male
Age : 21
Joined : 14 Feb 2008
Posts : 303
Location : cheras

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Mon 12 May 2008, 10:49 pm

sebab sebab clutch anda berbunyi :


http://forums.ninja250.org/viewtopic.php?p=669456#669456



secara pendek.. memang design clutch basket kawa camtu.. Sad
buka link tersebut, rasanya boleh faham sekadar tengok gambar je.


bila kita hantar kedai, dan depa kata "rivet clutch", yg diorang rivet adalah pin yg ditunjukkan dengan anak panah warna merah dlm gambar pertama tu.

Pin tu mengikat driving gear ngan clutch basket motor kita. Antara driving gear ngan clutch basket tu ada bushing getah.

Bushing getah ni yg rosak.. dan bila rosak ada "play"/clearance terlebih antara driving gear dengan clutch basket (lebih kurang macam bushing sprocket carrier rosak/longgar la)... dan itu yg menyebabkan bunyi.


Bila rivet, langsung takde play.. jadi bunyi tu hilang. Takde cara nak ganti bushing ni.... nak hilangkan bunyi samada kene tukar satu clutch basket/driving gear assembly, atau rivet clutch basket yg ada.


motor aku clutch basket memang dah bunyi lama dah. Tapi sekali sekala aku bukak tengok.. takde slack, dan bunyi tu camtu je (tak jadi makin teruk atau makin elok) jadi aku biar je.
Back to top Go down
kueh



Gender:Male
Age : 32
Joined : 17 Jan 2008
Posts : 320
Location : kuantan

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Thu 15 May 2008, 11:02 am

utk tensioner, grease ape yg seswei?

aku ade beli dua - heavy duty yg kale dark red n hi temp grease yg kale dark blue?
_________________

Never love a love that hurts; never hurt a love that loves.
Back to top Go down
UnoS



Gender:Male
Age : 30
Joined : 18 Jan 2008
Posts : 157
Location : N9, Lembah Klang, Selangor n little bit Perok ler!

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Fri 16 May 2008, 12:38 pm

kueh wrote:
utk tensioner, grease ape yg seswei?

aku ade beli dua - heavy duty yg kale dark red n hi temp grease yg kale dark blue?



kueh... biasa org pakai yg kaler dark red tu... tapi aku ade suggestion utk grease yg industrial punye... boleh tyr grease yg aku suggest ni ( sebab aku dah pakai dan terbukti berkesan)

Brand: Taiken
Made: In Japan
For heavy load/heavy duty/ high temp
kaler: dark red
_________________
Back to top Go down
johnckl



Gender:Male
Age : 43
Joined : 16 Jan 2008
Posts : 228
Location : Cheras, KL

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Sat 17 May 2008, 2:22 pm

functionx, good info on the clutch basket, siap gambar2 rujukan.

kueh, tukar jer satu set tensioner tu, kurang dari RM100.
Back to top Go down
raziskov



Gender:Male
Age : 32
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 2470
Location : Shah Alam-Bkt.Jalil-Jasin.

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Tue 20 May 2008, 3:13 pm

Problem:
1. Radiator “Kencing”
2. Radiator “kencing” walaupun temp naik separuh saje.
3. Temperature naik secara mendadak semasa ride.
4. Temperature naik walaupun ride 100km/j pastu radiator “kencing”.
5. Temperature motor naik masa idle/berhenti.
6. Motor “berasap” atau bahang melampau masa berhenti.


Fenomena kencing berdarah hijau...

