HomeHome  RegisterRegister  SearchSearch  FAQFAQ  Log inLog in  
Post new topic   Reply to topic
 Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"View previous topic View next topic Go down 
Goto page : 1, 2, 3  Next
AuthorMessage
chefbob



Gender:Male
Age : 30
Joined : 22 Jan 2008
Posts : 704
Location : Sungei Besi-KL-Bentong-Europe

PostSubject: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Thu Jan 31, 2008 3:05 pm

Ruangan ni untuk Ahli Riders Malaya Community yang nak belajar masak-masak
kat umah kalau tak malu bolehlah try atau mintak isteri tersayang masakan ok?
harap-harap tuan MOD tak marah kat chef...... pale

Ayam Masak Gulai Tempoyak Jerantut

Bahan-Bahan:

Ayam ˝ ekor
15 biji cili padi(ikut rasa)
kunyit hidup ˝ inci
garam secukup rasa

bawang kecil 1 biji
serai 2-3 batang
Tempoyak 2-3 sudu (ikut rasa-pekat atau tidak)

Cara:

Ayam dibasuh bersih dengan tepung dan asam jawa untuk menghilangkan bau.
Tumbuk kunyit,cili padi,garam,bawang kecil sehingga lumat dan titikkan serai kemudian gaulkan bahan dengan tempoyak.
tempoyak yang sudah digaul dengan lada boleh diggaulkan bersama ayam dan dicamprkan 2-3 gelas air.masak ayam dengan api sederhana sehingga naik minyaknya.Tambahkan asam keping jika tidak cukup masam.tambah garam jika perlu.. selamat mencuba...


Ayam bakar enak

Bahan-Bahan:
3 camca besar minyak masak
Sedikit garam
1 ekor ayam
1 camca besar perahan limau nipis
500 ml santan daripada 1 biji kelapa

Bahan dikisar:
8 biji cili merah 2 batang serai
1 cm kunyit
8 biji bawang merah

Disangrai dan ditumbuk:
1 camca teh jintan putih
1 camca teh lada hitam
4 biji buah keras

Cara:
Panskan minyak, tumis bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga wangi. Angkat. Lumurkan garam dan separuh bahan tumis tadi pada bahagian luar dan dalam ayam. Letak ayam di dalam bekas tahan panas. Campur perahan limau dan santan, tuang ke atas ayam. Tutup bekas dengan foil dan bakar pada suhu 200 darjah 1 1/2 jam atau sehingga masak. Ketika menghidang, tuang baki bahan tumis tadi pada paha ayam


Chicken Chop

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam) Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
˝ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara:
Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.


Ayam Masak Kuzi

bahan2
1 ekor ayam
2 biji telur ayam
4 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
˝ sudu jintan pedas
2 kuntum bunga pikat
10 batang cengkih
10 biji buah pelaga
10 sen lada sulah
2 batang kulit kayu manis 1 cawan susu cair
1 cawan tomato sos
10 sen halia
1 labu bawang putih
4 biji bawang merah
4 batang daun sup untuk menghias
2 biji buah tomato
4 biji lada merah dibelah-belah
2 cawan minyak kelapa
1 senduk minyak sapi

Cara:
Keluarkan semua isi dalam perut ayam sehingga bersih. Jangan dipotong. Buangkan lehernya. Kemudian dicucuk kulitnya dengan garpu supaya tidak mengelembung. Halia digiling dengan sedikit garam dan dua ulas bawang putih kemudian dilumur pada ayam tadi. Masukkan minyak kelapa dan minyak sapi ke dalam kuali. Apabila panas masukkan ayam, digoreng hingga kuning. Telur direbus kemudian masukkan ayam, digoreng sama. Setelah kuning baru diangkat. Rempah-rempah digiling hingga lumat. Kemudian tumiskan. Masukkan susu, tomato sos, garam dan serbuk perasa. Kacau rata-rata, baru masukkan 3 cawam air. Masukkan semula ayam tadi ke dalam kuali atau periuk dengan dua biji telur yang sudah digoreng ke dalam perutnya. Balikkan sehingga likat betul-betul baru diangkat di hiaskan untuk dihidang.

Tambahan:
Kuzi sedap dimakan dengan roti atau nasi minyak.


