| | Goto page : 1 ... 7 ... 11, 12, 13, 14  | | Author | Message |
|---|
chefbob

 Age : 30 Joined : 22 Jan 2008 Posts : 704 Location : Sungei Besi-KL-Bentong-Europe
| Subject: Re: Joke of the day! Tue Feb 26, 2008 11:48 am | |
| saya tak bersalah!!!!
Seorang tentera laut yang baru saja bertugas beberapa hari di sebuah kapal selam, telah dipecat dari jawatannya atas tuduhan menenggelamkan kapal selam bersama tentera laut yang lain... Ketika ditemuramah wartawan, dia mengaku tidak bersalah. "Waktu kejadian kapal selam itu tenggelam, saya baru habis bertugas, dan sedang bersiap untuk tidur."
"Lalu apa yang anda lakukan sebelum tidur?" tanya wartawan. "Ya seperti kebiasaan di kampung... saya akan buka jendela sebelum tidur.... Abis basah...!! ", jawabnya dengan tenang............... _________________

-Dia punya nasib dia makan- -Awak punya nasib awak makan- -Ape salah kita makan sama2- |
|  | | riderzzr

 Age : 23 Joined : 12 Feb 2008 Posts : 2801 Location : shah alam
| Subject: Re: Joke of the day! Tue Feb 26, 2008 11:52 am | |
| KISAH SETIN AIR...
Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Pastu mereka pun pegi la ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.
Kadi tanye kat pompuan tu.... "kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu? Pompuan tu jawab... "saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya." Si suami (ex-suami, actually) terkedu sebab dia tau pasni kadi akan tanye dia lak. "ahhh...sudah. ..apa mende aku nak goreng kadi tua nih...." Kadi pun tanye si ex-suami..." hah....kamu. ...bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela" "Tuan kadi...kalaulah saya ada syiling singgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pastu saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye tuan kadi, air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?" Jawab kadi.."hak kamu le.." Si ex-suami tu kata lak.."hah... sama le kes ni pun. Kan tuan... kan ...kan"
Moral of the story:
1. Jgn samakan isteri anda macam vending machine. 2. Jgn samakan anak anda macam air tin 3. Jgn samakan 'anu' anda cam duit syiling . hehehehehhe _________________ fierce than the machine, faster than the wind |
|  | | chefbob

