| | Goto page : 1 ... 6, 7, 8 ... 11 ... 15  | | Author | Message |
|---|
piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:05 am | |
| Pertandingan Buah Dada Dalam satu pertandingan memilih siapa mempunyai buah dada paling besar, pengacara mengumumkan nama peserta.
Katanya... "peserta keempat ialah Rosmiati yang mempunyai ukuran sebesar buah tembikai". Semua penonton yang terdiri daripada lelaki2 tua menjerit dan bersorak. "Peserta kelima Liya yang mempunyai ukuran sebesar buah nangka..." Hadirin bersorak dengan lebih gamat sekali....
"Seterusnya peserta ini bernama Marini dia mempunyai ukuran sebesar buah limau...." Belum sempat pengacara habis berkata, seorang lelaki tua yang dah tidak bergigi bangun lalu berkata "Sebesar buah limau..boleh baliklah...."
Pengacara menyambung kata "itu baru ukuran PUTING nya Pak...." Mendengar kata2 pengacara itu...orang tua itupun terkejut lalu pengsan.... _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:09 am | |
| Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di site.
Selepes si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.
Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.
Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.
Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi". _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:09 am | |
| Suami bin Lelaki 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.
Isteri binti Perempuan 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.
31 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:09 am | |
| Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.
Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,
"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."
Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.
Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.
"Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..."
Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.
Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman.
"Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."
Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.
Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaanya.
Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya.
"Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap..."
"Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang..."
Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.
Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh Seman.
"Tok! Tok! Tok!"
Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.
"Jais... Jais..."
Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.
Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.
"T...t...takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat s...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..."
Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.
Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,
"Ni rumah encik Jais ke?"
Ani tergamam.
"Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong..."
Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan. _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:10 am | |
| Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye
Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.
Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati. Mat salleh ; Oh, I'm sorry Pemuda ; It's ok, never min. Thank you. Mat salleh ; Thank you too. Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three. Mat salleh ; ( hairan ) what for? Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five. Mat salleh ; Are you sick? Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye . Mat salleh ; ( bingung ) _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:10 am | |
| Pada satu hari, seorang pemuda pergi berjumpa doktor gigi. Nama dia Syakirin. Syakirin: “Selamat pagi doktor”. Doktor : “Selamat pagi, ha duduk!” Syakirin: “Doktor, berapa harga nak cabut sebatang gigi”. Doktor : “Sebatang RM120 sahaja!” Syakirin: “Tak der yang murah lagi ker doktor?” Doktor : “Kalau nak murah, cabut guna playa RM50 saja! nak ker?” Syakirin : “Masih mahal lagi doktor! ada tak yang paling murah?” Doktor : “Ada! Apa kata saya suruh anak buah saya yang cabut, cuma RM20 saja!”. Syakirin : “Cantik doktor!! terima kasih! okey bubuh nama bos saya untuk rawatan esok!.” _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:11 am | |
| Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang… Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70 sen saja… dia cuba bertanya harga segelas teh panas dan teh sejuk… lalu pelayan restoran menjawab..
“Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20″
Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas mendidih itu lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis dengan lajunya….
Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan.. kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam sekelip mata sahaja…
Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata “Kalau lambat diminum… air ini jadi sejuk… kalau sejuk tak pasal2 saya kena bayar RM 1.20.. lebih baik cepat-cepat diminum kerana wangku hanya ada 70 sen saja” _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:11 am | |
| Diceritakan didalam sebuah hutan nie tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak (",) dan seekor anak kerbau..
Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,
(",) : Eish, boring la plak kan kerbau.. Kerbau : A’Ah, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat agar hilang boring kiter nie.. (",) : Ha, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis muke aku dan aku lukis muke kao. Kerbau : Hm, ok gak. First ko lukis muke aku dulu pastu aku plak lukis muke kau. (",) : Ok. Kau dok diam2..
5 minit kemudian……
(",) : Hah, dah siap, nah.. Kerbau : Wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak lukis muke kau..
Maka anak kerbau pun mula melukis muke anak (",).. 5 minit kemudian…
Kerbau : Nah dah siap muke kau yang lawa ni.. (",) : (Muke tetiba jadi merah)(lalu marah kat anak kerbau)Ape yang kau lukis nie Kerbau??? Kerbau : La betul la ape yang aku lukis tu.(Kerbau tak puas hati) (",) : Nie bukan muke aku… Nie muke (",).. _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:12 am | |
| Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya..
Guru : “Kamu ni murid baru kan ?”
Murid : ” Ya.. cikgu”
Guru : “Nama kamu siapa?”
Murid : “Man”
Guru : “Nama panjang kamu?”
Murid : “Mannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.. cikgu” _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:12 am | |
| Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang ‘konon’nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:13 am | |
| “Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.”Cantik isteri abang hari ni,” Usin mencubit pipi Liza lembut. “Ayah, ayah, cepat la yah,” Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. “Yelah, yelah, ayah dah siap ni.” Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?” “Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.”Tak ada apa la sayang, rileks…cepat sikit kita sampai kampung nanti.” “Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa….jangan laju sangat bang,20 Liza takut.” Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. “Rileks Liza?tak ada apa-apa,” Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. “Sudah la tu bang.” “Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa….” Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ….di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!
“Usin….bangun Sin,” sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat. “Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?” Usin masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? “Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar….
…Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!! _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:13 am | |
| Kitty dan suaminya sedang mandi bertelanjang dalam bilik air ditingkat atas rumah mereka, tiba tiba lonceng pintu berdering…ring ..ring..ring….Maka si Kitty terus membungkus tubuhnya dengan tuala dan berlari kebawah untuk membuka pintu.
Rupa-rupanya, Robert jiran rumah mereka berdiri di depan pintu dan berkata ” Oh..Minta maaf kerana menggangu u yang sedang mandi..”
