HomeHome  RegisterRegister  SearchSearch  FAQFAQ  Log inLog in  
Post new topic   Reply to topic
 DIY ZZR250View previous topic View next topic Go down 
Goto page : 1, 2, 3  Next
AuthorMessage
johnckl



Gender:Male
Age : 43
Joined : 16 Jan 2008
Posts : 217
Location : Cheras, KL

PostSubject: DIY ZZR250   Wed 16 Jan 2008, 10:35 pm

By Muzhaffar;

aku just nak share pengalaman sket..
pengalaman menukar timing chain...
dl first time aku tukar timing chain, aku buka sume..
block, head, engine...
pastu time aku tukar kat moto mmbr aku, aku jmpa cara yg lg jimat...
block ngan head x yah buka...
kena turunkan enjin, buka rocker cover,
pastu buka clutch ngan magneto cover..
pastu buka starter n buka mangkuk clutch..
pastu pisahkan crankcase atas dan bawah...
leh r tukar timing chain...
so, total budget
timing chain = rm100
gasket clutch + magneto cover = belas2 RM setiap satu
coolant = rm5
minyak itam +-RM50
sume skali x sampai rm200...
sekian melaporkan...


Last edited by on Fri 18 Jan 2008, 11:12 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
ShamZX11



Gender:Male
Age : 35
Joined : 17 Jan 2008
Posts : 140

PostSubject: Re: DIY ZZR250   Thu 17 Jan 2008, 9:17 pm

Assalamualaikum...

Saya adalah seorang pemilik ZZR 250 yang suka repair motor sendiri. Mungkin tak expert atau tak faham sangat nama-nama parts, namun saya ingin berkongsi bersama pengalaman DIY untuk dimanfaatkan bersama pemilik ZZR 250 yang lain. Perlu diingat bahawa ianya bukan dari tunjuk ajar profesional, belajar sendiri jer. 10 tahun dulu ada la selalu perhati mekanik repair motor ni... dah lama daahhhh.

Saya cuba mengingatkan kembali cara-cara mekanik repair motor ni dan berjaya melakukannya sendiri. Tetapi jika ada di antara cara-cara yang ditunjukkan dirasakan salah, sila beri nasihat dan tunjuk ajar. Apa yang dilampirkan adalah apa yang saya telah berjaya lakukan. Jika anda tak yakin jangan buat sendiri, hartarlah motosikal anda di bengkel berdekatan. Saya akan mengubah mana-mana lampiran dan jika ada cara-cara yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Terima Kasih.

**********

Untuk sessi kali ni, kita buat DIY yang paling senang. Ahaaa... tukar Minyak Enjin/ Pelincir atau nama glamernya Minyak Itam. Dalam pada tu, tukar la penapis minyak sekali atau lebih dikenali dengan nama Oil Filter.

Minyak Pelincir ni biasanya ditukar selepas 5000km perjalanan. Ada yang tukar setiap 3000km, itu kira bonus untuk sesiapa yang ada duit lebih dan nak jaga enjin supaya nyaman sentiasa.

Oil filter biasanya ditukar pada kali ke-2 tukar minyak Pelincir iaitu 10,000km. Kalau biasa tukar minyak Pelincir pada 3000km maka tukarlah Oil Filter tu pada kali ke-3 iaitu 9000km.

10,000km tu juga biasanya buat Valve Clearance/ Tappet Adjustment. Nak senang kira, tukar Oil Filter mesti buat Valve Clearance sekali.

LUBRICANT AND OIL FILTER CHANGE

Dalam kes ni, peralatan yang paling penting adalah spanar box saiz 17, saiz ni jer pun nak pakainya. Lagi satu ialah Playar, nak buka penutup minyak itam kat enjin tu. Sediakan takungan untuk minyak itam, dalam kes ni menggunakan bekas minyak pelincir kereta 4 liter yang dipotong bahagian tengahnya.

Mula-mula perhatikan skru A dan B. Skru A = Keluarkan minyak itam. Skru B = Keluarkan Oil Filter.




Buka skru A dan keluarkan minyak enjin.




