HomeHome  ­RegisterRegister  ­MemberlistMemberlist  ­FAQFAQ  ­Log inLog in  
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Petua kempis perut.

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : 1, 2  Next
AuthorMessage
rock_cameramanIBC



Male Number of posts: 422
Age: 26
Registration date: 2008-01-15

PostSubject: Petua kempis perut.   Thu 10 Sep 2009, 1:52 pm

petua ni aku dapat kat nenek aku..
- selalu rajin minum air panas suam.. air manis dapat 2 cawan da cukup da..
- makan dalam situasi blues.. perlahan, jangan gelojoh..
- jangan makan berulam air..
- nak makan atau minum pastikan bontot berada dikerusi..
- selalukan diri berjalan dalam suasana yg ramai awek cun.. kerana kite dgn otomatik akan tight in perut @ control kedudukan perut supaya kelihatan lebih ideal..
- secara x langsung ia juga merupakan satu senaman emosi perut..
- sapu minyak panas dengan cara urutan dari bawah pusat ke dada papa perut boroi anda setiap pagi lepas menguap dan setiap malam sebelum landing..

setakat ni je la yg aku tau.. bole cube.. hasilnya seperti perut ku..
Back to top Go down
View user profile
bogonz



Male Number of posts: 5385
Age: 35
Location: kl - setapak - melawati - permata
Registration date: 2008-01-17

PostSubject: Re: Petua kempis perut.   Thu 10 Sep 2009, 1:54 pm

rock_cameramanIBC wrote:
petua ni aku dapat kat nenek aku..
- selalu rajin minum air panas suam.. air manis dapat 2 cawan da cukup da..
- makan dalam situasi blues.. perlahan, jangan gelojoh..
- jangan makan berulam air..
- nak makan atau minum pastikan bontot berada dikerusi..
- selalukan diri berjalan dalam suasana yg ramai awek cun.. kerana kite dgn otomatik akan tight in perut @ control kedudukan perut supaya kelihatan lebih ideal..
- secara x langsung ia juga merupakan satu senaman emosi perut..
- sapu minyak panas dengan cara urutan dari bawah pusat ke dada papa perut boroi anda setiap pagi lepas menguap dan setiap malam sebelum landing..

setakat ni je la yg aku tau.. bole cube.. hasilnya seperti perut ku..


yg tu selalu aku buat tp knp x kempis2 lg perut aku ni?????? lol! lol! lol! Razz Razz
Back to top Go down
View user profile
Abob
Hardcore


Male Number of posts: 5207
Age: 31
Location: Somewhere in KL
Registration date: 2008-01-29

PostSubject: Re: Petua kempis perut.   Thu 10 Sep 2009, 1:58 pm

bogonz wrote:
rock_cameramanIBC wrote:
petua ni aku dapat kat nenek aku..
- selalu rajin minum air panas suam.. air manis dapat 2 cawan da cukup da..
- makan dalam situasi blues.. perlahan, jangan gelojoh..
- jangan makan berulam air..
- nak makan atau minum pastikan bontot berada dikerusi..
- selalukan diri berjalan dalam suasana yg ramai awek cun.. kerana kite dgn otomatik akan tight in perut @ control kedudukan perut supaya kelihatan lebih ideal..- secara x langsung ia juga merupakan satu senaman emosi perut..
- sapu minyak panas dengan cara urutan dari bawah pusat ke dada papa perut boroi anda setiap pagi lepas menguap dan setiap malam sebelum landing..

setakat ni je la yg aku tau.. bole cube.. hasilnya seperti perut ku..


yg tu selalu aku buat tp knp x kempis2 lg perut aku ni?????? lol! lol! lol! Razz Razz

sama la......buat yg kaler merah tu je....
padan tk kempis2....nk kena try yg lain2 lg.... Razz Razz
sy nk kena pg ke tempat yg lg ramai awek2..... lol!
Back to top Go down
View user profile
namex



Male Number of posts: 49
Age: 22
Location: perak
Registration date: 2009-03-05

PostSubject: Re: Petua kempis perut.   Thu 10 Sep 2009, 1:59 pm

petua pling mujarab ------ bg cbr lalu kat atas perut korang...heheheh....----guwau jerk rabbit
Back to top Go down
View user profile
joei99



Male Number of posts: 3649
Age: 26
Location: x tentu
Registration date: 2008-11-28

PostSubject: Re: Petua kempis perut.   Thu 10 Sep 2009, 2:01 pm

perghh,penting ni petua nak kempiskan/elakkan perut boroi ni.... cheers Very Happy cheers
tambah lagi,tambahhhh...... Smile














rajin2lah bersenam diluar rumah..hehe.... Laughing Smile Smile
Back to top Go down
View user profile
chick3n



Female Number of posts: 786
Age: 24
Location: CHERAS - GOMBAK - N9 - JB
Registration date: 2009-08-22

PostSubject: Re: Petua kempis perut.   Thu 10 Sep 2009, 2:07 pm

Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan



1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."


