HomeHome  ­RegisterRegister  ­MemberlistMemberlist  ­FAQFAQ  ­Log inLog in  
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 adakah anda mencari@menjadi....jawapanye pd anda

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
nuhaisya



Female Number of posts: 43
Age: 23
Location: gombak
Registration date: 2009-04-22

PostSubject: adakah anda mencari@menjadi....jawapanye pd anda   Sun 26 Apr 2009, 1:22 am

"Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya", kata seorang mahasiswi.

"Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah", tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban, dialah Superman. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!Crazy(ee takutnya)

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan itu walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.
Back to top Go down
View user profile
tedigiggle



Female Number of posts: 37
Age: 21
Location: kl - jb
Registration date: 2009-05-11

PostSubject: Re: adakah anda mencari@menjadi....jawapanye pd anda   Wed 13 May 2009, 3:11 pm

mendalam betul post ni..hehee


p/s : buat kita semua terfikir, tersedar dan macam-macam 'ter' lagi..hehe
Back to top Go down
View user profile http://www.tedigiggle.blogspot.com
Sp33d3r



Female Number of posts: 5210
Age: 27
Location: keramat..KL
Registration date: 2009-05-05

PostSubject: Re: adakah anda mencari@menjadi....jawapanye pd anda   Sat 16 May 2009, 11:46 pm

Betul tu kita berkahwin adalah untuk MENJADI.... Untuk menjadi yang lebih baik dari yang sebelum...

tersangat lah mendalam post nih....

nyway ini yang membawa kesedaran dalam diri kita...
Back to top Go down
View user profile
 

adakah anda mencari@menjadi....jawapanye pd anda

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Riders Malaya Community :: Komuniti :: Ladies Corner-
Post new topic   Reply to topic