Minyak itam akan mencurah-curah keluar hingga ke titisan minyak yang terakhir.




Buka skru B dan keluarkan Oil Filter.






Oil Filter telah pun ditanggalkan.




Cabut Oil Filter lama dah tukar la yang baru. Senang jer. Dah tukar filter apa tunggu lagi, pasang semula skru B. Pasangkan juga skru A.




Bab yang ni tak sempat ambil gambar la plak... tangan berminyak. Pakai gambar lama pun OK gak la kan. Buka Oil Cap bertanda C dan tuangkan Minyak Pelincir baru. Nak enjin smooth guna la minyak yang baik. Mahal? Barang baik memang la mahal... hehehe...




Ni kerja senang tapi ingat, jangan ketatkan lebih-lebih skru A dan B. Skru tu Stainless Steel, thread tu cuma aloi jer. Banyak kes thread loose dan mula la minyak itam basah sana sini. Tak caya cuba tengok kat parking motor, kapcai pun banyak kena. Pomen nak ketatkan ikut suka hati dia jer.

Selamat mencuba. Senang jer, kalau malas sangat pun cuba la buat walau pun sekali untuk seumur hidup. Kalau orang tanya pun kurang-kurang boleh jawab "SENANG JER TU, AKU PERNAH TUKAR SENDIRI... AKU TAU LA"... keh keh keh... lansi betul...


Last edited by on Thu 17 Jan 2008, 9:42 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
ShamZX11



Gender:Male
Age : 35
Joined : 17 Jan 2008
Posts : 140

PostSubject: Re: DIY ZZR250   Thu 17 Jan 2008, 9:20 pm

RADIATOR FLUSHING

Radiator flushing ni sama ada nak flushing biasa iaitu keluarkan air/ coolant lama yang dah bercampur dengan karat. Atau bubuh additive bernama "Radiator Flush" yang menanggalkan karat-karat degil di dalam radiator dan memaksimakan pembuangan karat semasa buat flushing nanti.

Mula-mula kena buka skru no. 1 seperti dalam gambar.




Keluarkan skru no. 1 tu.




Buka Radiator Cap.




Tarik keluar paip radiator tu dari water pump dan memancutlah air dengan lajunya.



Pas tu bubuh getah paip kat muncung radiator tu dan buka air paip sehingga air karat yang keluar bertukar jernih. Pasang semula paip radiator dan skru no. 1. Isikan air paip/ coolant ke dalam radiator hingga penuh dan tambahkan 2/3 air untuk tangki coolant. Pasangkan semula radiator cap. Start motor dan rasai kenyamanannya.
Back to top Go down
aHLengChai



Gender:Male
Age : 57
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 343

PostSubject: Re: DIY ZZR250   Thu 17 Jan 2008, 9:23 pm

waa..bro sham da msk..otai zzr ni..sng cikit nk tye probl..cun..cun
Back to top Go down
ShamZX11



Gender:Male
Age : 35
Joined : 17 Jan 2008
Posts : 140

PostSubject: Re: DIY ZZR250   Thu 17 Jan 2008, 9:25 pm

BRAKE PAD Replacement

DIY tukar brake pad bersama 5 orang peserta:
1) Zerocool
2) Akubikin
3) Azamreeves
4) Johnckl
5) Miracle Liam




Zerocool punya motor la ni, nak tukar brake pad.

Tarikh: 20 Oktober 2007

********************

Memula buka 2 skru kat Caliper holder.




Keluarkan Caliper dan menggunakan skru driver besar untuk menjarakkan ruang Brake Pad supaya mudah dikeluarkan.




Keluarkan Brake Pad atas dan bawah.




Brake Pad yang ni RM6 jer, sebenarnya brake pad depan Suzuki Panther. Boleh pakai, aku la yang suruh Zerocool beli brake pad ni. Kalau tanya brake pad ZZR 250, sampai harga RM40 pun ada. Kalau tahu ada alternatif yang bagus, apa salahnya beli yang murah.




Masukkan Brake Pad bawah pada Caliper.




Brake Pad yang atas tu kadang-kadang sempit sket kalau Suzuki Panther punya. Gosok dengan kikir besi bagi besar sket.




