| | Tazkirah untuk bacaan semua... | |
| Goto page : 1, 2  | | Author | Message |
|---|
bluehyppo_kj

 Age : 25 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 376 Location : bdr kinrara, puchong
| Subject: Tazkirah untuk bacaan semua... Fri 08 Feb 2008, 5:32 pm | |
| Bagaimana Mengawal Nafsu Soalan: Assalamulaikum wbt. ustaz. Saya seorang pemuda lewat 30an yang masih bujang, keinginan seks saya amat ketara sering kali tidak dapat mengawalnya dan selalu saya melakukan onani, masalahnya macamana saya boleh mengawal keinginan saya ini, saya telah cuba berpuasa masih tidak boleh menghindarnya juga saya ingin berkahwin tetapi sukar mencari teman hidup. Mohd A, Muar Jawapan: Melakukan onani adalah haram di sisi majoriti ulamak, kerana memuaskan nafsu dengan cara tersebut, adalah diharamkan oleh Allah SWT sebagaimana Allah SWT menyebutnya di awal surah Al-Mukminun. Seorang mukimin yang waras tidak akan melakukan perbuatan ini. Onani juga boleh memudaratkan badan. Namun begitu ada beberapa ulasan yang dikemukakan oleh beberapa ulamak yang mengharuskan perbuatan ini dalam keadaan darurat. Ibn Abbas umpamanya mengatakan: Lebih baik berkahwin dengan hamba sahaya dari melakukan onani, tetapi onani lebih baik dari melakukan perzinaan. Berdasarkan ucapan Ibn Abbas ini Amru bin Dinar menghukumkan harus melakukan onani kepada seseorang lelaki dalam keadaan darurat, supaya yang terlibat tidak terjerumus ke lembah perzinaan. Pendapat ini turut di pegang oleh imam Ahmad, dan Ibn Hazm. Bagaimanapun dalam kes di atas alasan saudara yang bertanya masih belum kukuh untuk melakukan onani kecuali jika saudara benar-benar terdorong melakukan perzinaan. Kerana itu saudara dinasihatkan menghiburkan diri dengan melakukan kerja-kerja berfaedah kepada masyarakat seperti bergotong royong dan sebagainya. Jauhkan tempat maksiat dan perempuan sundal dan para pelacur. Teruskan dengan ibadat puasa, walaupun kesannya tidaklah seratus peratus kepada saudara, namun sekurang-kurangnya ia dapat mengendurkan nafsu saudara. Lakukan ibadat puasa sunat ini lengkap dengan syarat , rukun dan adab-adabnya. Selain itu hendaklah sentiasa berdoa supaya Allah SWT menghindarkan saudara dari termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mengikut nafsu. Elakkan berfikir kepada perkara-perkara yang boleh membangkit ransangan seks. Begitu juga dengan menonton filem-filem bogel dan separuh bogel. Percubaan saudara untuk berkahwin adalah sesuatu yang baik, naumun saudara jangan berputus asa dengan sebab saudara belum bertemu jodoh kerana putus asa itu dilarang oleh Islam. Cubalah jaga perwatakan diri saudara agar selaras dengan perwatakan diri seorang muslim yang sejati. Banyakkan baca Al-Qur'an, berzikir dan solat Duha di samoping menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada Allah SWT. _________________ Sape2 nk register intenet STREAMYX call me 019-3636164/017-3841149
 |
|  | | botak11

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 3253 Location : MALACCA HISTORICAL CITY
| Subject: Re: Tazkirah untuk bacaan semua... Wed 20 Feb 2008, 5:17 pm | |
| Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.
5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.
9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.
10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada" _________________


