HomeHome  ­RegisterRegister  ­MemberlistMemberlist  ­FAQFAQ  ­Log inLog in  
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Ya Allah...Jauhikanlah kami dari bangga diri yang bukan2...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
kamal5632



Male Number of posts: 9426
Age: 17
Location: tempat takde api~kaki bakar~
Registration date: 2008-02-26

PostSubject: Ya Allah...Jauhikanlah kami dari bangga diri yang bukan2...   Sun 01 Nov 2009, 9:11 pm

Salam sumer....

Tajuk thread aku kali ni...adalah berdasarkan petikan doa masa perhimpunan pagi aku masa sekolah rendah dulu(ala comelnyer...kai suar pendek lagi...)

Kenapa di panggil bangga diri yang bukan2?? apa itu bangga diri??? meh kiter kupas dan bincang2 kan satu persatu...zassssssssssssss afro
Back to top Go down
View user profile
kamal5632



Male Number of posts: 9426
Age: 17
Location: tempat takde api~kaki bakar~
Registration date: 2008-02-26

PostSubject: Re: Ya Allah...Jauhikanlah kami dari bangga diri yang bukan2...   Sun 01 Nov 2009, 10:30 pm

MENGIKUT ULAMA,SYAITAN AKAN MNGUASAI TUBUH BADAN MANUSIA MELAUI 10 PINTU.

MELALUI SIFAT SOMBONG & ANGKUH-2 SIFAT INILAH YG MUDAH TRSEMAI DAN MENYUBUR DLM DIRI MANUSIA.IA BERPUNCA DARI KEEGOAN YG BIASENYA MUDAH HANYUT KTKA DILIMPAHI KMEWAHAN & KESENANGAN
MELALUI SFAT BAKHIL & KEDEKUT
SIFAT TAKBUR & BONGKAK-SIFAT INI SELALUNYA BERTAPAK DLM DIRI SESEORG YG MERASAKAN SDH MEMILIKI SEGALA2NYA DALAM HIDUP
SIFAT KHIANAT-
SIFAT TDK SUKA MENERIMA ILMU & NASIHAT-BIASANYA TRDAPAT PD GOLONGAN YG TDK SUKA DIRI MRK DI NASIHATI @ MNDENGAR NASIHAT ORG LAIN
SIFAT HASAD-PERASAAN HASAD DENGKI SLLUNYA DIIKUTI DGN RASE BENCI & DENDAM YG BRPANJANGAN
SIFAT SUKA MEREMEHKAN(MENGHINA) ORG LAIN
SIFAT UJUB @ BANGGA DIRI
SIFAT SUKA BERANGAN-ANGAN-MRK YG BRT TULANG UTK BERUSAHA BG MNCAPAI KECERMELANGAN HIDUP AKN DPANDANG HINA OLEH ALLAH & JG MANUSIA.
SIFAT BERBURUK SANGKA
Back to top Go down
View user profile
kamal5632



Male Number of posts: 9426
Age: 17
Location: tempat takde api~kaki bakar~
Registration date: 2008-02-26

PostSubject: Re: Ya Allah...Jauhikanlah kami dari bangga diri yang bukan2...   Sun 01 Nov 2009, 10:31 pm

04
May
09Buatmu Sahabat 2: Jangan Bangga diri
By Dr. AA Leave a Comment
Categories: Buatmu Sahabat
Tags: bangga diri, ujub, tazkirah jumaat, arshad, Dr. AA

Sifat bangga diri atau ujub adalah salah satu sifat tercela. Kadang-kadang, seseorang boleh merasa bangga tentang kehebatan dirinya ketika mengecapi kejayaan. Begitu juga, seseorang yang banyak beribadat mungkin merasa dirinya hebat kerana ibadatnya. Seorang ilmuan pula boleh merasa hebat disebabkan ilmunya yang tinggi. Malah ia boleh berlaku dalam banyak lagi suasana dan perkara. Dia merasa hebat tetapi dia lupa sebenarnya yang memberi kejayaan itu adalah Allah SWT. Sepatutnya dia bersyukur.