 Age : 30 Joined : 22 Jan 2008 Posts : 704 Location : Sungei Besi-KL-Bentong-Europe
| Subject: Re: Joke of the day! Tue Feb 26, 2008 11:53 am | |
| Special telur 2 ....
-------------------------------------------------------------------------------- Nak di jadikan cerita.. ada la sorang kaya baru, asalnya di kampung saja.. tapi disebabkan tanahnya kena projek KLIA, jadi jutawan segera la dia. Waktu dia susah dulu.. teringin sangat dia nak pi K.L, so lepas dah jadi kaya, tanpa membuang waktu, dia pun ke K.L laa.
Pasai banyak duit, dia pun bawak la sorang body guard merangkap pembantu peribadi. Di K.L, dia menginap di K.L International Hotel. Sampai di sana lebih kurang pukul 10:00 pagi... perut dia pun agak berkeroncong sikit la. Selepas check-in, dia bagi tau kat pembantu dia..
O.K.B (Orang Kaya Baru ) : Mat...aku lapag ni , belikan aku mee yang (",) satu.
Mat : Oke Boss...tapi mee yang (",) tu macam mana Boss ?
O.K.B : Ishk..hang niii, mee yang (",) tuu..pakai teloq dua biji laa..
Mat : Ooooo....siap Boss.
Lepas tu ..makan la si O.K.B mee (",) tu. Mai time pukul 3:00 ptg, perut O.K.B tu berkeroncong lagi. Lalu dia panggil pembantu dia tu..
O.K.B : Mat..! Aku lapaq nihh , pi beli nasi goreng (",) satu.
Mat : Nasi goreng (",) ..? Yang pakai teloq dua tu Boss ..?
O.K.B : ...waaaa , dah pandai dah hang Mat , no ?..cukup tau aku punya taste...
Mat : Mesti laa Bosss..bagi saya 10 minit saja Bosss...
Lepas siap makan, O.K.B tu tertidur la sampai maghrib.. dia pun terbangun pasai air-cond sejuk sangat . Pasai dah tidog sepetang dah, dia pun susah la nak tidog lagi. Bergulung pi berguling mai, tak leh tidoq juga.. air-cond pun sejuk gila... jadi 'adik' dia pun dok 'stand by' saja laa.. Tak tau nak buat macam mana ngan sejuk lagi, dia pun panggil pembantu dia lagi...
O.K.B : Mattt !!!....
Mat : Yaaaa..Boss,
O.K.B : Mai sini sat...Mat : Ada apa Boss...?
O.K.B : Mat...'adik' aku minta laaa..(dgn nada berbisik ) Hang pi cari awek yang (",) kat aku sorang, yang (",) tau.
Mat : (sambil tergaru-garu kepala)..oke Boss !
Si Mat ni mana la tau pasai awek-awek yang boleh 'pakai' ni. Tapi, Boss punya pasai dia pun pi la cari jugak.... Sejam kemudian dia pun pi la hantar satu awek untuk Boss dia. Mat ni pun standby la kat luar bilik, mana nak pi tau takut-takut pencegah maksiat mai. Pas lima minit awek tu masuk dalam bilik Boss dia tiba-tiba dia dengar suara yang kuat dari dalam bilik..
O.K.B : MATTTT !!!!...
Mat : Ada apa Boss...
O.K.B : Pasai pa hang cari bapok kat akuuuuu..aku kan kata awek...?
Mat : Laaa.....Tadi Boss kata cari awek yang (",) ....Boss selalu kata yang (",) tu mesti telo dua...
O.K.B : ..????????????????????????
wakakakakkk!!! padan muka boss dia...wkakakakakk!!! _________________

-Dia punya nasib dia makan- -Awak punya nasib awak makan- -Ape salah kita makan sama2- |
|  | | chefbob

 Age : 30 Joined : 22 Jan 2008 Posts : 704 Location : Sungei Besi-KL-Bentong-Europe
| Subject: Re: Joke of the day! Tue Feb 26, 2008 11:55 am | |
| Samy Vellu Berjaya Menyelesaikan Masaalah AP
Dalam sidang parlimen yg lepas Datuk Seri S. Samy Vellu yg juga Presiden MIC telah berjaya menyelesaikan kemelut isu AP antara bekas PM Tun Dr. Mahathir dengan Menteri MITI Datuk Seri Rafidah Aziz. Idea beliau sangat bernas dengan memasukkan fakta persaudaraan dan persefahaman. Berikut adalah kenyataan beliau yang telah diringkaskan.
"Tuan yg Dipertua, Selaku menteri kabinet, ali Barisan Nasyenel dan Presiden YemAiSi... saya teylah berbincangkan wissyu AP ini dalam mesyuarat YemAiSi yang lipas dingan sepanjang lebarnya. Akhirnya YemAiSi dengan sebulat-bulatnya suara tilah mencadangkan kepada Yangamaberomat Pedanamentri supayye wisyu wini disilisaikan dingan simangat pesefaman dan persodaran yang kekal antara Rafidah sama TuMahadey. Ini idea tilahpun lama diterimapakey woleh suummmmmmmmmma ali-ali YemAiSi termaso ali kuluarga saya sindirri. Maka dingan ini YemAiSi dengan amat paling bangganya kasi wumumkan yang kami dari YemAisi mencadangkan supaya dengan tanpa silu-segannya Menteri MITI misti mau kasi guna ini nama mula dari sekarang... RAFIDAH A/P MAHATHIR." _________________

-Dia punya nasib dia makan- -Awak punya nasib awak makan- -Ape salah kita makan sama2- |
|  | | chefbob