Pasangkan Brake Pad atas dengan cermat.






Masukkan Caliper bersama Brake Pad baru pada disk.




Pasangkan kedua-dua skru pada holder. Dah ketatkan skru ni maka siap la DIY kita.




Boleh la test seround dua nak tau brek mantap ke tak. Brek Pad Suzuki Panther ni dalam lingkungan harga RM6 ~ RM14. Biasanya tokey kedai sparepart akan tanya "Mau biasa ka mau baik punya?". Kalau baik punya RM14 tu la. Barang baik memang la mahallll. Kalau tanya Brake Pad ZZR 250, harga dalam lingkungan RM24 ~ RM40. Yang paling best dulu aku beli ZZR 250 baru sampai aku jual tak pernah tukar Brake Pad. Tetap tebal walau pun disk semakin nipis. Tu betul-betul baik punya Brake Pad... keh keh keh...
Back to top Go down
ShamZX11



Gender:Male
Age : 35
Joined : 17 Jan 2008
Posts : 140

PostSubject: Re: DIY ZZR250   Thu 17 Jan 2008, 9:31 pm

VALVE CLEARANCE

Dalam kerja-kerja penyelenggaraan, peralatan (tools) adalah amat penting. Tanpa peralatan yang cukup maka kerja-kerja anda mungkin tergendala sebentar dan terpaksa pergi ke kedai hardware untuk membeli peralatan yang tak cukup tu.

Dalam kes ni, peralatan yang paling penting adalah spanar box saiz 9 muncung panjang. Kalau takde spana ni susah sket buat kerja, kena buka Cam Follower dan keluarkan Rocker Arm untuk longgarkan Nut. Spana ni pun saya pertama kali guna, sebelum ni memang buka Cam Follower kalau nak adjust tappet. Kebetulan ternampak spana box jenis ni kat kedai skru berharga RM13, beli jer la kot-kot boleh guna untuk adjust Tappet. Lega bila boleh guna, senang sket kerja.

Lagi satu alatan paling penting ialah Feeler Gage. Kalau takde alat ni maka tak dapat la adjust dengan tepat kelegaan injap (valve clearance).




Mula-mula buka tangki, buka 4 skru seperti dalam gambar.




Buka lagi 1 skru belah hujung tangki.




Buka 7 skru fairing kanan (buka bahagian kiri selepas bahagian kanan ditanggalkan).




Buka lagi 2 skru fairing kat bahagian depan dan tanggalkan fairing belah kanan.




Buka 2 skru dan cabut hose radiator bahagian atas.




Buka skru frame radiator (kanan/kiri) dan tanggalkan hose radiator bahagian bawah. Tanggalkan juga wayar coil dan thermostat.

[img width=405 height=480]http://i85.photobucket.com/albums/k41/ShamZX11/tappet7.jpg[/img]


Buka 4 skru head cover. Tanggalkan juga cable Spark Plug.




Radiator dan cable Spark Plug dah pun ditanggalkan.




Buka penutup skru magnet.




Guna spanar box saiz 14 untuk adjust Cam Follower. Dengan memusingkan skru ni, Cam Follower akan turut berpusing dengan dihubungkan oleh Timing Chain.

[img width=423 height=480]http://i85.photobucket.com/albums/k41/ShamZX11/tappet11.jpg[/img]


Bahagian Cam Follower berbentuk Oval (lonjong), pastikan bahagian kecil berada di atas sebelum memulakan pemeriksaan kelegaan ruang (gap clearance check) seperti dalam gambar ditandakan A. Kelegaan injap yang sepatutnya adalah:

Inlet/ Minyak = 0.08 ~ 0.13mm
Exhaust/ Ekzos = 0.11 ~ 0.16mm




Dalam kes saya, cuma 2 injap jer yang boleh masuk Feeler Gage. Yang lain ketat, tak leh masuk 0.08mm pun.




Sekarang adalah masa untuk menggunakan spanar box saiz 9 muncung panjang untuk melonggarkan Nut Rocker Arm. Kalau takde spanar jenis ni, takleh nak buka Nut kat bahagian B. Kena buka Cam Follower dan keluarkan Rocker Arm baru boleh longgarkan Nut. Leceh sungguh.




