| HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... | |
|
|
| Author | Message |
|---|
kamal5632

 Age : 17 Joined : 26 Feb 2008 Posts : 5016 Location : setan n tonik~
 | Subject: HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... Mon 19 May 2008, 4:24 am | |
| Saya pasrah’Oleh NASHARUDDIN MUHAMMAD dan AHMAD RABIUL ZULKIFLI am@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: “Saya mungkin sedikit kecewa jika permohonan (untuk bernikah isteri keempat) itu ditolak, tetapi saya sebenarnya lebih bersimpati terhadap bakal isteri (keempat) saya.
“Ini kerana sebelum ini dia pernah memberitahu mungkin tidak akan berkahwin sampai bila-bila jika bukan dengan saya,” kata pemandu lori, Mohamed Nor Awang, 57, berhubung permohonannya untuk berkahwin dengan isteri keempat yang bakal diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini.
Kes itu menarik perhatian ramai kerana dalam permohonan Mohamed Nor di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Khamis lalu, tiga isterinya, Wan Rukiah Mat Yusoff, 52, Noraini Daud, 40, dan Kalthum Dollah, 39, memberi kenyataan membenar serta menyokong permohonan suami mereka.
Bagaimanapun, kata Mohamed Nor, dia pasrah dan tetap menerima apa saja keputusan mahkamah terhadap permohonannya.
“Saya akan menerima ketentuan dan keputusan mahkamah esok (hari ini) dengan hati terbuka. Tidak kira sama ada permohonan itu (untuk bernikah isteri keempat) diluluskan atau sebaliknya. Namun, saya yakin keputusan yang bakal saya terima nanti positif,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurut Mohamed Nor, dia akan hadir bersama tiga isteri dan bakal isteri keempat ke Mahkamah Tinggi Syariah dan bersedia menerima keputusan yang akan ditetapkan hakim.
Katanya, sejak berita mengenai permohonannya untuk berkahwin dengan bakal isteri keempat tersebar luas dalam media cetak dan elektronik, dia kini semakin dikenali ramai dan sering menjadi tumpuan, termasuk pekerja stesen minyak.
“Namun, semua itu tidak menjadi masalah besar kepada saya, cuma sedikit mengganggu kehidupan peribadi kami sekeluarga kerana sering menjadi tumpuan ke mana saja kami pergi,” katanya.
Bagaimanapun, Mohamed Nor berkata, dia belum memikirkan perancangan lain jika keputusan mahkamah kelak tidak memihak kepadanya.
Mohamed Nor juga berharap orang ramai dan media tidak lagi menjadikan berita mengenai dia sekeluarga sebagai bahan panas yang perlu terus dibangkitkan.
“Cukup sekadar saya menerangkan kami suami isteri hidup bahagia hingga sekarang dan tidak menyalahi hukum agama. Kami bukan melangsungkan perkahwinan dengan kaedah salah, sebaliknya mengikut prosedur dan syariat betul.
“Jadi, tidak sepatutnya ada sesetengah pihak memandang serong terhadap kami sekeluarga,” katanya.
Mahkamah Tinggi Syariah di sini, yang mendengar permohonan awal Mohamed Nor untuk mendapatkan kebenaran berkahwin kali keempat, Khamis lalu, dijangka membuat keputusan mengenainya hari ini.
Hakim Shaikh Ahmad Ismail, ketika prodising Khamis lalu berkata, mahkamah tidak boleh meluluskan permohonan pemohon yang ada tiga isteri dan 18 anak kerana tidak mengemukakan alasan kukuh selain berpendapatan rendah yang dibimbangi tidak mampu menyara keluarga serta berlaku adil.
Shaikh Ahmad juga mengarah pemohon mengemukakan afidavit tambahan dengan alasan munasabah untuk berkahwin lagi, buku bank serta membawa wali dan bakal isteri ke mahkamah Ahad ini bagi membuat membuat keputusan sama ada membenarkan permohonan itu atau sebaliknya.
Dalam pada itu, usaha menemubual atau mendapatkan komen bakal isteri keempat Mohamed Nor, Suzi Sulong, 34, atau ahli keluarganya gagal apabila dimaklumkan wanita itu tiada di rumah. Agak2 korang...naper aku cakap hak Mukmin dinafikan??  _________________ We are proud to be Malaysian...We belong to you...We will fight for you....... jangan pening2....yang susah kiter mudahkan...yang mudah??? kiter jahanam kan...wakakakakakakakaka sesaper nak carik barang tzm...pm me... |
|
 | |
ansar