 Age : 30 Joined : 22 Jan 2008 Posts : 704 Location : Sungei Besi-KL-Bentong-Europe
| Subject: Re: Joke of the day! Tue Feb 26, 2008 11:58 am | |
| Penjual Roti
Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang..
Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan.
Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..
"Ada apa encik..? Ada apa ?"
Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata, "Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..." _________________

-Dia punya nasib dia makan- -Awak punya nasib awak makan- -Ape salah kita makan sama2- |
|  | | chefbob

 Age : 30 Joined : 22 Jan 2008 Posts : 704 Location : Sungei Besi-KL-Bentong-Europe
| Subject: Re: Joke of the day! Tue Feb 26, 2008 12:00 pm | |
| Beruk....
Dalam sebuah tadika, 2 kanak-kanak sedang bergaduh.
Sam : kau memang beruk la? Dol : kau la beruk..! Sam : kau la beruk..kata aku plak? Kemudian datanglah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.
Cikgu : Apa pasal gaduh-gaduh nie. Tak baik tau? Dol : Beruk nie kata saya beruk cikgu? Cikgu : Sam, Dol mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama kan? Sam & Dol : Sama cikgu!! Cikgu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan? Sam & Dol : Sama jugak cikgu!! Cikgu : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham? Sam & Dol : Paham cikgu! Sam : Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami? Cikgu pun BERUK jugak ker?? Cikgu : Sabar jer laaa.!! (dalam ati) _________________

-Dia punya nasib dia makan- -Awak punya nasib awak makan- -Ape salah kita makan sama2- |
|  | | chefbob

 Age : 30 Joined : 22 Jan 2008 Posts : 704 Location : Sungei Besi-KL-Bentong-Europe
| Subject: Re: Joke of the day! Tue Feb 26, 2008 12:02 pm | |
| Seorang kanak-kanak terbaca topik kaunseling dalam satu akbar yang menyatakan "Orang dewasa menyimpan sekurang-kurangnya satu rahsia. Pastinya mereka akan rasa bersalah sekiranya kita kata mengetahui rahsia mereka, walau hakikatnya kita tak tau apa-apa." Saya sudah tau segalanya..
Tiba di rumah kanak-kanak itu berkata kepada ibunya "Saya sudah tahu segala-galanya!" "Nah amik $20 ini, dan jgn bitau bapakmu.."kata ibunya dengan rasa bersalah..
Kemudian bapak kanak-kanak pulang kerumah selepasa abih kerja. "Saya sudah tahu segala-galanya!". "Bapak akan bagi $40 dah jgn kata apa-apa kepada ibumu", lalu bapaknya memberi $40 kepada anaknya... "Wah ini sudah lumayan. Kalu suma orang bagi duit, kayo den!" pikir kanak-kanak itu.
Pagi esoknya, seorang posmen datang ke rumah untuk meyerahkan surat. Terpikir kanak-kanak itu untuk mengenakan posmen tersebut lalu berkata,"Saya sudah tau segala-galanya!"
Posmen pun berpaling ke kiri ke kanan. Kemudian menghulurkan kedua-dua belah tangan sambil berkata "Kalau begitu, datanglah peluk bapak mu ini, anakku!" _________________

-Dia punya nasib dia makan- -Awak punya nasib awak makan- -Ape salah kita makan sama2- |
|  | | wares

 Age : 24 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 417
| Subject: Re: Joke of the day! Tue Feb 26, 2008 12:24 pm | |
| kah..kah..kah..kah....(sambil terguling2 keriangan) wargh...ha..ha..ha..hah...(er...tak tau nak kater cam ner lagi dah..hampeh tul lawak ni...) |
|  | | OreQlate