Longgarkan skru, masukkan Feeler Gage saiz 0.08mm diantara Rocker Arm dengan Cam Follower. Adjust skru dan sorong tarik Feeler Gage dengan merasai pergerakan Feeler Gage tak terlalu ketat atau terlalu longgar.




Setelah berpuashati, pastikan dimana kedudukan skru bertanda - . Gunakan screw driver dan spanar Open End semasa mengetatkan Nut.




Periksa kelegaan injap sekali lagi setiap kali selepas mengetatkan Nut. Bimbang terlebih ketat atau terlebih longgar menjejaskan kelegaan injap.




Adjust kesemua 8 injap dengan kelegaan yang betul dan pasang semula radiator, hos, wayar, tangki, fairing dan motor dah siap digunakan. Ada lagi, anda terlupa mengisi air ke dalam radiator. Selepas mengisi air radiator, start motor dan rasakan kesegaran enjin anda.

Apa tunggu lagi, pergi la ronda-ronda.

Dalam keadaan biasa, kerja ni dapat disiapkan dalam masa 3 jam. Sesiapa yang baru nak mencuba mungkin mengambil masa 5 jam atau lebih. Anda mungkin terlupa mengetatkan skru, terlupa pasang wayar, kehilangan skru dan silap haribulan anda jadi tikus membaiki labu... hehe...

Apa pun, TAK CUBA TAK TAU YOU KNOW!

Anda perlu membayar RM60 untuk kerja-kerja di atas dilakukan oleh mekanik. Anda tentukan berbaloi atau tidak membayar pada mekanik atau pun anda DIY. Tidak begitu mudah tapi tidak juga susah.Kalau ikut langkah seperti yang diterangkan, Insya'Allah menjadi.

Harap apa yang saya terangkan di atas dapat membantu menyelamatkan poket anda. Selamat mencuba.
Back to top Go down
ShamZX11



Gender:Male
Age : 35
Joined : 17 Jan 2008
Posts : 140

PostSubject: Re: DIY ZZR250   Thu 17 Jan 2008, 9:33 pm

Saya inin menerangkan berkenaan proses Grind Valve pula. Ini bukanlah proses yang mudah, kalau ada kesilapan maka bermacam-macam masalah akan timbul selepas itu. Masalahnya mungkin tak boleh start dan kalau semua OK mungkin juga akan mengalami masalah overheat. Kalau tak yakin boleh buat sendiri maka jadikan ini sebagai pengetahuan am sahaja.


GRIND VALVE

Mula-mula buka tangki dan fairing seperti apa yang diterangkan dalam sessi Valve Clearance. Buka Radiator, Head Cover dan sebagai tambahan, buka Ekzos juga.




Buka 13 skru yang ditandakan dalam gambar. Sebelum membuka Cam Follower, jangan lupa menandakan point-point penting pada Cam Sprocket dan Timing Chain. Tandakan juga mana satu Cam depan dan belakang. Tandakan dengan cat berlainan warna adalah lebih baik.




Buka tensioner, longgarkan Timing Chain dan keluarkan Cam Follower.




Buka 7 skru yang ditandakan dalam gambar.




Buka Karburetor, Tensioner dan tanggalkan Head + Blok enjin.




Head dan Blok boleh dipisahkan dengan membuka 1 skru dibahagian tengah antara Head dan Blok. Bagaimana pun anda perlu menggunakan mellot (penukul getah/plastik) untuk memisahkan keduanya.




Perlu ada Special Clamp untuk membuka Valve. Tapi sebenarnya susah nak buka dengan clamp ni. Ada cara yang lebih senang dengan hanya menggunakan spana box dan ketuk saja tapi ada caranya (tak dapat ditunjukkan dalam gambar, kalau ada kelas amali boleh saya ajarkan).




Inilah keadaan Head yang telah dikeluarkan kesemua Valve dan Spring.