 Age : 20 Joined : 21 Feb 2008 Posts : 3109 Location : sEk0LaH DaAa.... wakakakaka~
 | Subject: Re: HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... Mon 19 May 2008, 10:39 am | |
| erk.....kawen byk2 bila mmpu udah la..... mcm m0t0t gak.... kal0 dah ada tzr 4 bijik.... kal0 mmpu beli la v4 pulak.... kal0 x mmpu....brsyukur dgn apa yg ada..... keskeskes
*erk..apa ak merepek neyh? cab0o0ottttt......ekekekekeke  _________________
x suka  sapa ada baju RMC saiz XL???pm me bess priceee..... huhuhuhu.....keskeskes~ |
|
 | |
botak11 Crew


 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 3540 Location : MALACCA HISTORICAL CITY
 | Subject: Re: HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... Mon 19 May 2008, 10:49 am | |
| huhuhuhh..nak berkahwin kena ikut syariat gak..sebab musabab kena betul kalo x...bole jatuh hukum haram gak...  _________________

 |
|
 | |
revrider

 Age : 38 Joined : 17 Jan 2008 Posts : 691
 | Subject: Re: HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... Mon 19 May 2008, 10:55 am | |
| hermmmmm, aku tak berani nak komen lebih2 pasal isu nih, lagipon aku tak minat dan tak pasang niat pon nak tambah bini..........aku bukan menolak sunnah tapi bagi aku layan moto lagi syok dari layan pompuan. dah ada sorang bini pon letih melayan kerenahnya, kalo tambah lagi bertambah pening la di buatnya........... menda ni untuk orang yg betul2 berkemampuan jer laaaa.......aku surrender- tak mampu, hanya leh komen je sesikit  _________________
 |
|
 | |
kamal5632