Senarai di atas adalah antara2 masalah yg sering dihadapi oleh pemilik2 KAWASAKI ZZR 250.
Semua masalah diatas adalah berpunca dari sistem penyejukan(cooling system) didalam motor kita sendiri.Kita fahamkan dulu konsep cooling system bermula dari radiator sehinggalah component2 yg terlibat.
Di dalam cooling system,thermostat tu sendiri adalah injap atau valve yang akan terbuka dgn sendirinye pada temperature tertentu.sebenarnye temperature tu adalah punca pada perubahan tekanan didalam saliran penyejukan.Tekanan ini yg akan menolak valve/injap dalam thermostat.Maka saliran air sejuk akan berputar dgn betul..
Masalahnye bila valve ni sudah start atau keras/spring patah..menyebabkan saliran air panas yg diserap dari blok enjin tersekat.Tu yg menyebabkan temp naik dan air yg panas ini kan ditendang masuk ke dalam spare coolant tank sehingga menyebabkan overflow atau fenomena "kencing"..
Contoh saliran air dari radiator ke enjin:




bulat hijau = termostat...
bulat oren = kawasan panas...
petak biru = thermo unit yg mghantar isyarat kpd meter suhu..

Super Falnker:
"bila termostat xberfungsi @ berfungsi dgn xsmpurna, laluan air panas ke radiator terganggu @ tersekat...jd air panas xdapat melepasi roadblock (termostat)...hasilnya, air panas tuh terperap je kat situ dan menjadi makin panas...dlm ms yg sama thermo unit menghatar isyarat ke meter suhu.."

Banyak kebarangkalian/kemungkinan/possibility yang menyebabkan temp engine motor ni naik secara perlahan atau mendadak dan seterusnya mengakibatkan radiator terpaksa menolak air yg terlalu panas keluar melalui coolant spare tank.

Potential Root Cause:

1. Thermostat
2. Radiator Cap
3. Water pump
4. Fan switch
5. Radiator leaking/tersumbat.
6. Fan not working.
7. Saluran air di blok engine tersumbat/clogged.
8. Radiator hose.
9. Gasket for head cylinder.



1. Thermostat

Lokasi thermostat terletak dibawah fuen tank.Ia hanyalah mechanical valve yg berfungsi membenarkan air mengalir melaluinya pada suhu dan tekanan tertentu.



Memandangkan usia motor zzr kita ni sudah melebihi 10 tahun..mesti ada parts yg akan rosak atau menunggu masa utk rosak.
Begitu juga dgn thermostat ni..pengalaman saya sendiri membuka dan mengeluarkan sendiri thermostat dari housingnye.



Keadaan isi perut thermostat yg penuh karat dan getahnye sudah keras dan rapuh.


Keadaan thermostat yg sudah terlalu usang dan berkarat akan menyebabkan ia sudah tidak dapat berfungsi dgn baik.Walaupun keadaannye dari mata kasar masih baik tetapi berkemungkinan getahnya yg berfungsi sebagai seal sudah rapuh.Springnya juga sudah hilang kekenyalan/terlalu keras menyebabkan pressure dalam cooling system tidak dapat menolak valve pada masa yg diperlukan.Maka air akan tersekat disitu dan secara automatiknye menyebabkan overheat.


2. Radiator Cap

Radiator cap yg terkandung dan dicadangkan dalam manual zzr adalah dalam range 0.95-1.3 kg/cm3.



Saya bulatkan saiz pada radiator cap yg akan digunakan.Biasanya utk zzr ni kita akan gunakan 1.1kg/cm3.Fungsinye adalah sebagai penutup radiator.Seperti juga thermostat..radiator cap ni juga ada getah dan spring.Biasanye getahnye / spring akan wound out atau kemek atau pun hilang kekenyalannye disebabkan process sejuk dan panas.

3. Water Pump.



Water pump ini berfungsi sebagai kipas yang akan mengalirkan air keseluruh cooling system.Tanpa water pump ini air takkan dapat berpusing atau mengalir dari radiator ke engine.Biasanye jika water pump ini tidak berfungsi..temperature akan naik secara mendadak tidak kira pada apa kelajuan pun.


4. Fan switch



Fan switch ni pulak berfungsi memberi signal pada kipas radiator untuk berpusing dan seterusnye menyejukkan air dalm radiator yg panas.
Jika alat ini tidak berfungsi atau tidak sensitif..maka kipas tidak akan berpusing atau kipas akan berpusing pada suhu yang tidak sepatutnye(biasanye pada suhu yg tinggi).