Sebelum proses Grind Valve dimulakan, sila periksa keadaan Valve terlebih dulu. Kalau Valve dah nipis sangat, dinasihatkan tukar Valve baru. Sebaik-baiknya tukarlah kesemua 8 batang Valve untuk mengelakkan buat Grind Valve berulang kali. Harga 8 batang valve setakat harga sekarang adalah dalam lingkungan RM400~500 mengikut kedai. Harga adalah lebih murah di kedai sparepart dibandingkan dengan harga bengkel/ workshop. Valve mestilah dibubuh Grinding Paste sebelum proses Grind Valve dilakukan. Kalau tiada Grinding Paste, anda boleh juga menggunakan Autosol.




Proses Grind Valve boleh menggunakan cara manual iaitu memutarkan Valve menggunakan kedua-dua belah tapak tangan atau pun lebih mudah dengan menggunakan mesin Drill. Hujung Drill Bit dan Valve disambungkan dengan getah penyambung (tangki petrol ke Karburetor) bersaiz kecil. Kekerapan memutarkan mesin Drill bergantung kepada kehausan Valve ketika dalam proses ini. Bergantung kepada pengalaman atau pengetahuan. Kalau baru nak mencuba, boleh agak-agak. Untuk lebih mudah, jika Valve baru tiada kesan haus dan selepas Grind Valve ada kesan ring bulat berkilat. Bila kesan berkilat sama rata, anggap saja anda dah siap Grind Valve. Ulang perkara yang sama untuk kesemua Valve. Keluarkan, bersihkan kesemua Valve dan Head .




Pasangkan Valve dan Spring dengan menggunakan potongan tiub motor yang ditekan dengan spana box. Ini memerlukan kesabaran dan kepakaran. Nak buka senang, nak pasang semula memang susah.




Setelah semua Valve dah siap pasang, buang kesan-kesan karbon kat Head dan Valve. Dalam kes ni, menggunakan berus angin maka cepat la sket buat kerja.




Langkah terakhir, pasang semula Blok, Head, Rocker Arm, Cam Follower, Timing Chain, Tensioner, Karburetor, Ekzos dan kemudiannya Adjust Tappet mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan dalam sessi Adjust Tappet.

Perlu diingat bahawa proses ini amat kritikal, anda dinasihatkan menggantikan Gasket Blok dan Head sebab dibimbangi ada berlaku kebocoran jika menggunakan Gasket lama dan akibatnya enjin Overheat. 2 keping Gasket ni berharga RM100++. Bila motor dah boleh start dan tiada apa-apa masalah enjin, pasangkan semula fairing dengan lengkap. Dah boleh ronda-ronda dengan nyamannya.

Jika motosikal anda gagal berfungsi selepas proses ini, mungkin anda perlu mengulangi proses ini 2 atau 3 kali sehingga berjaya. Kalau masih tak berjaya juga maka tersenyum la tokey workshop sebaik saja anda tiba di depan kedainya dengan lori bermuatan ZZR 250 yang tak leh start dan muka owner yang kepenatan bercampur tension.

Pertama kali saya buat Grind Valve mengambil masa 3 hari untuk disiapkan. Pada masa sekarang pun ambil masa seharian juga.

Amacam, ada berani???.


Last edited by on Thu 17 Jan 2008, 9:42 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
ShamZX11



Gender:Male
Age : 35
Joined : 17 Jan 2008
Posts : 140

PostSubject: Re: DIY ZZR250   Thu 17 Jan 2008, 9:36 pm

Chain Tensioner Lubrication/ Installation


Mula-mula, kena bukak cover fairing belah kanan.




Cam Chain Tensioner kat kawasan yg dibulatkan.




Bila dah buka, inilah komponen di dalamnya.




Bahagian yg telah dibuka.




Inilah grease yg Wares pakai, 500gm tu berat pack dia. Tak nampak plak apa dropping point dia.




Jangan lupa keluarkan grease lama dalam Tensioner Housing ni sebelum masuk grease baru.




Penuhkan grease secukup rasa kat Tensioner Housing tu.




Pasang semula mengikut turutan seperti di bawah.




Sediakan sebiji skru yg lebih panjang untuk digunakan sebagai pengikat Tensioner Shaft.