Renungilah maksud hadith ini:

Abu Hurairah r.a., meriwayatkan, Rasululullah SAW bersabda:

Seseorang itu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga semata-mata kerana amalannya. Lalu para sahabat bertanya: Adakah engkau juga begitu Ya Rasululullah? Rasulullah SAW menjawab: Ya! Aku juga begitu kecuali Allah Taala melimpahkan rahmat dan kurniaannya ke atasku. (HR: Bukhari – 10/109, Muslim-2816 dan Nasaie -8/121).
Amalan yang banyak tidak menjanjikan kita syurga tetapi, amalan yang disertakan dengan pengharapan yang tinggi terhadap rahmat dan pengampunan Allah, insya Allah akan mendapat perhatian dari Tuhan yang maha pengasih. Dari itu, kita hendaklah sentiasa takut dengan kemurkaan Allah dan mengharapkan bantuan dan rahmatNya.
Ingatlah, kita sebenarnya manusia yang lemah. Kemampuan kita terhad, maka mengapa perlu kita membanggakan diri, sedangkan sifat yang perlu ditanam ialah bersyukur ketika berjaya. Sebab itu kita perlu sentiasa membasahkan bibir dengan ucapan alhamdulillah…
Back to top Go down
View user profile
kamal5632



Male Number of posts: 9426
Age: 17
Location: tempat takde api~kaki bakar~
Registration date: 2008-02-26

PostSubject: Re: Ya Allah...Jauhikanlah kami dari bangga diri yang bukan2...   Sun 01 Nov 2009, 10:31 pm

10 Perangkap Syaitan Musnahkan Manusia
ALLAH berfirman, bermaksud: "Syaitan memberikan janji dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain daripada tipu daya belaka. Tempat mereka itu di neraka Jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya." - (An-Nisa: 120-121).
Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya berkait rapat dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

Melalui pelbagai jenis sifat terkeji itulah dengan secara sedar atau tidak, kita memberikan ruang dan laluan kepada syaitan untuk masuk serta bertapak di dalam diri kita.

Apabila syaitan merajai diri, seseorang itu pasti sanggup melakukan apa saja perbuatan keji kerana keinginan dan semarakan nafsu sudah mula sebati dalam diri.

Suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada setiap manusia ialah hati yang fitrah kejadiannya adalah untuk menerima petunjuk serta hidayah Allah. Hati juga sebenarnya mudah menerima nafsu yang datangnya daripada syaitan.

Berlumba-lumbalah malaikat dan syaitan untuk menguasai hati manusia. Syaitan akan bekerja keras siang dan malam semata-mata untuk menawan pemilik hati itu agar mereka melanggar perintah Allah.

Beruntung golongan manusia yang berjaya menangkis godaan syaitan dan mengelakkan hati daripada dihuni syaitan durjana. Seorang ulama pernah berkata: "Saya sentiasa berfikir dan memerhati, dari pintu mana syaitan menghasut dan menyesatkan manusia. Tiba-tiba saya dapati syaitan datang daripada 10 pintu:

l Pertama ialah pintu kesombongan dan keangkuhan. Kedua-dua sifat ini adalah antara sifat mazmumah yang tidak disukai Allah dan Rasul-Nya. Sifat itu amat mudah subur dalam diri manusia yang merasakan dirinya cukup segalanya - daripada

status hidup hingga kepada wang ringgit dan harta benda yang dimiliki. Dengan itu berjalanlah manusia yang bersifat sedemikian dengan mendongakkan kepala ke langit tanpa mempedulikan orang di sekitarnya.

Allah berfirman, bermaksud: "Jangan engkau miringkan pipimu terhadap manusia kerana kesombongan dan jangan engkau berjalan di muka bumi dengan sangat riang, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlenggang dalam perjalanannya kerana sombong dan bermegah-megah." - (Lukman: 18).

l Pintu kedua ialah melalui sifat bakhil dan kedekut. Harta benda atau wang ringgit adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya.

Harta benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab yang perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya, manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan yang hak seperti berzakat dan membelanjakan ke jalan yang bermanfaat yang lainnya pasti tidak akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat melimpah ruah oleh Allah.

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia

Maha Mendalami Pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." - (Al-Israk: 30).

l Ketiga ialah melalui sifat takbur yang akan hadir dalam diri seseorang apabila dia merasakan dirinya sudah lengkap memiliki segalanya lalu dia mula rasa tinggi diri terhadap orang di sekelilingnya sehingga kadang kala mereka terlupa segala kurniaan nikmat itu boleh ditarik balik oleh Allah dalam sekelip mata saja, jika dikehendaki-Nya.

Allah berfirman, bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur" (An-Nahl: 23).