Ayam Tomato Dan Ketumbar Raja Sehari

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
20 gm daun ketumbar
50 gm kacang pis
150 gm cili kisar
5 gm bunga lawang
5 gm kayu manis
1 liter santan
300 gm tomato puri
150 gm sos cili
200 gm tairu
200 gm tomato, dibelah lapan 1 cawan minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Kertas aluminium untuk membungkus

Bahan-bahan dikisar halus:
150 gm bawang merah
50 gm bawang putih
100 gm halia
3 batang serai

Cara:
Bersihkan ayam dan buang semua tulang. Ambil separu daripada isi ayam dan kisarkan bersama-sama daun ketumbar dan isi ayam. Masukkan isi ayam yang telah dikisar tadi bersama-sama kacang pis kemudian gulung dengan kertas aluminium. Selepas itu, panggang ayam di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah selama 30 minit. Panaskan minyak dan tumis cili, bahan-bahan kisar, bunga lawang dan kulit kayu manis. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak. masukkan tomato puri, santan, tairu, buah tomato,sos cili, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau dan biarkan hingga kuah pekat sedikit. Angkat. Ayam yang sudah masak dipotong kemudian tuangkan kuah ke atasnya sebelum menghidang.

Tandoori Chicken (Ayam Tandori)

Bahan-Bahan:

700g ketul ayam dikelar
3 camca besar yogurt
2 camca teh minyak sapi
2 biji limau nipis
2 labu bawang merah
1 packet perencah ayam tandoori maggi

Cara:
Perapkan ayamdengan perencah maggi selama 30 minit. Sapukan minyak sapi keatas ayam dan panggang dalam ketuhar pada suhu 200 darjah celsius selama lebih kurang 30 hingga 40 minit.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan denganbawang yang dipotong bulat dan limau nipis yang dipotong berbaji.
Juga lazat dihidangkan dengan masakan laut

Gulai Siam

Bahan-Bahan:

600 gm daging
20 tangkai cili kering
10 batang serai dihiris
2 cm lengkuas
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm belacan 1 biji kelapa
Sedikit terung pipit
3 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau (belah 2)
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
10 biji lada hitam

Cara:
Daging dibersih & dipotong kecil-kecil. Kemudian digaul dengan serbuk kunyit & garam. Diperap 10 minit. Serai, lengkuas, cili, bawang merah, bawang putih, lada hitam & belacan digiling sampai halus. Kelapa diambil secawan pati & semangkuk santan cair. Masukkan daging, bahan-bahan yang digiling & santan cair ke dalam periuk & jerang di atas api. Bila daging empuk, masukkan terung pipit, daun limau purut, cili hijau & pati santan. Bila terung empuk rasa garamnya, baru diangkat

Itik Masak Teochew

Bahan-Bahan:
1 kg itik muda
2 camca sedang garam
1 camca besar rempah serbuk
150 kg lengkuas dihiris
˝ camca besar minyak
1 camca besar gula 3 cawan air
3 ulas bawang putih
7 ˝ sm kulit kayu manis
8 tangkai cili merah
4 camca besar kicap hitam
Sedikit serbuk perasa

Cara:
Lumpurkan bahagian dalam itik bersama garam dan serbuk rempah. Sumbat lengkuas ke dalam itik. Panaskan minyak, masukkan gula dan biarkan hingga perang. Apabila perang campurkan air, didihkan dan masukkan bawang putih, kicap hitam dan serbuk perasa. Masukkan itik dan tambah air hingga melitupi 3/4 itik. Rendidihkan itik dengan bertutup sekurang-kurangnya 45 minit hingga itik empuk dan kuahnya menjadi hitam dan pekat.


Kambing Bakar

Bahan-Bahan:

1 kg daging kambing
50 gm halia (ditumbuk lumat)
50 gm bawang merah (ditumbuk lumat)
30 gm bawang putih (ditumbuk lumat)
30 gm daun limau (ditumbuk lumat) 50 gm cili
20 gm serbuk kunyit
20 gm serbuk kurma
20 gm sos tomato

Cara:
Campurkan kesemua item dan perapkan kambing selama setengah jam.

Panggang selama 40 minit (180 darjah Celcius).

Biarkan ia garing sehingga masak.

Angkat dan sedia untuk dihidang.

Kambing Biri-Biri Goreng Berempah

Bahan-Bahan:

˝ kg daging biri-biri (dipotong kecil)
2 hiris halia
10 biji bawang merah atau 3 labu bawang besar
2 camca besar serbuk ketumbar
1 camca besar jintan manis 1 camca besar jintan putih
1 camca besar biji lada sulah (digoreng dan ditumbuk kasar)
1 camca kecil serbuk kunyit
2 batang serai (dititik)
Garam secukup rasa

Cara:
Daging biri-biri dipotong dan dicuci bersih. Panaskan minyak, masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Setelah naik bau, masukkan pula rempah, serbuk kunyit dan serai. Setelah naik minyak, masukkan pula daging kambing tadi dan kacau hingga ianya empuk. Masukkan garam secukup rasa dan bolehlah dihidangkan.