 Age : 50 Joined : 19 Jan 2008 Posts : 2373 Location : Tepi Pagar Landasan Kapal Terbang Kg Melayu Subang
| Subject: Re: Joke of the day! Tue Feb 26, 2008 12:54 pm | |
| Siapa yang Pernah Melihat Burung Saya
Ada seorang lelaki tua yang hobbynya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di pertemuan mingguan di kampungnya.
Lelaki tua : "Siapa disini yang punya burung?"
Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.
Menyadari kesalahannya dalam bertanya, lelaki itu menambah: "Bukan itu maksud saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?"
Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Karena menyadari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung, "Maaf, bukan itu maksud saya"
Sekali lagi dia coba bertanya, "Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya"
Separuh penduduk wanita berdiri.
Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi,
"Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?"
Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri... dan seorang wanita yang lain... maka kali ini merah padam pula muka si isteri ..!
Lelaki itu pun cabut lari. Menyesal tanya...
Dari kejauhan si Maling tersenyum dan dalam hati berkata " Wuuuooo...O. .. kamu ketahuannnn. .. " _________________
 |
|  | | Cradie

 Age : 29 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 59 Location : Di bumi yg nyata
| Subject: Re: Joke of the day! Tue Feb 26, 2008 4:37 pm | |
| | Hahahahha,bahaya wooo ini ponya teka-teki.. |
|  | | riq_77

 Age : 25 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 4044
| Subject: Re: Joke of the day! Tue Feb 26, 2008 8:42 pm | |
| lawok...lawok....wakakakaka _________________
 |
|  | | bluehyppo_kj

 Age : 25 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 360 Location : bdr kinrara, puchong
| Subject: Re: Joke of the day! Tue Feb 26, 2008 11:45 pm | |
| hohohohooho lik..  _________________ Sape2 nk register intenet STREAMYX call me 019-3636164/017-3841149
 |
|  | | bluehyppo_kj

 Age : 25 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 360 Location : bdr kinrara, puchong
| Subject: Re: Joke of the day! Sat Mar 08, 2008 8:52 pm | |
| mane cita lawak nih... nk lg... _________________ Sape2 nk register intenet STREAMYX call me 019-3636164/017-3841149
 |
|  | | darkrider Moderators


 Age : 26 Joined : 14 Jan 2008 Posts : 1827 Location : Sentul-Bangsar-Penang
| Subject: Re: Joke of the day! Fri Mar 14, 2008 11:43 am | |
| kat baling ada satu famili... famili tu ada ayah n mak mertua, anak dan menantu serta cucu. satu hari, tengah sedang menantu lelakinya tgk tv, ayah nyer lalu depan dia. tiba2 ayah mertuanyer rebah depan dia sambil pegang dada.. kelam kabut dia ..pastu bini mak mertua dia pun datang terkam..semua terkejut.. semua dh gabra..sambil pegang2 dada...ayah mertua dia pengsan.. tk sedar..pastu macam sedar tk sedar.. menantu tadi gabra..mak mentua dia suruh dia ajar mengucap kat bapak dia tu sebab dia ribakan. dia gabra jugak...pastu bini dia pun surh sambil tolak2 bahu... mak dia suruh lagi... dh gabra sgt, dia pun buat.. dia letak kt telinga ayah mertua dia dan dia pun cakap... "MA ROBBUKA...." "" terkejut bini n mak mertua dia.. tiba2 ayah mertua dia sedar dan terus sound.. "OII..AKU TK MATI LAGI DEYY...'"" sambil ayah mertua dia tu urut2 dada dia.. sepatutnya dia ajar mengucap, gabra punya pasal..dia dah jadi malaikat.. _________________

  Muslim Aid Asia :: cuci dosa blog :: matasura's blog |
|  | | chefbob

 Age : 30 Joined : 22 Jan 2008 Posts : 704 Location : Sungei Besi-KL-Bentong-Europe
| Subject: Re: Joke of the day! Fri Mar 21, 2008 12:16 pm | |
| Dun yang harus kita ketahui.....
DUN yg paling sejuk, DUN Batu Berendam DUN yg paling tak de rasa, DUN Air Tawar DUN yg paling panas, DUN Pedas DUN yg paling miskin, DUN Seduit DUN yg paling muda, DUN Sri Muda DUN yg paling lemah, DUN Batang Berjuntai DUN yg paling basah, DUN Sg Besar DUN yg kuat makan satay, DUN Kajang DUN yg banyak hantu, DUN Pucong DUN yg ada istana, DUN Kota Raja. DUN yg banyak ikan, DUN Tg Sepat DUN yg paling keras, DUN Batu Tiga DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang DUN banyak air, DUN Ampangan DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun DUN paling bahaya, DUN Baling DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut. DUN paling pelik, DUN Sg Burung.( dalam sg ada burung ) DUN ada binatang, DUN Kijang DUN paling wangi, DUN Pokok Sena DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk DUN paling garang, DUN Senggarang DUN paling banyak berahsia, DUN Tell Anybody
He..he..he..he.. _________________