P/s yg nie bkn setakat kempis perut ja...sume leh kempit..hehehehe lol! chayok....
Back to top Go down
View user profile
chick3n



Female Number of posts: 786
Age: 24
Location: CHERAS - GOMBAK - N9 - JB
Registration date: 2009-08-22

PostSubject: Re: Petua kempis perut.   Thu 10 Sep 2009, 2:09 pm

joei99 wrote:
perghh,penting ni petua nak kempiskan/elakkan perut boroi ni.... cheers Very Happy cheers
tambah lagi,tambahhhh...... Smile

tp klu agak2 dh boroi tu dh terlambat la nk buat...dh xdapek den nk nolong laie dah...huhuhu














rajin2lah bersenam diluar rumah..hehe.... Laughing Smile Smile
Back to top Go down
View user profile
sister rider



Female Number of posts: 254
Age: 38
Location: port dickson
Registration date: 2009-04-22

PostSubject: Re: Petua kempis perut.   Thu 10 Sep 2009, 2:57 pm

org lelaki biasalah kalau dah kahwin,perut makin kedepan.......itu tandanya mrk bahagia n isteri masak sedappppppp.......
Back to top Go down
View user profile
bogonz



Male Number of posts: 5385
Age: 35
Location: kl - setapak - melawati - permata
Registration date: 2008-01-17

PostSubject: Re: Petua kempis perut.   Thu 10 Sep 2009, 3:02 pm

sister rider wrote:
org lelaki biasalah kalau dah kahwin,perut makin kedepan.......itu tandanya mrk bahagia n isteri masak sedappppppp.......


setujuuuuuuuuuuuuuuuu cheers cheers cheers cheers
Back to top Go down
View user profile
chick3n



Female Number of posts: 786
Age: 24
Location: CHERAS - GOMBAK - N9 - JB
Registration date: 2009-08-22

PostSubject: Re: Petua kempis perut.   Thu 10 Sep 2009, 3:15 pm

hehehehe..abis klu yg bujang tu lak?ape cer? confused
Back to top Go down
View user profile
kamal5632



Male Number of posts: 9426
Age: 17
Location: tempat takde api~kaki bakar~
Registration date: 2008-02-26

PostSubject: Re: Petua kempis perut.   Thu 10 Sep 2009, 3:29 pm

abam rock dah kempis ke belom??? hahahahahaha
Back to top Go down
View user profile
penang_pixman
Moderator


Male Number of posts: 2360
Age: 35
Location: ISS - end of the world - underground
Registration date: 2008-01-16

PostSubject: Re: Petua kempis perut.   Thu 10 Sep 2009, 4:36 pm

selain itu mungkin korang tak tahu... kenapa perut lelaki cepat berotot (malu nak sebut nnt acoi marah) hasil kajian aku selama 77 ratus ribu tahun punca2nya

1: makan yang tak abis dimakan oleh anak bini , suami yang tolong abiskan sbb sayang sgt nak buang makanan (rezeki) lagi pun suami keja teruk2 tentulah dia tahu susah payah nak cari sesuap nasi..

2: Tabiat suka makan sepat - 2 minit makan dah siap, tak dak kunyah...masuk mulut terus telan sbb nak cepat sbb banyak keja nak kena buat, kat umah nak buat keja umah, kat opis, boss dok call suruh buat tu buat ni...

3: Bila makan cepat2, selalu cepat mengelan/tercekik...dan pedas2 so melantak air bergelas2

4: kalo kat umah, pas makan terus nak landing depan tv, sofa tu patut duduk, tp dia buat mcm katil...

5: Bila kantung perut makin besar (dah kuat melantak) makan sikit rasa mcm tak puas...so org kalo jenis ni tak payah di jemput/dipelawa merasa makanan, sbb bagi dia tiada istilah merasa, yg ada makan sampai kenyang.

