HomeHome  ­RegisterRegister  ­MemberlistMemberlist  ­FAQFAQ  ­Log inLog in  
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Joke of the day! V2...

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : Previous  1 ... 8 ... 12, 13, 14, 15  Next
AuthorMessage
chicken



Male Number of posts: 2042
Age: 23
Location: Cyberjaya-Cheras-Gombak-Jb
Registration date: 2008-08-28

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Thu 24 Sep 2009, 3:38 pm

educated punya rimau nie...
Back to top Go down
View user profile Online
Abob
Hardcore


Male Number of posts: 5207
Age: 31
Location: Somewhere in KL
Registration date: 2008-01-29

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Thu 24 Sep 2009, 4:08 pm

hahahaha....ok2 next story.....
sapa2 nk bercerita lak...
Back to top Go down
View user profile
chick3n



Female Number of posts: 786
Age: 24
Location: CHERAS - GOMBAK - N9 - JB
Registration date: 2009-08-22

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Fri 25 Sep 2009, 10:06 am

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

loghat mane yg lebih munasabah...

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!
Back to top Go down
View user profile
chick3n



Female Number of posts: 786
Age: 24
Location: CHERAS - GOMBAK - N9 - JB
Registration date: 2009-08-22

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Fri 25 Sep 2009, 10:10 am

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: “Dik, telur sekilo berapa?”
Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang tempatan.”
Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”
Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
Back to top Go down
View user profile
cornerjinjang



Male Number of posts: 351
Age: 20
Location: nilai-b.b salak tinggi-b.b bangi-kajang
Registration date: 2009-03-14

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Fri 25 Sep 2009, 3:52 pm

hahahahahhaha...klu aku jd pmbeli tu mau aku sumbat telur tuh tiga pat bjik lam lobang hidong die...
Back to top Go down
View user profile
Sp33d3r



Female Number of posts: 5210
Age: 27
Location: keramat..KL
Registration date: 2009-05-05

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Tue 29 Sep 2009, 10:41 am

Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.

Ibu :”Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan”

Anak :”Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?”

Ibu (tersipu malu) : “Kerana kita ini keturunan yang ke 8″
Back to top Go down
View user profile
Sp33d3r



Female Number of posts: 5210
Age: 27
Location: keramat..KL
Registration date: 2009-05-05

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Tue 29 Sep 2009, 10:41 am

Tiga org sahabat sedang mandi wap di bilik sauna, seorang Amerika,
seorang Jepun dan seorang Indonesia. Dikeheningan berada didalam
bilik sauna tiba tiba dipecahkan dengan bunyi....bip...bip....bip....
Orang Amerika tadi terus membuka telapak tangan kirinya, dan seakan membaca sesuatu. Kedua si Jepun dan Indonesia tadi terpinga-pinga lantas si Amerika ni pun berkata, "Disebabkan tgn saya telah ditanamkan cip berteknologi tinggi maka saya boleh terima SMS dan MMS tanpa hand set...." Maka kagum la si Jepun dan Indonesia ni.

Seminit kemudian terdengar pulak deringan telefon di dalam bilik
sauna tersebut. Tetiba si Jepun pun mengangkat tangan kirinya dan
seakan menjawab panggilan telefon tadi. Ibu jari nyer diletakkan di
mulut dan jari kelingkingnyer di telinga. panggilan melalui jari jari saya tanpa menggunakan hp..."

Setelah habis menjawab maka si Jepun pun berkata, "oleh kerana tangan saya ditanam cip berteknologi tinggi maka saya boleh menjawab dan menerima Melihatkan keadaan canggih manggih kedua si Amerika dan si Jepun, si Indonesia ni pun terpinga dan berbisik sendirian..."Alamak apa yg boleh aku sembahkan untuk mengalahkan mereka berdua ni...?" Kerana stress akibat memikirkan hal tadi maka perutnyer pun terasa nak membuang. Lalu si indon ni pun keluar pergi ke toilet. Setelah selesai membuang si indon ni kembali ke bilik sauna. Akibat kepayahan untuk mencuci dengan tisu tandas maka ader lebihan tisu di celah-celah kelangkangnyer. Dengan keheranan dan jijik nyer si Amerika dan si Jepun pun bertanya..."kertas apa yang terjuntai kat celah tu...?"