Tekan dengan sekuat tenaga anda dan pasangkan skru panjang tadi hingga skru berhenti (hand tight). Awas, jangan ikat terlalu ketat kerana ia mungkin merosakkan shaft.




Masukkan semula ke tempatnya yang azali.




Pasangkan dan ketatkan 2 skru tu dulu.




Pastu, keluarkan skru panjang dan akan kedengaran bunyi "ktak!" @ "klik" di mana tensioner tu ditolak masuk oleh spring. Pasang semula skru ori dan bersihkan lebihan grease. Pasang semula fairing.




Anda dah siap dan berjaya dalam DIY grease cam chain tensioner. Tepuk tangan utk diri anda sendiri!



Disclaimer:

*Andrew posted on behalf of Wares, dalam column ni edited by ShamZX11... jangan marah aaa Andrew... masa aku ajar Wares tu buat DIY tu mana ada masa ambik gambar kan...

* Kat bawah ni gambar bagaimana Andrew dengan semangat yang berkobar-kobar buat DIY grease cam chain tensioner sendiri... tapi tak lulus lagi... aku gak yang kena buat... keh keh keh... tapi takpe, cuba lagi hingga berjaya... semangat dah usaha tangga kejayaan...



Last edited by on Thu 17 Jan 2008, 10:24 pm; edited 4 times in total
Back to top Go down
ShamZX11



Gender:Male
Age : 35
Joined : 17 Jan 2008
Posts : 140

PostSubject: Re: DIY ZZR250   Thu 17 Jan 2008, 9:38 pm

Pada 7hb Oktober 2007 motor mati lagi dalam perjalanan pergi kerja, habis petrol. Nasib baik dekat ngan Mobil, isi penuh. Ini semua gara-gara fuel tap/ cock punya problem la ni. Dan ini dah kali ke 3, indicator kat 'ON' tapi petrol flow cantik jer sampai tangki kering kontang. Bukan tak tau ada kotoran tersekat kat fuel tap tu, tapi malas sket nak drain petrol... hehehe. Selalu isi penuh tapi kadang-kadang terlupa dan tak isi langsung. Disebabkan dah kali ke 3, maka pagi ni dengan segala azam dan nekad untuk solve problem ni. 2 jam jugak la nak buat benda yang simple ni sebab semalam dah isi penuh petrol. Masa banyak terbuang sebab nak drain petrol tu, 3x tong 4 liter... peerrgghhh... Datang kerja pun lambat 2 jam gak la hari ni.

Problem ni boleh menyebabkan overflow dan kalau overflow tu jangan servis karburetor jer, servis ler Fuel Tap sama.


FUEL TAP SERVICING

Mula-mula kena keluarkan semua petrol dari tangki.

Langkah pertama, letakkan tangki pada kedudukan sesuai. Letakkan tong petrol dibawahnya.




Langkah ke 2, arahkan Fuel Knob kepada PRI seperti dalam gambar. Biarkan petrol turun sehingga tangki kosong.




Langkah ke 3, buka 5 screw dari Fuel Tap. Keluarkan Tap Cover.




Langkah ke 4, periksa apa-apa bendasing yang menghalang laluan vacuum valve dan buangkan. Bendasing alam kes ni adalah segumpal benang jer. Ada kalanya cat atau karat tangki.





Langkah ke 5, pasang semula mengikut turutan. Pastikan spring tak hilang dan pasang dengan betul. Pasang dengan berhati-hati.


Johnckl sudah tukar fuel tap baru bila kena problem camni seperti disarankan oleh mekanik. Esoknya bila nak ambil semula yang lama kat mekanik tu... emmm... dah takde dah... Lebih kurang RM150 gak harganya tu.