Kitty menjawap ” tidak apa, biasalah tu..apa u mahu”
Robert terus dengan ghairahnya menjawap ” Ohh..Kitty..u mempunyai kulit putih melepak harus bak sutera , jika I offer u RM100.00 sanggupkah U menanggalkan tuala bahagian atas sebagai balasan???”
Dengan secepat kilat tanpa berfikir panjang maka ditanggalkan bahagian atas tuala memperlihatkan buah dadanya yang menbukit demi wang RM100.00..
“WOW” Robert dengan mata terbeliak menghayati buah dadanya yang secara langsung memberangsangkan semangatnya sekaligus menawarkan RM100.00 lagi kepada Kitty untuk menanggalkan kesemua tualanya!!
“kenapa tidak” balas Kitty “itu ganjaran yang amat lumayan” dan terus melonggarkan tualanya memperlihatkan keayuan tubuh yang mengiurkan tanpa seurat benang pun!!.
Maka Robert dengan air liur yang meleleh keluar dan merasa rimas yang amat ketara seperti disimbah air sejuk dengan bahagian zip seluar yang seakan-akan pecah terus menyerahkan Note Rm200.00 kepada Kitty tanda kepuasa yang tak terhingga sambil berlari pulang ke rumahnya untuk melakukan latihan ‘menembak’.
apabila Kitty kembali ke bilik air untuk menyambung balik mandinya maka suaminya bertanya ” Siapa yang membunyikan lonceng pintu ?”
“Jiran kita, Si Robert” Jawap Kitty
“Robert??” Tanya Suaminya “Adakah dia memulangkan Wang RM200.00 yang dipinjam dari saya tempoh hari??” _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:14 am | |
| 3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK. Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.
KURA:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah. KATAK:……..patutlah,rokok dah habis lah! KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu. KATAK:Ala….kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli. KURA:Bagus jugak idea kau tu. ULAT:Aku malas lah nak pergi beli. KURA:Ala…kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah….. ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang.
10 minit…30 minit…1 jam…berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..
KURA:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik? KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je…..Mulut aku dah naik kering ni. KURA:Rokok yang aku suruh beli tu mana? ULAT:Hek’eleh….Aku gerak pun belum lagi,tau! KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa? ULAT:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!! _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:14 am | |
| Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri…borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar. Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi… bertanyalah si orang Cuba tadi “Why you do that for?”. Dengan selamba mat salleh tu menjawab “Don’t worry, I got a lot american dollar in my country”.
Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap…”Why you do that for” kata american tadi… “Don’t worry, i got a lot cigar in my country”.
Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi… tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap….belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah…, “DON’T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY” _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:15 am | |
| Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir.
Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia. Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan” kata ahli sihir. “Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke “benda” bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?”, tanya ahli sihir.
Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH,heh…heh…heh…”. Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.
Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. “Saya akan memberi satu lagi peluang” kata ahli sihir. “Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?”. Dengan sipu2 Dracula ini menjawab “Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!”. Ahli sihir fikir sekejap dan kata “Kalau itu yg awak mahu” dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.
Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. “Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat” kata ahli sihir “Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA. So,apa dia kali ini?” Tanya ahli sihir.
Dracula yg masih degil ini menjawab, “ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH… heh.. heh.. heh..”. “No problem” kata ahli sihir dan terus menukar Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD. heheheheheheeeee _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:15 am | |
| Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.
Pemuda : Tok,saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia.Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti.
Bomoh : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki.Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti.
Pemuda : Bagaimanakah caranya tok bomoh.
Bomoh : Begini,kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya.
Pemuda : Bagaimana caranya tok ?
Bomoh : Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu.
Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam.
Pada malam pertamanya,tok bomoh juga berada dirumahnya.Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat.Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut.Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih.Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut.
Bomoh : Kenapa cepat sangat..?
Pemuda : Saya punya memamng panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja…?
Bomoh : Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan…?
Pemuda : Sudah tok.Tiap-tiap malam saya merendam saya punya dalam segelas air teh.
Bomoh : Teh apa yang kamu gunakan ?
Pemuda : ????????? Mustika Ratu - Slimming Tea tok… _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:15 am | |
| Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: “kami tak buat apa.kami buang aje” PM Singapore: “ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?” Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi ” Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?” Raja Siam jawab “kami tak buat apa,kami buang aje” PM Singapore: “ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand” Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya “Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?” Raja Siam jawab “Kami tak buat apa, kami! buang aje” PM Singapore: “ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand” Raja Siam plak Tanya: “apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?” PM Singapore jawab:” kami tak buat apa, kami buang aje.” Raja Siam: “ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore” Erk! muka PM Singapore jadik merah padam” dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore? _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:16 am | |
| Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak). Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :
Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.
Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.
Si ayam jalak tua : Eh a…berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang… O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.
Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni… cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)
Si ayam jalak tua : Dak’ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,
Si ayam jalak muda:Set
Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.
Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).
Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan. Kenapa?????
[jawapan ada di bawah]
Kata Pemilik : “Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU”
NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA… _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:17 am | |
| Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..
“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??”
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…
Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee………. _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | piranha`

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1332 Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur
| Subject: Re: Joke of the day! Sun 10 Feb 2008, 4:19 am | |
| Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).
1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please? Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
2. Soalan: haloo, siapa disana? Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak? Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323? Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
5. Soalan: haloo, mak ade rumah? Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti? Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.
8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
9. Soalan: halloo... ... Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya... Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412? Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
12. Soalan: assalammualaikum... Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab) _________________
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. |
|  | | |
| Page 7 of 15 | Goto page : 1 ... 6, 7, 8 ... 11 ... 15  |
| | Permissions of this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| | |
| |