Lantas si indon ni pun jawab ngan selamber nyer...."Oh saya baru
terima Fax......"
Back to top Go down
View user profile
Abob
Hardcore


Male Number of posts: 5207
Age: 31
Location: Somewhere in KL
Registration date: 2008-01-29

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Tue 29 Sep 2009, 12:40 pm

sapa la yg sanggup bc fax tu.... Laughing
Back to top Go down
View user profile
Sp33d3r



Female Number of posts: 5210
Age: 27
Location: keramat..KL
Registration date: 2009-05-05

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Tue 29 Sep 2009, 1:30 pm

dier jer la kot....
Back to top Go down
View user profile
Abob
Hardcore


Male Number of posts: 5207
Age: 31
Location: Somewhere in KL
Registration date: 2008-01-29

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Tue 29 Sep 2009, 1:35 pm

aduh....tegang la insang aku ni....
Back to top Go down
View user profile
Sp33d3r



Female Number of posts: 5210
Age: 27
Location: keramat..KL
Registration date: 2009-05-05

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Tue 29 Sep 2009, 2:29 pm

Di suatu pagi,sorang mamat ni pegi la beli kuih kat sorang makcik ni.
Dia tengok semua cucur udang makcik ni jual takde pun udang
ditengah-tengah cucur tersebut...lalu si mamat ni pun tanye....

Mamat : Makcik,apasal semua cucur udang makcik takde udang? Bukan ke selalunyer orang jual ada udang kat tengah cucur tu.

Dengan muke selambernyer...makcik tersebut menjawab...

Makcik : Eh,makcik tengok orang jual cucur badak takde pun diorang letak badak..so,makcik pun takde la nak letak udang...
Mamat : Menyesal aku tanya (dalam hati)
Back to top Go down
View user profile
Sp33d3r



Female Number of posts: 5210
Age: 27
Location: keramat..KL
Registration date: 2009-05-05

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Tue 29 Sep 2009, 2:30 pm

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor:
Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti
beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak
Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan
mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah
membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.
Back to top Go down
View user profile
Abob
Hardcore


Male Number of posts: 5207
Age: 31
Location: Somewhere in KL
Registration date: 2008-01-29

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Tue 29 Sep 2009, 2:33 pm

hehehehe.... Laughing
Back to top Go down
View user profile
Sp33d3r



Female Number of posts: 5210
Age: 27
Location: keramat..KL
Registration date: 2009-05-05

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Tue 29 Sep 2009, 2:34 pm

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga : "RM7!"
Pembeli : "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!?"
Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"
Peniaga : "#$%@%&%????...
Back to top Go down
View user profile
Sp33d3r



Female Number of posts: 5210
Age: 27
Location: keramat..KL
Registration date: 2009-05-05

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Tue 29 Sep 2009, 2:37 pm

Kisah ini terjadi pada tahun 1990 semasa aku dan seorang rakan hendak
mencari kedai spare-part motor. Aku yang pada masa itu memiliki lesen
'L' dengan penuh bangga lagi confident membawa motor kapcai ayahku
untuk mencari kedai spare-part motor tanpa perancangan ke arah mana
kami harus cari kedai tersebut . Di pertengahan jalan , aku dengan
selambanya memotong laju sebuah motorsikal yang dinaiki dua orang
anggota polis siap bersenjata . Sebaik sahaja aku memotong terdengar
suara menjerit 'hoi' . Aku dengan macho buat-buat tak dengar .
Malangnya kawan yang membonceng telah menoleh kearah polis tersebut
lalu memberitahu dengan menepuk-nepuk bahu ku bahwa polis tu suruh kami
berhenti . Aiseyyy .... aku dengan berat hati dan gabra giler ...
berhenti di depan stesen minyak . Otak pun mula berputar-putar mencari
alasan ....