Moral of the story:

Jangan malas dan jangan membazir... keh keh keh...
Back to top Go down
ShamZX11



Gender:Male
Age : 35
Joined : 17 Jan 2008
Posts : 140

PostSubject: Re: DIY ZZR250   Thu 17 Jan 2008, 9:45 pm

Ini pula cara bagaimana menangani masalah Overflow pula. Masalah ini bukan terjadi pada semua ZZR 250, tapi kebanyakannya memang terjadi. Dalam berbelas-belas ZZR yang saya dah repair, boleh dikatakan 40% memang ada masalah ni dan ada yang terlalu kronik. Ada yang beli ZZR 250 2ndhand dan daily commute tapi selama 3 tahun tak pernah kena Overflow. Dulu saya beli ZZR 250 1st model baru, 3 tahun pakai memang tak pernah overflow. Beli 2ndhand tahun lepas model 94 kaler biru, tak Overflow gak. Ya, 1st model ni kebanyakannya memang tak overflow. Yang banyak overflow adalah model 96 kaler hijau. Suratan atau kebetulan tak dapat dipastikan, nasib-nasib la kan.


Overflow

Mula-mula buka tangki seperti apa yang diterangkan dalam sessi Adjust Tappet, cabut Plug Cap.




Masukkan Spark Plug Opener.




Gunakan spana 17 dan buka ikut arah yang ditunjukkan dalam gambar.




Keluarkan Spark Plug dan lihat kesan minyak kat Spark Plug. Secara tak langsung, inilah cara-cara menukar Spark Plug. Untuk sesapa yang tak pernah tukar Spark Plug dengan tangan sendiri, mungkin inilah masanya untuk mencuba.



Buka-kedua-dua Spark Plug dan lihat kesan Petrol. Jika kedua-dua Spark Plug basah bermakna Overflow berlaku pada kedua-dua Karburetor. Untuk memastikan lagi, start enjin dan lihat pancutan Petrol yang keluar dari kebuk (lubang Spark Plug) Jika Petrol hanya terpancut sebelah bermakna hanya sebelah sahaja Karburetor yang Overflow. Overflow mungkin bersifat sementara disebabkan pelampung tersekat. Selepas Petrol tidak lagi terpancut dari kebuk, biarkan selama 5 minit dan pasangkan semula Spark Plug. Start enjin dan lihat sama ada enjin boleh dihidupkan atau Overflow berlaku semula. Jika berlaku juga Overflow maka anda tak perlu lagi membuang masa meneruskan siaran ulangan proses ini. Sudah sampai masanya membuka Karburetor dan buat adjustment pada Float Valve.



Sessi membuka Karburetor telah pun bermula. Sebelum tu kena la buka fairing kanan dan kiri dulu. Buka skru yang ditunjukkan dalam gambar, bahagian kanan dan kiri.




Tarik Spring "Air Box" ke belakang.




Tarik keluar Idling Knob dari holder.




Pisahkan Karburetor dari enjin dan "Air Box".




Longgarkan Nut A dan B menggunakan spana saiz 10 kemudian tanggalkan kabel A, B dan C. Keluarkan Petrol dari kedua-dua karburetor dengan membuka skru pada Petrol Drain (no.5). Jangan lupa atau limpahan Petrol akan merosakkan Diaphram.




Skru no.1 ada 8 biji, kalau perlu buka semua. Kalau Overflow sebelah jer, buka 4 biji jer la. Nak keluarkan Float/ Pelampung (no.3), kena cabut pin no.2 dulu. Masalah Overflow biasanya disebabkan adjustment atau komponen pada no.4 . Sama ada Float Valve rosak atau Float Lip adjustment terlalu rendah. Dalam kes ni, kena cungkil Float Lip bagi tinggi sket supaya cukup tolakan pada pada Float Valve bila Petrol penuh kat Lower Housing.




Kalau perlu buka Diaphram, buka skru no.6 . Ada 8 biji semuanya. Dalam banyak kes, tak perlu buka. Mungkin juga perlu buka untuk periksa Jarum Jet dan sebagainya. Atau suka-suka nak buka, buka jer la. Tapi perlu di ingat, Diaphram ni mahal ya amat. Pastikan duduknya betul dalam lingkaran sebelum pasang Cover dan ketatkan skru. Dalam keadaan Overflow biasanya Diaphram ni mengembang. Baik toksah buka la... hehe...




Kalau semua dah buka jadi cam gambar kat bawah la, check la satu-satu mana yang agak-agak problem tu.