Kari Daging Cincang Ala Mamak

Bahan-Bahan:
1 kilo Daging Cincang
6 ulas bawang Merah kecil
1 labu bawang besar} dihiris
3 ulas bawang putih} dihiris
Halia sebesar ibu jari - dihiris
2 biji tomato 2 biji cili hijau
Bunga lawang/kayu manis/cengkin/pelaga
3 bungkus rempah kari Allagapas
1 bungkus rempah sup
1 batang serai
Santan Pekat $1.00

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan hirisan seperti bawang merah/putih/halia/bunga lawang/cengkih/pelaga/kayu manis/daun pandan dan serai.

Kemudian masukan daging cincang yang telah dibersihkan. Tumis sebentar.

Masukan rempah sup yang telah dibancuh tadi. Masakan sebentar sehingga rempah menampakan kering sedikit.

Bancuh rempah kari Allagapas masukkan kedalam masakan tadi. Masak daging sehingga empuk.

Setelah daging cincang tadi empuk, masukkan santan pekat dan tambah sedikit air.

Akhir sekali masukkan tomato yang telah dipotong 4 tadi. Masukan garam dan serbuk perasa.


study

Chef akan Update dari masa ke semasa ok? lol!
_________________



-Dia punya nasib dia makan-
-Awak punya nasib awak makan-
-Ape salah kita makan sama2-
Back to top Go down
Swit_Wickey



Gender:Female
Age : 23
Joined : 30 Jan 2008
Posts : 778
Location : UKM, Bangi

PostSubject: Re: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Thu Jan 31, 2008 3:28 pm

caya lah chefff... tangkap leleh bace resipi ni..huhuh... nak lagiii cheefff..hehehhe... Smile
_________________
Back to top Go down
Hangar 18



Gender:Male
Age : 34
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 21

PostSubject: Re: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Thu Jan 31, 2008 3:30 pm

kalo sekali ngan pic lagi menarik chef
Back to top Go down
Swit_Wickey



Gender:Female
Age : 23
Joined : 30 Jan 2008
Posts : 778
Location : UKM, Bangi

PostSubject: Re: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Thu Jan 31, 2008 3:32 pm

ha'ah... kalu chef masak bagi kami org rase pon lagik best chefff...huhuhuhu...
_________________
Back to top Go down
darkrider
Moderators
Moderators


Gender:Male
Age : 26
Joined : 14 Jan 2008
Posts : 1827
Location : Sentul-Bangsar-Penang

PostSubject: Re: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Thu Jan 31, 2008 3:35 pm

uiihh..
nampak cam mudah je memasak nih... drunken
_________________


Muslim Aid Asia :: cuci dosa blog :: matasura's blog
Back to top Go down
piranha`



Gender:Female
Age : 22
Joined : 16 Jan 2008
Posts : 1159
Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur

PostSubject: Re: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Thu Jan 31, 2008 10:01 pm

darkrider wrote:
uiihh..
nampak cam mudah je memasak nih... drunken


nampak mudah tapi PAYAH lor...

tak cukup rase nanti.........ehehe
_________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia
itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
Back to top Go down
riq_77



Gender:Male
Age : 25
Joined : 16 Jan 2008
Posts : 4040

PostSubject: Re: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Thu Jan 31, 2008 10:04 pm

weiiii...lapo weh bounce
_________________
Back to top Go down
abe_Luing



Gender:Male
Age : 22
Joined : 16 Jan 2008
Posts : 1578
Location : kooala lumpor ku terchenta..

PostSubject: Re: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Thu Jan 31, 2008 10:30 pm

ang xpayah la mat,tgok bilik stor makanan ang tuh je pon aku tahu ang xreti masak lol!
hehe tp lenkali pinjam umah lg ek abg mat What a Face
_________________
Back to top Go down
wares



Gender:Male
Age : 24
Joined : 16 Jan 2008
Posts : 417

PostSubject: Re: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Tue Feb 05, 2008 10:19 am

yer la chef...kalau ada gambar terliur rasanya.... cheers
Back to top Go down
golden_wood



Gender:Male
Age : 31
Joined : 22 Jan 2008
Posts : 584

PostSubject: Re: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Tue Feb 05, 2008 11:28 am

terrasa lapar pula
_________________
Photobucket
Back to top Go down
darkrider
Moderators
Moderators


Gender:Male
Age : 26
Joined : 14 Jan 2008
Posts : 1827
Location : Sentul-Bangsar-Penang