-Dia punya nasib dia makan- -Awak punya nasib awak makan- -Ape salah kita makan sama2- |
|  | | chefbob

 Age : 30 Joined : 22 Jan 2008 Posts : 704 Location : Sungei Besi-KL-Bentong-Europe
| Subject: Re: Joke of the day! Fri Mar 21, 2008 12:19 pm | |
| 3 budak bujang VS tok imam
Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg
niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt. Si Ali
pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan".
Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke
surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp
Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun
x khusyuk jgk lg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,
tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin
ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"
lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko
niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dg
bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.
Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..." Tok imam pun terkedu
& terpana.... _________________

-Dia punya nasib dia makan- -Awak punya nasib awak makan- -Ape salah kita makan sama2- |
|  | | chefbob

 Age : 30 Joined : 22 Jan 2008 Posts : 704 Location : Sungei Besi-KL-Bentong-Europe
| Subject: Re: Joke of the day! Fri Mar 21, 2008 12:25 pm | |
| Rahsia bola hitam & putih
Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.
Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.
Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal...apa tuan tak segan?"
Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau,
"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."
Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"
"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."
Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.
Masa berlalu......
kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor..
Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa.
Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".
Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.. Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda.
Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"
Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.
Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.
Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya. Trend baru....
Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".
Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya."
"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?
Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.
Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"
Masa berlalu....
Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah. Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu.. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.
Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang. Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! .
Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih..
Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.
Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je.
Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee.. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!
Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?
Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya...bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!
Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.
Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.
Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak saya?"
Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."
Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.
"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"
"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk... sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."
Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?"
Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"
(anda semua pun ingin tahu kan ...?)
Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba....
"sebabnya ....saya.. saya... saya....."
*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih.
Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih.. Isk!Isk! Isk!........ ..Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula forward kat aku.
P/S : Sorry aarr sebab forward ni kat korang  _________________

-Dia punya nasib dia makan- -Awak punya nasib awak makan- -Ape salah kita makan sama2- |
|  | | chefbob

 Age : 30 Joined : 22 Jan 2008 Posts : 704 Location : Sungei Besi-KL-Bentong-Europe
| Subject: Re: Joke of the day! Thu Mar 27, 2008 1:28 pm | |
| Kenapa chewing gum kena banned kat singapore?
Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?" Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand" Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand" Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore" Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?  _________________

-Dia punya nasib dia makan- -Awak punya nasib awak makan- -Ape salah kita makan sama2- |
|  | | powde48

 Age : 23 Joined : 31 Jan 2008 Posts : 592
| Subject: Re: Joke of the day! Tue Apr 01, 2008 5:34 pm | |
| Assalamualaikum
Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil...... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.
Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu.... Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido." Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula. Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu.... abang selalu cium saya." Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tido balik. Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu..... abang selalu gigit-gigit leher saya......." Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu. Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?" Dengan marah suaminya menjawab, "Nak gi amik gigi ...la ni" _________________
 lalalalalalalalalalal ewwwahhh skali lg...yeaahaaaaaaa
jangan harap aku nk pakai jaket |
|  | | riderzzr

 Age : 23 Joined : 12 Feb 2008 Posts : 2801 Location : shah alam
| Subject: Re: Joke of the day! Wed Apr 02, 2008 1:06 pm | |
| Jangan Benci Kucing - sama-samalah kita ambil pengajaran..
Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.
Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.
Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.
Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.
Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.
Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.
Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.
Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.
Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah. Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar. ..
Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.
Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni _________________ fierce than the machine, faster than the wind |
|  | | |
| Page 12 of 14 | Goto page : 1 ... 7 ... 11, 12, 13, 14  |
| | Permissions of this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| | |
| |