5. Radiator leaking/tersumbat.

Radiator ini boleh tersumbat disebabkan karat yg terbentuk atas tindak balas kimia di dalam air dan besi.Tu pasal kita disarankan menguunakan air tanpa mineral/air suling kerana air paip atau mineral mengandungi bahan2 terampai yang akan memangkinkan pembentukkan karat didalam air radiator.


6. Fan not working.

Kipas ni akan bergantung pada “fan switch” dan hanya akan berfungsi pada suhu radiator mencecah 96~100C dan akan berhenti bila suhu jatuh kepada 91C.Kipas ni kena berfungsi untuk memastikan suhu air dalam radiator berada di dalam spec yg ditetapkan.

7. Saluran/lubang air di blok engine tersumbat/clogged.





Gambar bulatan dan anak panah menunjukkan tempat yg biasanye tersumbat dan akan mengakibatkan air bergerak terlalu perlahan atau tidak bergerak langsung.


8. Radiator hose.



Anak panah yg berwarna hijau adalah tempat yg akan selalu menyebabkan leak pada semua hose.

Raziskov:
“Kena pakai liquid gasket gak sebab surface housing tu dah tak rata...
Kencing gak Unos..tapi aku rasa aku tau sebab musababnye..
Rasa aku laluan cooling system motor aku ni ada yg dah leaks especially
pada antara host getah tu dengan mane besi penyambung.
Bukan leak besar la..tapi leak yg akan mengurangkan pressure dalam line cooling system tu..
Bila pressure dalam cooling system kurang mampat.. ia tak cukup kuat untuk menolak
valve yg ade dalam thermostat tu..so air panas tu akan ditolak masuk ke dalam coolant spare tank sampai la overflow..”

Muzzafar:
kalo cooling system ada kebocoran, mmg temp akan naik dan akan terjadi masalah kencing..
tp pada pendapat aku, kalau dia x dapat tolak valve yg ada dlm thermostat tu, air panas tu x kan ditolak masuk dalam coolant spare..
apa yg jd ialah bila ada kebocoran dalam cooling system ni, presure air akan drop..
bila presure air drop, air akan lbh cepat mendidih..
so, bila air mendidih, wap air tu akan pass through valve kat radiator cap tu dan masuk dalam expansion tank..
bila masuk dalam expansion tank, wap air tu akan terkondensasi menjadi air balik dan menyebabkan paras air dalam expansion tank bertambah dan terjadilah peristiwa kencing berdarah hijau...

kebocoran ni mayb benda kecik dan mayb benda bsr..
aku penah kena dl, sbb smbungan dari hos getah dan piping x rapat..
bila remp time enjin sejuk, leh nampak ada air menitik..
bila da solve yg tu, moto aku trus sihat kembali..

kalau nasib x baik sket, dia start dari benda kecik cam cite aku td or radiator cap prob..
so, motor overheating tp owner moto wat x tau je..
bawak gak walaupn temp meter da merah..
ini lg menyebabkan hairline crack kat head..kalo nasib baik sket, head akan jd bengkok dan x rata..
so, masalah ketidak rataan antara head dan block ni menyebabkan masalah coolant leak kat contact antara head dan block dan menyebabkan peristiwa overheat, coolant kurang dan kencing terjadi..
so, solution dia, kena r g skim balik head dan block tu kasi rata..

dan bila temp naik secara x normal tu, baik berenti la..
kalau x, nnt head bengkok. x pn piston akan jem..:

9. Gasket for head cylinder
Sebenarnye semua gasket2 dikawasan cylinder dan blok engine tidak boleh ade leak.
Tapi setiap gasket mempunyai life-time atau jangka hayat tertentu..sampai masa ia akan menjadi rapuh atau terlalu keras yg membolehkan ia putus dgn sendirinye.