 Age : 17 Joined : 26 Feb 2008 Posts : 5016 Location : setan n tonik~
 | Subject: Re: HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... Mon 19 May 2008, 1:11 pm | |
| Dugaan pasang 4
Oleh Nasharuddin Muhammad dan Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, meminta pemandu lori, Mohamed Nor Awang, 57, yang memiliki tiga isteri mengemukakan saksi bagi menyokong keterangan diberikannya untuk berkahwin kali keempat.
Hakim Shaikh Ahmad Ismail membuat keputusan itu selepas tidak berpuas hati dengan keterangan tambahan diberikan Mohamed Nor berhubung status kewangannya tanpa mengemukakan catatan lengkap pendapatan bulanannya serta alasan kukuh untuk berkahwin kali keempat selepas mempunyai tiga isteri.
Menurut Shaikh Ahmad, persetujuan ketiga-tiga isteri pemohon yang bersetuju memberi kebenaran dan menyokong permohonan suami mereka bernikah lain serta pengakuan pemohon yang mendakwa mampu dari segi zahir dan batin belum memadai bagi mahkamah membuat keputusan untuk membenarkan permohonan itu.
HAKIM: Encik Mohamed Nor, boleh beritahu mahkamah tujuan hadir pada hari ini (semalam)?
MOHAMED NOR: Untuk beri laporan penuh nak bernikah lain.
HAKIM: Nak nikah lain, nak beri laporan apa, keterangan apa?
MOHAMED NOR: Keterangan tambahan.
HAKIM: Sebab apa nak beri keterangan tambahan? Mahkamah ini baik hati kerana sanggup beri peluang kepada Encik Mohamed Nor untuk berikan keterangan tambahan dan patut ucap terima kasih kepada mahkamah.
MOHAMED NOR: Terima kasih kepada mahkamah.
HAKIM: Apa keterangan tambahan yang nak diberikan. Tak apa, nak baca pun boleh, nak ringkaskan cerita pun tak apa.
MOHAMED NOR: Saya nak buat tambahan pendapatan daripada RM1,500 kepada RM3,500 sebulan iaitu tambahan RM2,000. Ini kerana selain sebagai pemandu lori, saya juga ada melakukan kerja tambahan termasuk membawa lori membawa getah beku, bukan hanya bawa kayu.
HAKIM: Agak-agak berapa upah hasil kerja tambahan itu?
MOHAMED NOR: Antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan.
HAKIM: Bagaimana bahagi masa antara bawa kayu dengan angkut getah?
MOHAMED NOR: Angkut getah beku sekali sebulan dari tiga tempat. Selain itu, ada juga bengkel baiki kereta.
HAKIM: Rasa-rasa boleh ke kerja banyak-banyak ini?
MOHAMED NOR: Boleh.
HAKIM: Pendapatan bagaimana?
MOHAMED NOR: Pendapatan ikut kereta, banyak kereta, banyak dapat.
HAKIM: Lagi Encik Mohamed Nor, bukti wang keluar masuk? Buku akaun ada tak?
MOHAMED NOR: Ada orang pompuan (isteri) simpan.
Ketika ini, Shaikh Ahmad meminta untuk melihat buku Amanah Saham Bumiputera milik isteri kedua dan ketiga.
HAKIM: Nampaknya buku ini tak berjalan, nak buat panduan wang keluar masuk tak boleh juga ini Encik Mohamed Nor. Buku akaun tak aktif. Baiklah, cuba beritahu bagaimana kita sedia?
MOHAMED NOR: Isteri pertama, sembilan anak, termasuk dua bersekolah, ada sebidang tanah, sebuah rumah dan sebuah motosikal untuk kegunaan harian serta satu lot kelapa sawit. Saya bagi RM700 sebulan untuk isteri dan anak-anak. Isteri kedua, empat anak, tiga bersekolah, ada tanah dan sebuah rumah serta sebuah motosikal untuk urusan harian, tiada kebun. Saya bagi RM700 sebulan. Isteri ketiga, lima anak, tiga bersekolah. RM700 sebulan, sebuah rumah, tanah dan sebuah motosikal untuk urusan harian. Isteri ketiga ada kebun getah seluas enam ekar.
HAKIM: Isteri pertama tanah berapa ekar?
MOHAMED NOR: Dua ekar, Risda buat dan majukan. Kebun getah enam ekar, pendapatan kira-kira RM3,000 sebulan. Nak cerita teliti betul-betul saya tak pandai tetapi saya mampu nak berpoligami.
HAKIM: Tapi dah ada tiga isteri, kenapa nak tambah satu lagi, sebab apa nak kahwin lagi?
MOHAMED NOR: Tiga isteri setuju, diri kita dan kewangan juga mampu. Saya mampu dari segi kewangan, saya mampu melayan isteri-isteri saya dan mampu menyatukan mereka.
HAKIM: Ada paksa ke?
MOHAMED NOR: Saya tak paksa.
HAKIM: Ini 10 anak masih bersekolah, kenapa nak nikah isteri keempat? Jangan hanya nak nikah sahaja, kena buat rukun Islam dulu, kenapa tak pergi haji dulu?
MOHAMED NOR: Nanti pergilah.
HAKIM: Sebab apa nak nikah?
MOHAMED NOR: Saya mampu nak nikah, suka sama suka dan wanita itu (bakal isteri) harapkan saya. Isteri saya juga izinkan tanpa syarat. Saya bertanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak, tak berbalah dengan isteri-isteri. Kami dah bertunang dan dah beri cincin tunang. Minta Yang Arif luluskan permohonan saya kerana saya mampu dari segi kewangan dan diri saya sebab pada saya, takut berlaku perkara yang tak baik. Saya benar-benar mampu bernikah. Saya benar-benar mendidik anak saya dan mengatur keluarga. Maghrib, solat dan ajar anak-anak baca al-Quran dan Yasin.
Ketika ini, Shaikh Ahmad bertanyakan sama pemohon benar-benar mengetahui hukum tajwid membaca al-Quran ketika mengajar anak dan bertanyakan huruf hijaiyah lalu dijawab Mohamed Nor tidak berapa ingat.
Shaikh Ahmad yang belum berpuas hati kemudian meminta Mohamed Nor membawa saksi bagi menyokong keterangan diberikannya kepada mahkamah. alasan nih dah cukup kuat untuk mendapat kebenaran sebenarnya...ke nak biar jek owang buat maksiat??? _________________ We are proud to be Malaysian...We belong to you...We will fight for you....... jangan pening2....yang susah kiter mudahkan...yang mudah??? kiter jahanam kan...wakakakakakakakaka sesaper nak carik barang tzm...pm me... |
|
 | |
posto_tzm

 Age : 24 Joined : 19 Jan 2008 Posts : 1259 Location : jln2 cr mkn
 | Subject: Re: HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... Mon 19 May 2008, 2:10 pm | |
| ssh nk ckp nih....kalo pun bg dia kawen lg 1, apa akn jd kat anak2 dia tu kalau dh hukum2 lain
pun tah apa2...nk kena ikut nafsu je tak aci la kan...dh ada 3org dh pon tak cukup lagi ker nk
gilir2?wah...sakan....ni zaman skrg punya trend kot...nk kawen,brani ckp hukum,tp hukum2
lain,ada bran?  _________________ pecutan kuasa
 |
|
 | |
kamal5632