Begitu juga firman-Nya, bermaksud: "Sesungguhnya orang yang sombong menyembah-Ku, balasannya ialah neraka dan akan rasa terhina." -
(Al-Mukmin: 60).

l Pintu keempat melalui sifat riak dan suka dipuji. Memiliki kesempurnaan peribadi melalui ketinggian ilmu dan darjat yang disegani adalah idaman setiap insan. Namun sering juga terjadi dengan darjat dan ilmu yang dimiliki itu, manusia lupa diri dan asal usulnya. Mereka mula

memandang kecil dan remeh kepada orang lain kerana menyangkakan mereka semuanya lemah dan tidak akan mampu mengatasinya. Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, bermaksud: "Tiga perkara yang membawa kecelakaan ialah orang yang kikir dan disegani, orang yang mengikut hawa nafsunya dan orang yang bangga dengan dirinya sendiri." l Sifat kelima yang menjadi pintu kepada syaitan untuk masuk ialah melalui sifat hasad dengki. Islam amat membenci umatnya yang mempunyai perasaan dengki kepada orang lain kerana iri kepada kelebihan dan kepandaian yang diberikan Allah kepada seseorang yang lain. Ini kerana sifat itu ada kalanya membawa kepada perasaan sakit hati dan dendam selagi seseorang individu itu masih tidak memperoleh seperti yang dimiliki oleh orang lain.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda, bermaksud: "Hindarilah kamu daripada perbuatan hasad kerana dapat memakan amalan kebaikan kamu seperti api memakan kayu yang kering."

l Pintu keenam ialah melalui sifat suka memandang remeh kepada orang lain, sama ada orang tua atau muda. Pengaruh persekitaran dan budaya liar yang banyak mementingkan diri sendiri mutakhir ini sesekali membuatkan seseorang itu rasa kepandaiannya boleh mengatasi apa jua permasalahan yang dihadapi tanpa sedikit pun mengharapkan bantuan orang lain.

Pada saat itu akan lahir sifat ego dan megah diri dan ia pasti akan mudah memandang rendah kebolehan orang lain. Mereka lupa hakikat tidak ada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya.

Abu Umamah pernah meriwayatkan: "Tiga orang yang tidak boleh dihinakan kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil." Pintu ketujuh ialah menerusi sifat ujub atau bangga diri. Orang yang mudah membangga diri sendiri sebenarnya dialah orang yang tidak mempunyai apa-apa. Ini kerana keegoan dan kebanggaan terhadap diri sendiri itulah yang akan merendahkan dirinya pada mata orang lain. Dia akan dicemuh masyarakat dan lebih malang, dimurkai Allah.

Allah berfirman, bermaksud: "Jangan engkau turut orang yang hatinya Kami lalaikan (butakan) daripada peringatan kami sedang dia mengikut kemahuan hawa nafsunya dan adalah perbuatan itu melebihi yang patut."

- (Al-Kahfi: 28).

Pintu kelapan ialah melalui sifat suka bersenang lenang. Manusia yang lebih gemar bersenang linang biasanya mudah alpa dengan kesenangan dan kemewahan yang dikurniakan, seolah-olah apa yang diperolehnya adalah kuasa tertinggi yang boleh menentukan perjalanan hidupnya. Mereka seolah-olah terlupa kepada tanggungjawab terhadap Pencipta dan Rasul-Nya, diri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya.

Menurut Imam Ahmad (diriwayatkan oleh Abu Naim daripada Muaz Jabal) bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang lenang sahaja." Sifat kesembilan yang menjadi pintu bagi laluan syaitan ialah sifat suka berangan-angan. Islam amat antisifat malas. Seseorang yang malas berusaha untuk memperoleh rezeki Allah, sama ada untuk dirinya atau keluarganya tidak akan memperoleh apa-apa kerana lebih suka berharap dan berangan-angan untuk memperolehnya. Islam amat menggalakkan umatnya berusaha sedaya upaya bagi memperoleh kesenangan, selepas berusaha dan berikhtiar itulah Islam meminta umatnya bertawakal dan menyerah kepada ketentuan-Nya.

Pintu terakhir yang menjadi laluan syaitan ialah melalui sifat suka berburuk sangka. Meletakkan anggapan buruk terhadap seseorang amat dikeji agama. Seseorang yang sengaja menuduh orang lain melakukan sesuatu perbuatan tidak baik melalui telahan dan anggapan atau sangkaan tanpa bukti dan kebenaran akan dilaknati Allah. Perbuatan sebegini bukan saja dilarang agama, malah ia adalah satu daripada punca lahirnya masyarakat yang kucar-kacir dan sentiasa berdendam dalam kehidupan seharian.

Dalam hubungan ini, Rasulullah bersabda, bermaksud: "Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sebenarnya orang yang berkata itulah yang paling rosak." - (Riwayat Muslim).