6: Malas bersenam...tp mulut selalu ckp nak diet, nak kuruskan badan...tp bila ajak g bersenam/berjogging hampehhh...

yang lain2 korang tambah jer la
Back to top Go down
View user profile http://www.nusantarabikersclub.com/html/index.asp
rock_cameramanIBC



Male Number of posts: 422
Age: 26
Registration date: 2008-01-15

PostSubject: Re: Petua kempis perut.   Thu 10 Sep 2009, 4:43 pm

bogonz wrote:
rock_cameramanIBC wrote:
petua ni aku dapat kat nenek aku..
- selalu rajin minum air panas suam.. air manis dapat 2 cawan da cukup da..
- makan dalam situasi blues.. perlahan, jangan gelojoh..
- jangan makan berulam air..
- nak makan atau minum pastikan bontot berada dikerusi..
- selalukan diri berjalan dalam suasana yg ramai awek cun.. kerana kite dgn otomatik akan tight in perut @ control kedudukan perut supaya kelihatan lebih ideal..
- secara x langsung ia juga merupakan satu senaman emosi perut..
- sapu minyak panas dengan cara urutan dari bawah pusat ke dada papa perut boroi anda setiap pagi lepas menguap dan setiap malam sebelum landing..

setakat ni je la yg aku tau.. bole cube.. hasilnya seperti perut ku..


yg tu selalu aku buat tp knp x kempis2 lg perut aku ni?????? lol! lol! lol! Razz Razz

mungkin perut anda perlu di upgred kot.. hehe..
Back to top Go down
View user profile
rock_cameramanIBC



Male Number of posts: 422
Age: 26
Registration date: 2008-01-15

PostSubject: Re: Petua kempis perut.   Thu 10 Sep 2009, 4:44 pm

sister rider wrote:
org lelaki biasalah kalau dah kahwin,perut makin kedepan.......itu tandanya mrk bahagia n isteri masak sedappppppp.......

mcm2 gak la yg sedap.. hehe.. astaga bulan poso..
Back to top Go down
View user profile
rock_cameramanIBC



Male Number of posts: 422
Age: 26
Registration date: 2008-01-15

PostSubject: Re: Petua kempis perut.   Thu 10 Sep 2009, 4:45 pm

chick3n wrote:
hehehehe..abis klu yg bujang tu lak?ape cer? confused

yg bujang tu plak tandanye da sampe seru untuk kawin kot..
Back to top Go down
View user profile
rock_cameramanIBC



Male Number of posts: 422
Age: 26
Registration date: 2008-01-15

PostSubject: Re: Petua kempis perut.   Thu 10 Sep 2009, 4:46 pm

kamal5632 wrote:
abam rock dah kempis ke belom??? hahahahahaha

tgk perut la.. ini perut bukan sebarang perut.. ini perut bole buat sup perut..
Back to top Go down
View user profile
Panglima7



Male Number of posts: 122
Age: 29
Location: Kajang Selangor
Registration date: 2009-04-17

PostSubject: Re: Petua kempis perut.   Fri 11 Sep 2009, 11:56 am

terkenang masa muda2 dulu, tok guru suruh baring, pastu angkat kedua kaki ikut kiraan-1,2,3,4,5 berhenti pastu sambung 7 sampai 10, dalam keadaan L shape...tahan lagi pastu turun...sambil tengah tahan tu akan ader brader yang beratnye x kurang 70kg akan melompat dari perut ke perut...kalu x tahan nafas konfem pecah..ader gak yang terkentut...masa tu berpetak lah gak....kadang2 perut pun kena pukul dek rotan 2cm tebal tu....nak bagi kuat lah kononnyer
tetapi...............................................setelah 6 tahun kawin..tile yang cantik dah kena tutup dek pasir da.... tongue
Back to top Go down
View user profile
Qaseh



Female Number of posts: 59
Age: 58
Location: Gombak
Registration date: 2008-11-27

PostSubject: Re: Petua kempis perut.   Mon 14 Sep 2009, 11:31 am

lol!
Back to top Go down
View user profile
AwEk$ s@Kti



Female Number of posts: 805
Age: 24
Location: menuju ke jalan yang benar....
Registration date: 2009-02-23

PostSubject: Re: Petua kempis perut.   Wed 30 Sep 2009, 3:15 pm

alah aper susuh nak kempis....
gunalah produk BEAUTIFUL HAI-O....
tul tak encik ganah.....
Back to top Go down
View user profile
chick3n



Female Number of posts: 786
Age: 24
Location: CHERAS - GOMBAK - N9 - JB
Registration date: 2009-08-22

PostSubject: Re: Petua kempis perut.   Fri 02 Oct 2009, 11:57 am

AwEk$ s@Kti wrote:
alah aper susuh nak kempis....
gunalah produk BEAUTIFUL HAI-O....
tul tak encik ganah.....


uti kamu pun join gak ker?huuhuhuh
Back to top Go down
View user profile
 

Petua kempis perut.

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 2Goto page : 1, 2  Next

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Riders Malaya Community :: Komuniti :: Sembang kosong-
Post new topic   Reply to topic