 Age : 17 Joined : 26 Feb 2008 Posts : 5016 Location : setan n tonik~
 | Subject: Re: HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... Mon 19 May 2008, 2:14 pm | |
| erm... sebenarnya..perkara utama adalah mengelakkan terjadinya salah satu DOSA BESAR iaitu berzina... nafsu manusia paling susah dikekang... cara nak kekang adalah dengan bernikah...semua orang tahu benda nih...keskeskes.... _________________ We are proud to be Malaysian...We belong to you...We will fight for you....... jangan pening2....yang susah kiter mudahkan...yang mudah??? kiter jahanam kan...wakakakakakakakaka sesaper nak carik barang tzm...pm me... |
|
 | |
posto_tzm

 Age : 24 Joined : 19 Jan 2008 Posts : 1259 Location : jln2 cr mkn
 | Subject: Re: HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... Mon 19 May 2008, 2:20 pm | |
| | kamal5632 wrote: | erm... sebenarnya..perkara utama adalah mengelakkan terjadinya salah satu DOSA BESAR iaitu berzina... nafsu manusia paling susah dikekang... cara nak kekang adalah dengan bernikah...semua orang tahu benda nih...keskeskes.... |
btul...bab ni mmg stuju...tp yelah kan...manusia...nafsu adalah perkara penting....nabi pon ckp, kt ni manusia ada
mcm2 jenis gila...gila btul pon ada,gila harta,gila pompuan,gila arak....mcm2 la kan....
*gler moto dulu la kot br keta pastu umah pastu cukup sifat dgn wang br pk kawen  _________________ pecutan kuasa
 |
|
 | |
botak11 Crew


 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 3540 Location : MALACCA HISTORICAL CITY
 | Subject: Re: HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... Mon 19 May 2008, 2:42 pm | |
| erm..bab2 agama ni aku no komen...nak dibincangkan bole tapi takut bab hukum hakam ni lak kita yang salah... huhuhuhhuhhuhh lagi kita nak menegur org..pandang2lah diri kita.. org kuat iman..ingat tuhan...nafsu dia bole dikawal... no komen..no komen... _________________

 |
|
 | |
kamal5632

 Age : 17 Joined : 26 Feb 2008 Posts : 5016 Location : setan n tonik~
 | Subject: Re: HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... Mon 19 May 2008, 2:43 pm | |
| | posto_tzm wrote: | | kamal5632 wrote: | erm...
sebenarnya..perkara utama adalah mengelakkan terjadinya salah satu DOSA BESAR iaitu berzina...
nafsu manusia paling susah dikekang...
cara nak kekang adalah dengan bernikah...semua orang tahu benda nih...keskeskes.... |
btul...bab ni mmg stuju...tp yelah kan...manusia...nafsu adalah perkara penting....nabi pon ckp, kt ni manusia ada
mcm2 jenis gila...gila btul pon ada,gila harta,gila pompuan,gila arak....mcm2 la kan....
*gler moto dulu la kot br keta pastu umah pastu cukup sifat dgn wang br pk kawen  |
aku dah cukup...................kot??  _________________ We are proud to be Malaysian...We belong to you...We will fight for you....... jangan pening2....yang susah kiter mudahkan...yang mudah??? kiter jahanam kan...wakakakakakakakaka sesaper nak carik barang tzm...pm me... |
|
 | |
kamal5632

 Age : 17 Joined : 26 Feb 2008 Posts : 5016 Location : setan n tonik~
 | Subject: Re: HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... Mon 19 May 2008, 2:45 pm | |
| | botak11 wrote: | erm..bab2 agama ni aku no komen...nak dibincangkan bole tapi takut bab hukum hakam ni lak kita yang salah... huhuhuhhuhhuhh lagi kita nak menegur org..pandang2lah diri kita.. org kuat iman..ingat tuhan...nafsu dia bole dikawal... no komen..no komen... |
erm....... aku pernah dengar...imam no 2 *****a pernah kena tangkap khalwat dengan mak jand... do... nak ke benda nih berleluasa???  _________________ We are proud to be Malaysian...We belong to you...We will fight for you....... jangan pening2....yang susah kiter mudahkan...yang mudah??? kiter jahanam kan...wakakakakakakakaka sesaper nak carik barang tzm...pm me... |
|
 | |
botak11 Crew


