Semalam moto aku dah clocked 49498km. So kiranya dah hampir 1500km sejak moto aku pakai minyak sawit.
Then, aku buat ujikaji lagi.
Aku buang minyak sawit sekarang. Siap sukat lagi. Ada pengurangan hampir 100ml. Tapi moto aku memang ada leak sket
Pastu tukar masuk minyak blended plak
300ml --------> minyak itam petronas mineral 20-50w (untuk kerata punyer)
700ml --------> minyak sawit cap SAJI
Pastu pakai sekali HARO POWER BOOSTER yang budak aspide jual
Test ride +- 10km.
Keputusan:
1. Enjin senyap sikit berbanding pakai full sawit
2. Ada masalah ketat nak free gear darik 1 ke N & 4 ke N
3. Nak masuk gear darik 3 ke 4 ada macam tak best
4. Gegaran hendle masa laju dah kurang
5. Top speed - macam biasa
Tapi takpe, aku nak test pakai sampai 500km dulu.