Last edited by botak11 on Wed 20 Feb 2008, 5:18 pm; edited 1 time in total |
|  | | Guest Guest
| Subject: Re: Tazkirah untuk bacaan semua... Thu 21 Feb 2008, 2:18 pm | |
| Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH - |
|  | | Guest Guest
| Subject: Re: Tazkirah untuk bacaan semua... Thu 21 Feb 2008, 2:19 pm | |
| Antara 9 SITI yang patut dicontohi:
1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A'ishah - Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali). 5) Siti Mariam - Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah - Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah - Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8,) Siti Muti'ah - Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tapi bukan SITI NURHALIZA ye!!!.Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah. |
|  | | Guest Guest
| Subject: Re: Tazkirah untuk bacaan semua... Thu 21 Feb 2008, 2:21 pm | |
| KEPADA SAUDARA MUSLIM.SEMUA MESTI FAHAM APAKAH YANG SEDANG BERLAKU DALAM DUNIA HARI INI. Buku ini telah diterbitkan di pasaran buku London selama 5 hari sebelum ia ditarik balik kerana dikhuatiri akan menyebabkan gangguan dan diskriminasi orang Hindu di dunia Arab.Sumber maklumat ini adalah daripada U.A.E(EMIRIAH ARAB BERSATU).
Name: "Penulis Luar" Penerbitan Siaran Sharjah disampaikan oleh Ra'ad dan proram bernama Buku Berjudul: "Semua Hindu Bangunlah" Tajuk kecil : "Protkol Ketua Hindu" Pengarang : Dr. R. Singh
Ini adalah kesemua 13 protokol yang diketengahkan:
1. Orang Hindu mesti mempertimbangkan bahawa Israel adalah sekutu terbaik memandangkan sikapnya yang negatif terhadap orang Islam.
2. Sebarkan perlakuan dosa dan sifat buruk dikalangan orang muslim.
3. Tokong Hindu mestilah didirikan di semua tempat dan mestilah diziarahi setiap hari. Dan berhala "Ram" mestilah ditempatkan di tempat kerja.
4. Mesyuarat mestilah dijadualkan untuk merangka plan menentang Islam.
5. Edarkan dadah dan pelacur dikalangan negara Islam dan komunitinya.
6. Jalinkan hubungan seksual dengan wanita Islam dan pastikan anak2 Hindu dilahirkan dikalangan mereka.
7. Jika anda seorang doktor atau ahli farmasi, cuba sebaiknya untuk mencacatkan janin.
8. Jika anda sorang doktor bidan, bisikkan "Ohm" ke telinga anak yang baru lahir (sepertimana azan orang islam)
9. Cuba rosakkan bekalan makanan dalam kedai orang Islam sekiranya anda bekerja dengan orang Islam.
10. Jadilah sahabat mereka, dapatkan kepercayaan dan kemudian khianatilah mereka.
11. Jadikan orang lain memusuhi Islam.
12. Jika anda bekerja di rumah mereka, cuba pengaruhi anak2 dan isteri mereka cara mereka berfikir.
13. Pakailah tali hitam di pergelangan tangan anda.
TOLONG SEBARKAN KEPADA SERAMAI MUNGKIN ORANG ISLAM. |
|  | | Guest Guest
| Subject: Re: Tazkirah untuk bacaan semua... Thu 21 Feb 2008, 2:23 pm | |
| Bila Bayi dilahirkan....
Malaikatmu.. ...tersentuh hati.....(bacalah. ..ambillah masa walaupun 1 minit)]
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."
Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"
"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan
"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "
Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang embesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
"Sampaikanlah walau satu ayat" |
|  | | Guest Guest
| Subject: Re: Tazkirah untuk bacaan semua... Thu 21 Feb 2008, 2:24 pm | |
| "HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam - Sudah menjadi sejarah. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan. Esok - Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini : Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ... Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati-Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.
Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa .. di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t. |
|  | | Guest Guest
| Subject: Re: Tazkirah untuk bacaan semua... Thu 21 Feb 2008, 2:25 pm | |
| Memang Allah Sengaja......…
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik..
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA..
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya..
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA..
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH..
Tuhan tidak turunkan pengajaran dan peringatan serta teguran kepada kita terus dalam bentuk ayat bertulis tp sebaliknya melalui peristiwa2 atau pengalaman yang kita lalui..Hanya dengan muhasabah diri dapat kita ambil iktibar darinya.. |
|  | | mnn
 Age : 25 Joined : 15 Jan 2008 Posts : 589 Location : KL (Jinjang - Cheras)
| Subject: Re: Tazkirah untuk bacaan semua... Mon 21 Apr 2008, 8:09 pm | |
| Assalamualaikum wbkt.
Semoga Allah sentiasa memulia, merahmati dan menyayangi kita semua sentiasa... AMIN
Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusu' & tawadu' dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah,Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau sudah meninggal.
Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun.
Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah,ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya.
Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit dihospital di Mesia. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau wife. Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin.
Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.
Allahu 'alam
Assalamualaikum,
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... Bismillahirrahmanni rrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (iany a wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus Kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika Saya (Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padangsahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padangsahara itu seluas dari timur hingga kebarat. Pada setiap padangsahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, AlLahus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. |
|  | | biscuitmarrie