PostSubject: Re: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Tue Feb 05, 2008 11:55 am

abe_Luing wrote:
ang xpayah la mat,tgok bilik stor makanan ang tuh je pon aku tahu ang xreti masak lol!
hehe tp lenkali pinjam umah lg ek abg mat What a Face

sebab dapur xsiap lagi..
tgk aa nanti... Twisted Evil

sori terkeluar landasan topik.. Embarassed

chef bob,
ada gambar x makanan tuu?
sure best ngan hiasan2
_________________


Muslim Aid Asia :: cuci dosa blog :: matasura's blog
Back to top Go down
chefbob



Gender:Male
Age : 30
Joined : 22 Jan 2008
Posts : 704
Location : Sungei Besi-KL-Bentong-Europe

PostSubject: Re: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Wed Feb 06, 2008 12:16 pm

maap banyak2la Gambor takde la ada resepi je
Razz
_________________



-Dia punya nasib dia makan-
-Awak punya nasib awak makan-
-Ape salah kita makan sama2-
Back to top Go down
cputs_



Gender:Male
Age : 26
Joined : 16 Jan 2008
Posts : 48
Location : BGSR

PostSubject: Re: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Wed Feb 06, 2008 12:46 pm

huhuhu..ini resepi utk hotel2 jer.
ade resepi utk org bujang tk? albino
_________________
Back to top Go down
Ghimeh



Gender:Male
Age : 31
Joined : 23 Jan 2008
Posts : 113

PostSubject: Re: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Wed Feb 06, 2008 5:25 pm

Chef Bob,

nak tanya sket..camne nak buat kuah brownie black pepper yang org selalu makan ngan stik tu..kat supermarket mmg ada jual tapi mahal...dgr kata bole buat sendiri...cmne caranye and bahan-2 nyer...turunkan ilmu sket bole..?
Back to top Go down
riq_77



Gender:Male
Age : 25
Joined : 16 Jan 2008
Posts : 4040

PostSubject: Re: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Thu Feb 07, 2008 12:40 am

makin siyok oooo thread nih cheers
_________________
Back to top Go down
jefnoka1



Gender:Male
Age : 42
Joined : 16 Jan 2008
Posts : 839
Location : Kota Damansara

PostSubject: Re: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Thu Feb 07, 2008 9:07 pm

ni sudah bagus, bleh eden torai plak...
Tapi kalau chef masak ajak kitorg dtg makan ramai2 lagi best
_________________
"Live to ride, ride to live, do or die... Aces high" - Iron Maiden
[b]
Back to top Go down
riq_77



Gender:Male
Age : 25
Joined : 16 Jan 2008
Posts : 4040

PostSubject: Re: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Mon Feb 11, 2008 2:21 pm

jefnoka1 wrote:
ni sudah bagus, bleh eden torai plak...
Tapi kalau chef masak ajak kitorg dtg makan ramai2 lagi best

\\\SOKONG/// cheers cheers cheers cheers cheers
_________________
Back to top Go down
qadiey@Elric
RMC Crew
RMC Crew


Gender:Male
Age : 24
Joined : 17 Jan 2008
Posts : 708
Location : USJ...sungkai

PostSubject: Re: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Wed Feb 13, 2008 12:31 am

cheff,de x resepi utk org2 bujang cam kami ni..yg simple2 dan mudah serta jimat..hehehehe..
_________________
Let's gone!!!..hehehehe..
Back to top Go down
darkrider
Moderators
Moderators


Gender:Male
Age : 26
Joined : 14 Jan 2008
Posts : 1827
Location : Sentul-Bangsar-Penang

PostSubject: Re: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Wed Feb 13, 2008 12:29 pm

qadiey@Elric wrote:
cheff,de x resepi utk org2 bujang cam kami ni..yg simple2 dan mudah serta jimat..hehehehe..

betul2..
mcm nasik goreng sodap ke..

aku slalu wat nasik goreng, sure xsedap, hangit laa... Embarassed
_________________


Muslim Aid Asia :: cuci dosa blog :: matasura's blog
Back to top Go down
abe_Luing



Gender:Male
Age : 22
Joined : 16 Jan 2008
Posts : 1578
Location : kooala lumpor ku terchenta..

PostSubject: Re: Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"   Wed Feb 13, 2008 6:14 pm

darkrider wrote:

betul2..
mcm nasik goreng sodap ke..

aku slalu wat nasik goreng, sure xsedap, hangit laa... Embarassed


kekeke aku da agak Laughing
_________________
Back to top Go down
Ruangan "RESEPI MASAKAN DARI CHEF BOB"View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 3Goto page : 1, 2, 3  Next

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Riders Malaya Community :: Komuniti :: Sembang kosong-
Post new topic   Reply to topic