[img]http://i151.photobucket.com/albums/s155/slaughters_slash/qurban.jpg[/img]
Assalamualaikum
35 orang Warga RMC yang amat prihatin diperlukan untuk merealisasikan satu lagi aktiviti ibadah yang sangat-sangat dituntut dalam agama islam. Iaitu ibadah qurban.
Setiap seorang akan menyumbang RM10. 35 orang akan melengkapkan satu bahagian RM350. RMC akan menerima satu sijil penghargaan dari muslim aid asia kerana turut serta dalam aktiviti qurban (sedekah).
Hanya 35 orang diperlukan. Jangan berlengah lagi, jadikan Raya Haji anda pada tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelum ini. Orang lain hanya solat sunat hari raya, tapi kita ade extra dengan menyumbang untuk melaksanakan ibadah qurban.
Apa lagi yang ditunggu-tunggu ? Hanya RM 10. InsyaAllah.
Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:
[color=red]Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)[/color]
Cepat ! 35 orang sahaja. Sesiapa yang terbaca dan terlintas hatinya untuk menyumbang, usah ragu2. Setiap amal yang dilakukan pasti akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah, cuma kita tak sedar waktunya bila.
Membantu orang lain dalam kesusahan, insyaAllah, Allah akan memudahkan urusan kita seharian.
[color=red]Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."(Hadis riwayat Thabrani)
[/color]
Program Qurban For Life (Q4L) telah 17 tahun dilaksanakan oleh rangkaian Muslim Aid dan pengagihannya telah dihantar hampir ke seluruh dunia Islam yang mengalami kemusnahan dan penderitaan seperti di Acheh. Afganistan, Afrika, Palestin, Lebanon, Iraq, Pakistan, Kashmir, Kemboja termasuk anak-anak yatim, dan golongan fakir dan miskin di Malaysia.
Bertemakan Sedekah dari Rakyat Malaysia untuk masyarakat dunia, Muslim Aid Asia, sebuah organisasi bantuan dan pembangunan antarabangsa yang bekerja keras membasmi kemiskinan dan mengurangkan penderetiaan dikalangan masyarakat termiskin didunia. Menerusi program ini, Muslim Aid Asia telah melaksanakan ibadat qurban dengan pendekatan teknologi dan sistem pengagihan yang teratur agar manfaatnya dapat dirasai masyarakat Islam di seluruh dunia.
Di negara kita Malaysia, daging daripada ternakan yang dikorbankan hanya dinikmati oleh masyarakat setempat dan penerimanya bukanlah mereka yang betul-betul kelaparan, malah masyarakat mewah dan sederhana turut menerimanya.
Hubungi -
Muhammad 012-3377195 ( SMS pun saya layan )
Pejabat Muslim Aid Asia 03-2288 1996 (Siti/Ida/Ilham)
Bank in ke akaun
[b]Maybank - Muhammad bin Kamarulazizi 157054038251[/b]
[i](akaun maybank ini adalah akaun persendirian saya, saya hanya membantu kumpulkan hingga jadi RM350 - seekor kambing)[/i]
borang penyertaan untuk qurban penuh boleh diperoleh di sini
[url=http://donationmuslim.googlepages.com/qurbanbrochure.pdf]http://donationmuslim.googlepages.com/qurbanbrochure.pdf[/url]
atau boleh layari untuk info dan gambar2 penerima qurban
[url=http://qurbanforlife.blogspot.com/]http://qurbanforlife.blogspot.com/[/url]
Terima Kasih.
[b]Team 1 ( kita perlukan 35 unit. 1 unit bersamaan RM10)
ada lagi 0 unit![/b]
1- Shah - 3 unit [color=red]paid[/color]
2- Gentz - 1 unit
3- riq - 3 unit [color=red]paid[/color]
4- lans - 2 unit [color=red]paid[/color]
5- Hamba Allah - 10 unit [color=red]paid[/color]
6- powde - 1 unit [color=red]paid[/color]
7- sorang lagi Hamba Allah - 5 unit [color=red]paid[/color]
8- Hamba Allah jugahhh - 5 unit [color=red]paid[/color]
9- ganah - 2 unit
10- tan sri revrider- 3 unit [color=red]paid[/color]
11-
[b]Team 2 ( Qurban penuh, RM350)[/b]
1-
2-
3-