 Age : 27 Joined : 06 Apr 2008 Posts : 172 Location : Seremban
| Subject: Re: Tazkirah untuk bacaan semua... Wed 23 Apr 2008, 11:28 am | |
| Ilmu utk dikongsi bersama : Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"
Beri salam - assalamualaikum" Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"
Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye" contoh lerr.. Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"
Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Semoga ada manfaat.
"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"
Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan
"A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan
Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan
perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah
kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud
'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.
kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni.... _________________ ~Nur Spider~ promise mean everything but once are broken..sorry means nothing...
 |
|  | | biscuitmarrie

 Age : 27 Joined : 06 Apr 2008 Posts : 172 Location : Seremban
| Subject: Re: Tazkirah untuk bacaan semua... Wed 23 Apr 2008, 11:30 am | |
| 5 KUNCI DAPAT BANTUAN ALLAH.....
kunci pembuka bantuan Allah ada didalam ketakwaan kita. Semakin takwa kita, semakin terbuka lebar pintu pertolongan Allah. Sebaliknya, semakin ingkar kita, semakin tertutup rapat pintu pertolongan Allah.
Pertama. Mencintai Masjid. Masjid adalah rumah Allah yang ada dibumi. Pertolongan Allah akan datang kepada sesiapapun yang cinta dan gemar memakmurkan masjid.
Kedua. Solat Tahajud. Sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dicintai Allah. Sangat rugi yang mensia-siakan waktu sepertiga malam terakhir.Sebab ia telah mensia-siakan datangnya pertolongan allah.
Ketiga. Rajin Bersedekah. Amalan ini sungguh luar biasa. Dengan bersedekah, rezeki, urusan menjadi mudah, kita pun terhindar daripada musibah. Jaminan daripada Allah demikian pasti kepada ahli sedekah.
Keempat. Bantu Orang Lain. Sesungguhnya Allah akan menolong orang yang gemar membantu saudaranya dan permudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita.
Kelima. Banyak berselawat. Berselawat kepada Rsulullah SAW adalah amalan yang terpuji. Cinta akan Rasul dan bila Allah sudah cinta, pertolongannya akan terbuka bagi kita . _________________ ~Nur Spider~ promise mean everything but once are broken..sorry means nothing...
 |
|  | | biscuitmarrie

 Age : 27 Joined : 06 Apr 2008 Posts : 172 Location : Seremban
| Subject: Re: Tazkirah untuk bacaan semua... Wed 23 Apr 2008, 11:32 am | |
| 7 KALIMAT
Barang siapa yg menghafal dan melakukan tujuh kalimat ini,ia dipadang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak besar laut..
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Mengucap Alhamdullah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terungkap perkataan yg tidak patut. 4. Mengucap Isyah'allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. 5. Mengucap La Haula Wala Quwata illah Billah jika menghadapi sesuatu tak disuka dan tak diingini. 6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 7. La ilaha ila allah muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidah dari tafsir hanafi, mudah-mudahan. _________________ ~Nur Spider~ promise mean everything but once are broken..sorry means nothing...
 |
|  | | speeder23

 Age : 27 Joined : 11 Feb 2008 Posts : 4282 Location : central region....
| Subject: Re: Tazkirah untuk bacaan semua... Wed 23 Apr 2008, 11:41 am | |
| > > Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda > > boleh digelar > > kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang > > mengembirakan anak > > perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa > > menangis kerana > > takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah > > diharamkan oleh Allah > > akan api neraka ke atas tubuhnya. > > > > Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas > > dengan satu darjat > > syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. > > Syurga itu ialah > > sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya > > melainkan orang yang > > menyukai kanak-kanak. > > > > Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli > > barang-barang dan kembali > > ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya > > mendapat rahmat > > daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. > > Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu > > agama. > > > > Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia > > turut menanggung > > tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan > > barangsiapa membekalkan anaknya > > itu turut diperolehinya. > > > > Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. > > Aqrak berkata; > > "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang > > pun yang pernah > > aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak > > menyayangi tidak pula akan > > disayangi." > > > > Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli > > keluarganya dan > > dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul > > sedekah untuk orang > > yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan > > daripada anak > > lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan > > seolah-olah dia > > memerdekakan anak Nabi Ismail. > > > > Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada > > siapakah harus aku berbakti?" > > Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." > > Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada > > lagi." > > Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada > > anakmu, ibubapa berhak > > terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas > > dirimu." > > > > Wallahualam bissawab _________________ speeder23 @ arip 0123561449 / 0132478094
 |
|  | | biscuitmarrie