Kesemuanye masalah kena diselesaikan secepat mungkin tetapi dengan cara yg betul.Kalau tak pasti mana satu punca masalah overheat ni..kita mulakan dgn tukar benda2 yg murah dulu..contohnye seperti tertera dibawah:


Recommended Action:
1. Buat radiator flushing seperti yg diajarkan sebelum ini.Bagi karat2 yg terkumpul keluar dari radiator dan salurannye.
2. Beli radiator flushing liquid sperti dalam gambar..Harge RM12..

3. Komponkan kipas berfungsi dengan baik..Caranye “short”kan connection di fan switch.Kalau kipas berpusing bermakna kipas anda berada dalam keadaan baik.
4. Buat manual switch fan…caranya..cari satu switch dan sambungkan pada fan switch.
5. Tukar radiator cap-harga dalam berbelas ringgit je..kalau asal saiz 0.9 tukar kepada 1.1.
6. Check hose connection..mane la tau ade leak…bila ade leaks beli “liquid Gasket” dan sapukan pada besi yg akan disambungkan kepada hose.
7. Thermostat – beli thermostat baru.Harga dalam RM59.
8. By-pass thermostat atau buang thermostat tu- Nak buang thermostat tu pun boleh..tapi kena pakai liquid gasket tutup balik thermostat tu punya housing sebab getah o-ring untk seal ade pada thermostat yg ko nak buang tu..susah2 beli je thermostat baru..harge RM59 lepas kenyit mata..
9. Bukak cylinder head untuk check saluran air untuk mengetahui tahap kesumbatannye..


Kesemua info diatas adalah pendapat 2 posen setengah dari saya dan rakan2...tolong betulkan kalau mane2 ade silap...diharap info diata dapat membantu seadanye..
saya budak baru belajar... Very Happy
_________________


Last edited by raziskov on Wed 21 May 2008, 12:09 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
WargaEmas



Gender:Male
Age : 45
Joined : 18 Mar 2008
Posts : 59
Location : Putrajaya-Serdang

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Tue 20 May 2008, 4:02 pm

tahniah razis....
ko punya penerangan memang detail, padat, tepat, mudah faham....
ko dah setaraf ngan sifu zis...
sekali lagi tahniah...
Back to top Go down
raziskov



Gender:Male
Age : 32
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 2470
Location : Shah Alam-Bkt.Jalil-Jasin.

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Tue 20 May 2008, 4:29 pm

Ishk..mana boleh setaraf ngan sifu en.Bobrosley..
Kalau setaraf mesti dah lama bukak kedai mcm sifu...
Marah sifu nnt dengar..hehehe...
Saya budak baru belajau je.. Very Happy Very Happy
_________________
Back to top Go down
UnoS



Gender:Male
Age : 30
Joined : 18 Jan 2008
Posts : 157
Location : N9, Lembah Klang, Selangor n little bit Perok ler!

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Tue 20 May 2008, 4:42 pm

razis... penerangan ko sgt konprehensif.... mcm buku test sekolah rendah.... bagus2... tabi9k spring satu kali....
_________________
Back to top Go down
johnckl



Gender:Male
Age : 43
Joined : 16 Jan 2008
Posts : 228
Location : Cheras, KL

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Tue 20 May 2008, 8:49 pm

Bagus razis, penuh info ilmiah. Moto razis pulak apa masalah specifik nya yg menyebabkan terkencing pulak?
Back to top Go down
jimf



Gender:Male
Age : 44
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 1612

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Tue 20 May 2008, 10:15 pm

John and geng... Kita betul2 kena tabik spring sama Razis. Pasal problem ni dah mmg lama.. Infact sebelum kita gi melaka blackfish ride lagi.. And being Razis, dia nekad tak hantar kedai selagi lum tau puncanya.. Ni bukan masalah xde duit ke tak mampu ke sebab kita tau kalu Razis nak senang hanto aje kedai dan repair.. Setakat ratus2 tu xde masalah utk dia.