Polis : Laju bawak motor ?
Aku : Maaf Bang ... ehh encik ... err...errr..err.. saya nak cepat nie ... ada hal sikit..
Polis : Awak tak dengar ke saya panggil tadi ?
Aku : Errr..errr... dengar .. ehh .. tak berapa dengar ..
Polis : Ni... nak pergi mana ni ??
Aku : Sanun !
Kawan : Sinun !
(
Entah macamana kawan aku ... ikut JAWAB sekali soalan tu . Serentak
kami jawab sambil menunjukkan arah jalan YANG BERLAINAN menggunakan
isyarat tangan ! Kami berpandangan .... aiseyyyy .... kantoi ...kantoi
...kantoi .. aku berkata dalam hati.

Polis : (sambil senyum) korang sebenarnya nak kemana nie ?
Aku
: (tersengih-sengih) ehh .. bang... encik.. err..errr.. kitaorang
sebenarnya nak cari kedai spare-part motor.. tapi tak tahu nak gi mana
lagi ...
Polis : Hemmm ...hemmm ... tengok ROAD-TAX ngan LESEN !

Alamak
... part nie leerrrr yang paling aku GABRA sekali ... adusssss ...
kantoi aku kali nie. Dengan lesu aku bukak sit motor sambil otak terus
mencari idea dengan mata memandang ke stesyen minyak(berfikir lerr tuu
..) ! Setelah agak lama ... tiba-tiba kawan aku menegur ..

Kawan : Kau cari apa ??
Aku : Road-tax ... jawab ku ringkas .
Kawan : (sambil tergelak) Mana ada road-tax kat situ ?
Aku : (terperanjat dari lamunan) Ehhh .... !!
Laaa
..... tanpa aku sedari aku sedang membuka PENUTUP TANGKI PETROL untuk
mencari road-tax ! Polis yang memerhati mula tergelak-gelak .

Aku : (cover malu & buat2 lupa) Kat mana yea road-tax motor nie ??
Kawan : Bawah plastik beras tu kot .... apa daaa ... bawak plastik beras !!
Aku : (Ciss ... tak guna punya kawan kutuk aku ~ dalam hati) Ha ... ada pun .. nie dia .

Polis : (sambil menahan ketawa) hemmmm .... ada punn .. LESEN ?
Aku : Errr...errr...errr... ada ...nie dia .
Polis : Nie LESEN 'L' nie .. mana boleh naik ...
Aku
: Errr...errr..eerrr .. saya tahu bang .. tak boleh naik berdua ...
tapi ... hari dah hampir gelap ... kawan saya nie RABUN .. so ... saya
terpaksa bawak motor nie. Kawan saya LESEN penuh bang ..
(spontan aku jawab sambil kenakan kawan aku balik ..heeheehee)
Polis : Tengok lesen awak ..
Kawan : Ada...ada...ada.... nah encik ( sambil menunjukkan lesen luar negara )
Polis : Nie bukan lesen Malaysia nie ?
Kawan : Errr...errr... tu international lesen tu... mana-mana negara boleh pakai .
Polis : (sambil memusing-musing lesen tunggang terbalik) mana dia punya KELAS ?? Takde pun tulis B ??
Kawan : (Dengan bangga dan confident) Ohhh ... lesen nie saya amik kat US ... lesen niee boleh bawak semua kenderaan.
Polis
: (sambil garu-garu kepala tak paham ) Oh yea kerr ... Hemmm.. okey lah
saya lepaskan awak berdua ... tapi awak kena tukar lesen tu yea kepada
lesen Malaysia . (sambil gelak-gelak)..saya berdua sebenarnya dari
bahagian mencegah jenayah. Kami sedang buat rondaan biasa jerr.