 Age : 27 Joined : 06 Apr 2008 Posts : 172 Location : Seremban
| Subject: Re: Tazkirah untuk bacaan semua... Wed 23 Apr 2008, 11:53 am | |
| KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: "Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari...
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r..a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan. _________________ ~Nur Spider~ promise mean everything but once are broken..sorry means nothing...
 |
|  | | biscuitmarrie

 Age : 27 Joined : 06 Apr 2008 Posts : 172 Location : Seremban
| Subject: Re: Tazkirah untuk bacaan semua... Wed 23 Apr 2008, 11:54 am | |
| Once upon a time there was this girl who had four boyfriends.
She loved the 4th boyfriend the most and adorned him with rich robes and treated him to the finest of delicacies. She gave him nothing but the best.
She also loved the 3rd boyfriend very much and was always showing him off to neighboring kingdoms. However, she feared that one day he would leave her for another.
She also loved her 2nd boyfriend. He was her confidant and was always kind, considerate and patient with her. Whenever this girl faced a problem, she could confide in him, and he would help her get through the difficult times.
The girl's 1st boyfriend was a very loyal partner and had made great contributions in maintaining her wealth and kingdom. However, she did not love the first boyfriend. Although he loved her deeply, she hardly took notice of him.
One day, the girl fell ill and she knew her time was short. She thought of her luxurious life and wondered, I now have four boyfriends with me, but when I die, I'll be all alone.'
Thus, she asked the 4th boyfriend, I loved you the most, endowed you with the finest clothing and showered great care over you. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?'
'No way!', replied the 4th boyfriend, and he walked away without another word
His answer cut like a sharp knife right into her heart.
The sad girl then asked the 3rd boyfriend, 'I loved you all my life. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?'
'No!', replied the 3rd boyfriend. 'Life is too good! When you die, I'm going to marry someone else!'
Her heart sank and turned cold.
She then asked the 2nd boyfriend, 'I have always turned to you for help and you've always been there for me.
When I die, will you follow me and keep me company?'
'I'm sorry, I can't help you out this time!', replied the 2nd boyfriend. 'At the very most, I can only walk with you to your grave.'
His answer struck her like a bolt of lightning, and the girl was devastated.
Then a voice called out: 'I'll go with you. I'll follow you no matter where you go.'
The girl looked up, and there was her first boyfriend. He was very skinny as he suffered from malnutrition and neglect.
Greatly grieved, the girl said, 'I should have taken much better care of you when I had the chance!'
In truth, you have 4 boyfriends in your lives:
Your 4th boyfriend is your body. No matter how much time and effort you lavish in making it look good, it will leave you when you die.
Your 3rd boyfriend is your possessions, status and wealth. When you die, it will all go to others.
Your 2nd boyfriend is your family and friends. No matter how much they have been there for you, the furthest they can stay by you is up to the grave.
And your 1st boyfriend is your Soul. Often neglected in pursuit of wealth, power and pleasures of the world.
However, your Soul is the only thing that will follow you where ever you go. Cultivate, strengthen and cherish it now, for it is the only part of you that will follow you to the throne of God and continue with you throughout Eternity.
Thought for the day: Remember, when the world pushes you to your knees, you're in the perfect position to pray.
Being happy doesn't mean everything's perfect. It means you've decided to see beyond the imperfections I hope this touched you! _________________ ~Nur Spider~ promise mean everything but once are broken..sorry means nothing...
 |
|  | | biscuitmarrie

 Age : 27 Joined : 06 Apr 2008 Posts : 172 Location : Seremban
| Subject: Re: Tazkirah untuk bacaan semua... Wed 23 Apr 2008, 11:56 am | |
| DOKTOR ISLAM DAN LOGIK
Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah)inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.
Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.
Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.
Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut. _________________ ~Nur Spider~ promise mean everything but once are broken..sorry means nothing...
 |
|  | | biscuitmarrie