Tp pada aku kecekalan hati nak DIY sendri. Sanggup bawa botol tu pegi ride.. Kalu x pasal jaga anak sure waterboy ni pun ride pegi cameron.. Ntah stop berapa kali nti aku x tau laa...

But moral of the story, dia tekad nak tau apa masalah... And result, tak smpi ratus pun repair tu bila dah identify apa masalahnya... So bravo to Razis... Ko mmg super power rangers.

Yg lain nak hanto kedai terus kalu rosak jgn terasa lak.. Aku x kutuk korang pun..
Jgn marahhh aaa.. Duit dipoket masing2..
_________________
"The bike will perform wonderfully if you ride within its limit, once you push it beyond its limit, you'll be in trouble"

Sabda Rasul s.a.w - "Hidup lah di dunia seperti orang Asing atau seperti seseorang yang melintas jalan"...
Back to top Go down
muzhaffar



Gender:Male
Age : 22
Joined : 06 Feb 2008
Posts : 265

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Wed 21 May 2008, 7:05 am

nak tanya sket..
kat ner ek ada jual radiator cap 1.1?
ssh gak nak cari..
mmbr aku dl sampai kena beli yg ori
rm80++ gak sbijik before less...
_________________

pc 2nd hand for sale
http://ridersmalaya.forumotion.com/jual-beli-selain-barang-motor-f14/pc-2nd-hand-utk-dijual-t286.htm#18018
Back to top Go down
raziskov



Gender:Male
Age : 32
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 2470
Location : Shah Alam-Bkt.Jalil-Jasin.

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Wed 21 May 2008, 10:03 am

johnckl wrote:
Bagus razis, penuh info ilmiah. Moto razis pulak apa masalah specifik nya yg menyebabkan terkencing pulak?


John...motor aku cuma ganti thermostat dan letak liquid gasket kat semua hose.. Very Happy
_________________
Back to top Go down
raziskov



Gender:Male
Age : 32
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 2470
Location : Shah Alam-Bkt.Jalil-Jasin.

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Wed 21 May 2008, 10:04 am

Muz,
Aku beli radiator cap 1.1 kat kedai spare-part kereta.
Harga dalam RM16..
_________________
Back to top Go down
UnoS



Gender:Male
Age : 30
Joined : 18 Jan 2008
Posts : 157
Location : N9, Lembah Klang, Selangor n little bit Perok ler!

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Wed 21 May 2008, 11:09 am

razis, liquid gasket yg high temp brand ape yg ko pakai?... boleh bagi gambar, harga, serta kat mana boleh beli?... aku nye hose besi antara joint yg masuk ke water pump tu ade leakage skit...

kat gambar bawah ni pun boleh nampak air kaler hijau menitis dari sambungan hose (krom) besi ke water pump (silinder kaler hitam)... ( dekat bulatan merah besar anak panah no 2)



_________________


Last edited by UnoS on Wed 21 May 2008, 11:36 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
raziskov



Gender:Male
Age : 32
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 2470
Location : Shah Alam-Bkt.Jalil-Jasin.

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Wed 21 May 2008, 11:24 am

Unos,
Ko pergi kat NKS..brand Rebound rasenye..aku pun tak pasti..tapi kotak warna putih stripe merah..ko cakap camni:
Unos : Tokey..itu liquid gasket ada ka?
Tokey :Liquid gasket takle..sikalang olang byk pakai gam gasket..
Unos :Berape?
Tokey :Kecik 5 linggit besar 10 linggit..mau melah ka putih punya gam..
Unos :Putih la..kecik punya..
Lalu tokey pun bagi kotak yg dah sah2 tulis "Liquid Gasket".... Very Happy Very Happy
_________________
Back to top Go down
jimf



Gender:Male
Age : 44
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 1612

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Wed 21 May 2008, 11:41 am

muzhaffar wrote:
nak tanya sket..
kat ner ek ada jual radiator cap 1.1?
ssh gak nak cari..
mmbr aku dl sampai kena beli yg ori
rm80++ gak sbijik before less...