Aku dan kawan : ohhh .... Mekasih bebanyak encik.

Bila
polis tu belah jerrr... kitaorang berdua bantai gelak lebih2 lagi
mengenangkan gelagat aku yang gabra tu. Kami CANCEL pergi kedai
spare-part .. balik rumah .. sebab udah masuk maghrib ... mandi dan
SOLAT dulu lerrr .
Back to top Go down
View user profile
Sp33d3r



Female Number of posts: 5210
Age: 27
Location: keramat..KL
Registration date: 2009-05-05

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Tue 29 Sep 2009, 2:43 pm

Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat.

Minggu
lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan
yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak
pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih
pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang
semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila
pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, "Kenapa dengan
sudu tuh?"

"Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas
mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas
beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang
selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika
kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi
balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang
setiap syif".

Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh
dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya.
"Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur,
lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang".

Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua
pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, "Tumpang tanya, boleh
tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?"

"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya. "Tak semua orang perasan benang ni."

"Jururunding
tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke
tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh
menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak
perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat
memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas
awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia bal ik kedalam
seluar?"

"Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi."
Back to top Go down
View user profile
Sp33d3r



Female Number of posts: 5210
Age: 27
Location: keramat..KL
Registration date: 2009-05-05

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Tue 29 Sep 2009, 2:43 pm

Semalam saya dan isteri mengundang beberapa orang untuk makan malam di
rumah. Isteri saya pun sejak pagi sudah mempersiapkan segala
masakannya. Ketika semua tetamu telah datang, ia menyuruh anak kami
yang berusia 6 tahun untuk memimpin doa sebelum makan.

"Afiq, kamu pimpin baca doa ye Afiq"

"Tapi mak, doanya macam mana?" jawabnya.

"Katakan saja apa yang biasanya Ibu katakan," kata isteri saya.

Afiq segera menadah tangan dan berkata ...

"Ya Tuhanku, kenapa saya harus mengundang orang-orang ini makan malam?"
Back to top Go down
View user profile
Sp33d3r



Female Number of posts: 5210
Age: 27
Location: keramat..KL
Registration date: 2009-05-05

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Tue 29 Sep 2009, 3:56 pm

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak
perempuan mereka hamil."Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang
si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le
mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta
Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya
keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.

Lelaki itu
berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya. Dia
berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus
terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri
saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas
perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan
saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo
dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan
wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah
rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda
keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Sang ayah berfikir.
Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang
ayah berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi."
Back to top Go down
View user profile
Sp33d3r



Female Number of posts: 5210
Age: 27
Location: keramat..KL
Registration date: 2009-05-05

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Tue 29 Sep 2009, 4:36 pm

Alhikayat, dalam sebuah hutan di negeri Pahang ada seekor badak sumbu
dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer
bertengkar.

Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka
terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah
digosok,keluarlah jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan
bagi kedua-dua menatang itu.

Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson

Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam

Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei

Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di Pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang-barang mat motornya tu..

Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik-baik"

Badak
tu pun pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat
Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".

Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu-satunya badak jantan satu Malaya nihh..

"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.

Monyet
tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian
melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi
GAY"

Jin tu pun kelipkan mata, bling....

Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas-puasnya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"
Back to top Go down
View user profile
AwEk$ s@Kti



Female Number of posts: 805
Age: 24
Location: menuju ke jalan yang benar....
Registration date: 2009-02-23

PostSubject: Re: Joke of the day! V2...   Tue 29 Sep 2009, 6:35 pm




bawaklah taubat yer....gelak cikit2 jer jgn lebih2 makhruh...
Back to top Go down
View user profile
 

Joke of the day! V2...

View previous topic View next topic Back to top 
Page 13 of 15Goto page : Previous  1 ... 8 ... 12, 13, 14, 15  Next

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Riders Malaya Community :: Komuniti :: Sembang kosong-
Post new topic   Reply to topic