Sesungguhnya kecintaan manusia terhadap 10 sifat yang dinyatakan itulah sebenarnya yang membawa kesesatan kepada manusia di dunia ini. Apabila hati sudah bertaut dengan sifat mazmumah akan mudahlah syaitan menyesatkan manusia daripada jalan yang lurus.

Justeru, berlindunglah selalu daripada bisikan syaitan dengan sentiasa menyebut: "Aku berlindung daripada syaitan yang direjam." Kita juga dianjurkan selalu berdoa dengan menyebut: "Ya Tuhan kami, jangan Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan selepas Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Memberi (kurnia)." - (Al-Imran: Cool.
Back to top Go down
View user profile
kamal5632



Male Number of posts: 9426
Age: 17
Location: tempat takde api~kaki bakar~
Registration date: 2008-02-26

PostSubject: Re: Ya Allah...Jauhikanlah kami dari bangga diri yang bukan2...   Sat 07 Nov 2009, 5:27 am

x menarik ke tajuk thread ni??? hehehehehe
Back to top Go down
View user profile
alan



Male Number of posts: 1353
Age: 29
Location: KL
Registration date: 2008-01-14

PostSubject: Re: Ya Allah...Jauhikanlah kami dari bangga diri yang bukan2...   Sat 07 Nov 2009, 5:07 pm

menarik.... aku insaf baca...
Back to top Go down
View user profile
posto_tzm



Male Number of posts: 1722
Age: 19
Location: paka, takmau bakaq-bakaq naaa...takmau naa..keskeskes
Registration date: 2008-01-19

PostSubject: Re: Ya Allah...Jauhikanlah kami dari bangga diri yang bukan2...   Sat 07 Nov 2009, 5:09 pm

menarik sgt...sbb tu la takde spam ini thread supaya insaf belaka cheers
Back to top Go down
View user profile
riq_77



Male Number of posts: 5077
Age: 26
Registration date: 2008-01-16

PostSubject: Re: Ya Allah...Jauhikanlah kami dari bangga diri yang bukan2...   Sun 08 Nov 2009, 3:12 am

ermmmm...
Back to top Go down
View user profile
piranha`



Female Number of posts: 1049
Age: 23
Location: Kuantan, Pahang Darul Makmur
Registration date: 2008-01-16

PostSubject: Re: Ya Allah...Jauhikanlah kami dari bangga diri yang bukan2...   Thu 12 Nov 2009, 11:19 am

riq_77 wrote:
ermmmm...


ni spam nie................
Back to top Go down
View user profile
posto_tzm



Male Number of posts: 1722
Age: 19
Location: paka, takmau bakaq-bakaq naaa...takmau naa..keskeskes
Registration date: 2008-01-19

PostSubject: Re: Ya Allah...Jauhikanlah kami dari bangga diri yang bukan2...   Fri 13 Nov 2009, 11:11 pm

tumpang thread....




UNTUK RENUNGAN BERSAMA ....



Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.

Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu

bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi..... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg

kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.



Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu

kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun
kejar,
kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang

pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham
dek
harimau tadi.



Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi

untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam
perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
tali
tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.



Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun

berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada
Allah
agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba

dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.



Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa
kat
bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
ditimpa
tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada
buaya.
Semakin risau dan takut.



Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus

putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba

Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis,

kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi
seekor
tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit!
sampai
kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam
mana
aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya

.

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali

putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang
hamba
Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar

satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa

madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si
hamba
Allah ni tadi... Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.

Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa
manisnya
ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si
hamba
Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan
buaya
yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...

si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah
maut
kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor

buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam
kubur
nanti.

Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau

pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka

pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang

sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah
nikmat
dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa

pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa
pada
Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..



1 minit untuk mengingati Allah



Step 1:

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:

*SUBHANA'LLAH

*ALHAMDULI'LLAH

*LA I LAHA ILLA'LLAH

*ALLAHU AKBAR

*ASTAGHFIRU'LLAH

*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH

*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA

SAHBIH AJMA'EEN



Step 2:

Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi
perkataan


Step 3:

Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang sahabat anda.



Result 1:

Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
mengingati,
berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.



Result 2:

Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
mengingati,
berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.



Result 3:

Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan

kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh para Malaikat INSHA'A'LLAH
Oleh
itu... duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan

kita seharian kerana melakukan segala yang di redhoiNya Bersamalah kita

berdoa agar sentiasa di nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan

fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang
kita.
Back to top Go down
View user profile
 

Ya Allah...Jauhikanlah kami dari bangga diri yang bukan2...

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Riders Malaya Community :: Komuniti :: Sembang kosong-
Post new topic   Reply to topic