Muz...hari tu aku ada jalan2 kat IOI Mall...kat jaya jusco tu..
kat bahagian accesori keta aku jmpa satu radiator cap 1.1 ada 0.9 pun ada..
yg menarik nya kat tgh2 cap tu ada mcm punat utk tekan pressure..
canggih siol..aku tak tau laa apa functionnya..tp mmg cun..
harga pun murah..tp aku tak beli laa..

tp mcm Razis ckp, 1.1 tu kedai keta banyak. Jgn tanya utk moto zzr, ckp aje nak cap radiator 1.1..
_________________
"The bike will perform wonderfully if you ride within its limit, once you push it beyond its limit, you'll be in trouble"

Sabda Rasul s.a.w - "Hidup lah di dunia seperti orang Asing atau seperti seseorang yang melintas jalan"...
Back to top Go down
raziskov



Gender:Male
Age : 32
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 2470
Location : Shah Alam-Bkt.Jalil-Jasin.

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Wed 21 May 2008, 11:46 am

Jimf,
Aku dah beli cap yg ko ckpkan tu..mcm gambor kat atas tu..
Memang ada punat merah..tapi tak tahan lama..akan ade leak kat punat tu nnt..
Evil or Very Mad
_________________
Back to top Go down
jimf



Gender:Male
Age : 44
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 1612

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Wed 21 May 2008, 3:27 pm

raziskov wrote:
Jimf,
Aku dah beli cap yg ko ckpkan tu..mcm gambor kat atas tu..
Memang ada punat merah..tapi tak tahan lama..akan ade leak kat punat tu nnt..
Evil or Very Mad


ooo ye ke? aku rasa pun mesti ada leak... cap tu utk tahan pressure, kalu ada punat lak tentu tak tahan lama kan...utk melawa aje bole laa..pehtu menyusahkan kawan2 pasal kena bawa botol air hehehe
_________________
"The bike will perform wonderfully if you ride within its limit, once you push it beyond its limit, you'll be in trouble"

Sabda Rasul s.a.w - "Hidup lah di dunia seperti orang Asing atau seperti seseorang yang melintas jalan"...
Back to top Go down
muzhaffar



Gender:Male
Age : 22
Joined : 06 Feb 2008
Posts : 265

PostSubject: Re: FMEA FOR ZZR 250   Wed 21 May 2008, 3:44 pm

UnoS wrote:
razis, liquid gasket yg high temp brand ape yg ko pakai?... boleh bagi gambar, harga, serta kat mana boleh beli?... aku nye hose besi antara joint yg masuk ke water pump tu ade leakage skit...

kat gambar bawah ni pun boleh nampak air kaler hijau menitis dari sambungan hose (krom) besi ke water pump (silinder kaler hitam)... ( dekat bulatan merah besar anak panah no 2)




air kuar ikot smbungan antara batang chrome ngan waterpump tu ke?
kalau dari situ, buka skru yg ikat batang chrome tu, pastu tarik..
pastu amek o-ring yg ada kat situ..g mana2 kedai keta yg jual o-ring..
pastu cari o-ring saiz tu..
kalau dia tanya yg keta apa, ckp ko pn x tau..ada mmbr kirim..
kalau cakap moto nyer, biasanya dia akan ckp x de trus..
harga o-ring lbh kurang 50 sen..
_________________

pc 2nd hand for sale
http://ridersmalaya.forumotion.com/jual-beli-selain-barang-motor-f14/pc-2nd-hand-utk-dijual-t286.htm#18018
Back to top Go down

FMEA FOR ZZR 250

View previous topic View next topic Back to top 
Page 11 of 14Goto page : Previous  1 ... 7 ... 10, 11, 12, 13, 14  Next

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Riders Malaya Community :: Komuniti :: Workshop Motor-
Post new topic   Reply to topic