 Age : 27 Joined : 06 Apr 2008 Posts : 172 Location : Seremban
| Subject: Re: Tazkirah untuk bacaan semua... Fri 25 Apr 2008, 11:25 am | |
| Perkara2 yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda & Info...
Kurangkan makan bawang besar Kurangkan makan berempah Kurangkan makan ketumbar kering Kurangkan menonton hiburan Kurangkan membaca majalah hiburan Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2) Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2 Jangan makan kepala ikan Jangan minum air yang ada semut Jangan tidur selepas subuh Jangan tidur selepas asar Jangan tidur selepas makan Jangan makan terlalu kenyang Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam Jangan menyapu rumah pada waktu malam Jangan makan yang masam-masam berlebihan Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam Perkara-perkara yang perlu diamalkan Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2 Selalu makan makanan yang panas2 Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2 Selalu minum air masak Selalu makan ulam2 Selalu mengamalkan pandangan hijau Selalu bersenam Selau menggunakan imajenasi otak Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit...
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00 malam dan yang paling penting dibawah ini...
INFO ******
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang Teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71) _________________ ~Nur Spider~ promise mean everything but once are broken..sorry means nothing...
 |
|  | | biscuitmarrie

 Age : 27 Joined : 06 Apr 2008 Posts : 172 Location : Seremban
| Subject: Re: Tazkirah untuk bacaan semua... Tue 29 Apr 2008, 12:21 pm | |
| Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia Ialah Kerana Adanya Mazmummah Di Dalam Hati
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…
9. Cinta Dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…
** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
**** Makin Tinggi Mazmummah Seseorang, Makin Ia Tidak Bahagia. ****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia …buruklahh padahnya… _________________ ~Nur Spider~ promise mean everything but once are broken..sorry means nothing...
 |
|  | | biscuitmarrie

 Age : 27 Joined : 06 Apr 2008 Posts : 172 Location : Seremban
| Subject: Re: Tazkirah untuk bacaan semua... Tue 29 Apr 2008, 12:23 pm | |
| SAAT KEMATIAN..
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya dineraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.h Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain.h Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah dari arah tangan orang mukmin itu, usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: gTidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.h Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat mautjuga gagal melakukan sebab kaki berkata: gTidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.h Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh org mukmin dari arah kaki, makamalaikat maut cuba pula dari arah telinga.Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengarbacaan Al-Quran dan zikir.h Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkatamata: gTidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud: Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.Sebaiksaja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allahdan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: Roh itu menuju ketujuh empat: 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka Diseksa Berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat. Telah bersabda Rasullullah S.A.W:Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya : 1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah. _________________ ~Nur Spider~ promise mean everything but once are broken..sorry means nothing...
 |
|  | | biscuitmarrie