 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 3540 Location : MALACCA HISTORICAL CITY
 | Subject: Re: HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... Mon 19 May 2008, 2:59 pm | |
| itu y ko dgr kena tgkap..y xkena tgkap lagi..melambak2 lagi.. huhuhuhuhuhuh ade byk lagi cara kalo nak mngelakkan bnda ni berlaku...bukan sahaje berkahwin no komen..no komen... diri aku pun xbetul lagi..
back to topic.. my wife is my bike...  _________________

 |
|
 | |
kamal5632

 Age : 17 Joined : 26 Feb 2008 Posts : 5016 Location : setan n tonik~
 | Subject: Re: HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... Mon 19 May 2008, 3:13 pm | |
| | botak11 wrote: | itu y ko dgr kena tgkap..y xkena tgkap lagi..melambak2 lagi.. huhuhuhuhuhuh ade byk lagi cara kalo nak mngelakkan bnda ni berlaku...bukan sahaje berkahwin no komen..no komen... diri aku pun xbetul lagi..
back to topic.. my wife is my bike...  |
tembak dinding ke?? keskeskes...  _________________ We are proud to be Malaysian...We belong to you...We will fight for you....... jangan pening2....yang susah kiter mudahkan...yang mudah??? kiter jahanam kan...wakakakakakakakaka sesaper nak carik barang tzm...pm me... |
|
 | |
speeder23

 Age : 27 Joined : 11 Feb 2008 Posts : 4908 Location : central region....
 | Subject: Re: HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... Mon 19 May 2008, 6:30 pm | |
| no body perfect............ _________________ speeder23 @ arip 0123561449 / 0132478094
 |
|
 | |
zsuperc

 Age : 29 Joined : 15 Apr 2008 Posts : 3346
 | Subject: Re: HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... Tue 20 May 2008, 8:35 am | |
| erk..kawin ramai? jgn cuba2 huhuhuhuh _________________
 Pelamakatak?? Gilleeerraaaa??? keskeskes!!!ngeh ngeh ngeh!!Aaaaaauuuuwwwwwwww... aku takut bawak motor laju2...tapi ari2 orang bakar aku..ari2 kena asap ngan moto orang lain..Ptuih!!! AKU TEBAKAR!!!!!!!!!ARRRRRGGGGHHHHHHH!!!!!! |
|
 | |
kamal5632

 Age : 17 Joined : 26 Feb 2008 Posts : 5016 Location : setan n tonik~
 | Subject: Re: HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... Tue 20 May 2008, 8:43 am | |
| | zsuperc wrote: | | erk..kawin ramai? aku nak cuba huhuhuhuh |
sokong... _________________ We are proud to be Malaysian...We belong to you...We will fight for you....... jangan pening2....yang susah kiter mudahkan...yang mudah??? kiter jahanam kan...wakakakakakakakaka sesaper nak carik barang tzm...pm me... |
|
 | |
zsuperc

 Age : 29 Joined : 15 Apr 2008 Posts : 3346
 | Subject: Re: HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... Tue 20 May 2008, 8:50 am | |
| erk... _________________
 Pelamakatak?? Gilleeerraaaa??? keskeskes!!!ngeh ngeh ngeh!!Aaaaaauuuuwwwwwwww... aku takut bawak motor laju2...tapi ari2 orang bakar aku..ari2 kena asap ngan moto orang lain..Ptuih!!! AKU TEBAKAR!!!!!!!!!ARRRRRGGGGHHHHHHH!!!!!! |
|
 | |
kamal5632

 Age : 17 Joined : 26 Feb 2008 Posts : 5016 Location : setan n tonik~
 | Subject: Re: HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... Tue 20 May 2008, 8:51 am | |
| | zsuperc wrote: | erk... |
apa e-mail bini ko?? aku nak e-mail link nih suroh dia baca...keskeskes...  _________________ We are proud to be Malaysian...We belong to you...We will fight for you....... jangan pening2....yang susah kiter mudahkan...yang mudah??? kiter jahanam kan...wakakakakakakakaka sesaper nak carik barang tzm...pm me... |
|
 | |
zsuperc

 Age : 29 Joined : 15 Apr 2008 Posts : 3346
 | Subject: Re: HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... Tue 20 May 2008, 9:10 am | |
| uik..gurau kasar nampak..ko nak aku kena flying kick ngan bini aku? _________________
 Pelamakatak?? Gilleeerraaaa??? keskeskes!!!ngeh ngeh ngeh!!Aaaaaauuuuwwwwwwww... aku takut bawak motor laju2...tapi ari2 orang bakar aku..ari2 kena asap ngan moto orang lain..Ptuih!!! AKU TEBAKAR!!!!!!!!!ARRRRRGGGGHHHHHHH!!!!!! |
|
 | |
| HAK SEORANG MUKMIN DINAFIKAN... | |
|