 Age : 27 Joined : 06 Apr 2008 Posts : 172 Location : Seremban
| Subject: Re: Tazkirah untuk bacaan semua... Tue 29 Apr 2008, 12:25 pm | |
| BENCI DAGING KHNIZIR..MERATAH DAGING MANUSIA....
Realiti masyarakat kita, dari seorang anak itu kecil lagi sudah ditanam di dalam minda bahawa betapa jelik daging khinzir dan bersungguh-sungguh menerapkan bahawa Allah dan Rasul mengharamkan memakan daging khinzir. Sehingga ke tahap masakan yang dimasak seorang berbangsa cina yang vagetarian (hanya memakan sayur) yang tidak dicampur khinzir pun tidak berani dan tidak lalu dijamah, hanya kerana bangsa cina lazim diketahui amat menggemari daging khinzir. Tetapi pada suatu keadaan lain, ianya berbeza dimana kebanyakkan umat Islam hari ini boleh merasa amat selesa meratah menikmati daging saudara sesama Islam samada sedar atau tidak sedar. Malah ada sehingga menghalalkannya. Benarkah fenomena ini sudah lama wujud? Ya, perbuatan tersebut dinamakan ghibah.
Apakah yang dimaksudkan dengan ghibah? Rasulullah s.a.w bersabda:
"أتدرون ما الغيبة؟" قالوا: الله ورسوله أعلم. قال "ذكرك أخاك بما يكره" قيل: أفرأيت إن كان في أخي ما أقول؟ قال "إن كان فيه ما تقول، فقد اغتبته. وإن لم يكن فيه، فقد بهته"
"Tahukah kalian apakah ghibah itu ?" Mereka menjawab :"Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Beliau bersabda: "Iaitu engkau menyebut saudaramu dengan sesuatu yang dibencinya." Ditanyakan :" Bagaimana halnya jika apa yang aku katakan itu (memang) terdapat pada saudaraku ?" Beliau menjawab : "Jika apa yang kamu katakan terdapat pada saudaramu, maka engkau telah melakukan ghibah (mengumpatnya) dan jika ia tidak terdapat padanya maka engkau telah berdusta atasnya". [ Sahih Muslim – no: 2589]
Secara ringkas ghibah bermaksud menyebutkan sesuatu yang terdapat pada diri seorang muslim sedangkan ia tidak suka (jika hal itu disebutkan). Baik dalam keadaan soal jasmaninya, agamanya, kekayaannya, hatinya, ahlaknya, bentuk lahiriahnya dan sebagainya. Tidak juga semestinya dengan perkataan sahaja, ianya termasuk juga perbuatan mnyebar-nyebarkan aib, meniru tingkah laku atau pergerakan tertentu daripada orang yang diumpat dengan niat mengolok-olok, mengumpat dalam bentuk lisan atau pun teks dan sebagainya. Kejelekkan ghibah adalah sama jeleknya dengan memakan daging saudara sendiri. Ianya dijelaskan dalam firman Allah:
وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ
Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? [al-Hujurat 49:12]
Bagai tidak terasa akan haramnya melakukan ghibah, umat Islam masih selesa mengumpat akan keburukan-keburukan saudara se-Islam yang lain. Baik di alam realiti hinggalah ke alam siber. Bergosip menceritakan aib orang lain bagaikan perbuatan itu baik disisi Islam. Apabila ditegur maka akan datanglah pelbagai hujah dengan logik akal yang lemah bahawa perbuatan itu tidak salah. Bagaikan cuba mengingkari kehendak al-Quran dan as-Sunnah dengan nafsu. Mengumpat perkara buruk seseorang muslim adalah merupakan perbuatan merobek kehormatan saudara muslimnya itu. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
كل المسلم على المسلم حرام. دمه وماله وعرضه
Setiap muslim terhadap muslim lainnya diharamakan darahnya, kehormatannya, dan juga hartanya. [Sahih Muslim – no: 2564]
Jika ditanya apakah meniduri ibu sendiri menjijikkan? Pasti mana-mana manusia dengan akal yang sihat akan mengatakan ianya perbuatan sangat terkutuk dan memberi gambaran dosa yang besar. Apakah ada dosa lain yang lebih dasyat? Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
الربا اثنان و سبعون بابا أدناها مثل إتيان الرجل أمه و إن أربى الربا
استطالة الرجل في عرض أخيه
Riba itu ada tujuh puluh dua pintu, yang paling ringan daripadanya sama dengan seorang laki-laki yang menyetubuhi ibunya (sendiri), dan riba yang paling berat adalah berkata buruk seorang laki-laki atas kehormatan saudaranya. [Silsilah al-Ahadits as-Sahihah – no: 1871]
Dan ia juga berkait rapat dengan perbuatan menghebah-hebahkan aib seorang muslim yang lain dan telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
ومن ستر مسلما، ستره الله في الدنيا والآخرة
Siapa saja yag menutupi (aib) seorang Muslim, maka Allah akan menutupi (aib) nya di dunia dan akhirat. [Sahih Muslim - no: 2699]
Orang yang mengumpat keburukan saudaranya sendiri pasti tidak suka diumpat keburukannya oleh orang lain. Hikmah diharamkannya perbuatan yang tercela itu adalah kerana Islam menjaga kehormatan seoseorang Muslim. Perbuatan mencela, menceritakan keburukan seseorang baik berdepan atau mengumpat di belakangnya adalah perbuatan ingkar kepada Allah, Rasul-Nya dan melakukan khianat kepada saudara se-Islamnya. Moga kita dijauhi daripada menjadi pelaku ghibah atau orang yang turut sama mendengar dan menikmati ghibah.
Edry Faizal bin Eddy Yusof Timb. Amir Institusi Usrah Cyberjaya 06/07 Risalah Jumaat, jld. 14, Trimester 3, 9 Mac 2007 http://demipena.blogspot.com/2007/03/risalah-jumaat-benci-daging-khinzir.html _________________ ~Nur Spider~ promise mean everything but once are broken..sorry means nothing...
 |
|  | | | Tazkirah untuk bacaan semua... | |
|
| Page 1 of 2 | Goto page : 1, 2  |
| | Permissions of this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| | |
| |