Biasanya kes ni problemnya 2 jer:
1) Float Lip adjustment terlalu rendah
2) Float Valve (haus).

Float Valve ni boleh pakai Honda CG125 punya, RM5~RM7 jer sebiji. Ori punya RM15~RM25 sebiji. Pastikan 2 biji tu mempunyai keanjalan Spring yang sama.




Pasang semula Float Valve, Float dan pin. Dalam keadaan terbalik, pastikan ianya separas dan cuba goyangkan untuk menguji keanjalan spring Float Valve. Puas hati, pasangkan semula Lower Housing dan semua yang berkenaan. Pasangkan semula Karburetor ke bahagian enjin. Cuba start, kalau semua OK mesti boleh start punya. Kalau Overflow lagi maknanya adjustment Float Lip tak cukup tinggi. Buka semula dan adjust naik sedikit lagi. Buat siaran ulangan sampai dia OK. Setting angin biasanya tak lari, faktor ni memang best untuk ZZR 250. Servis Karburetor banyak kali pun tak yah risau pasal setting angin.




Kalau dah OK, pasangkan semula fairing dan boleh gi ronda-ronda. Kalau Overflow ni jadi semasa dalam perjalanan maka dah boleh meneruskan perjalanan. Kalau tak OK gak kena rujuk sessi Grind Valve perenggan akhir... hehe...
Back to top Go down
kueh



Gender:Male
Age : 32
Joined : 17 Jan 2008
Posts : 245

PostSubject: Re: DIY ZZR250   Fri 18 Jan 2008, 12:50 am

bg sham, sori la kalu tesalah page. kerosakan wayar meter rpm leh kacau enjin performance ke?
Back to top Go down
Andrew



Gender:Male
Age : 26
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 219

PostSubject: Re: DIY ZZR250   Mon 21 Jan 2008, 11:58 am

Oleh : Hayabusa - MBC

aku modify kriss punya starter coil untuk masuk dalam zzr250. barangnya sama, cuma connection (dan harga hehe) tak sama.

ini zzr punya..




ini kriss punya (aku dah strip wayar asalnya)


buang habis wire insulator, getah tapaknya, dan pemegang besi



pakai connector ini macam. harga 30sen aje, pastikan saiz sama dengan zzr punya




sambung pada wayar yang dah strip. kalau dah confiden boleh kasi pateri untuk menambah kekuatan



potong dan buang plastik ni.



tada.. macam asal ek!



leads kecil belakang tu untuk switch. dia akan tarik coil untuk sentuhkan lead besar yang akan menyambung antara bateri dengan motor starter. motor starter berkuasa tinggi akan menyedut arus yang besar dari batteri. kalau nak check, ambil multimeter dan ukur rintangan antara dua leads besar tu. sepatutnya dapat bacaan ohm infinity (litar buka). kalau tak dah rosak tu. kalau ok, sambung bekalan voltan 12v (atau secukupnya) kepada lead kecil tu. kalau dia bunyi 'tak' ertinya coil dalaman berfungsi. next, ambil multimeter ukur lagi ohm leads besar. sepatutnya dapat ohm yang kecil (dari 0 hingga beberapa ohm-litar pintas)

berusaha!
Back to top Go down
chefbob



Gender:Male
Age : 30
Joined : 22 Jan 2008
Posts : 704
Location : Sungei Besi-KL-Bentong-Europe

PostSubject: Re: DIY ZZR250   Tue 22 Jan 2008, 4:34 pm

chef nak tanya sikit bro2 zzrians, kalau berat badan chef 115kg mono apa yang sesuai ye? brapa kosnya? kene modified ke? kat mana nak buat? sebab moto chef kalau laju rasa macam buai2 la pastu kalau naik 2 orang 115kg + 60kg + berat zzr 148kg rasa macam besi belaga kat mono tu. kalau boleh nak pakai keras punya. mono chef ni dah rosak ke?
harap dapat membantu.
dan nak tanya pakai tayar duro ni ada kekurangan tak ingat nak tukar.
kat mana paling murah ye?
Back to top Go down
ShamZX11



Gender:Male
Age : 35
Joined : 17 Jan 2008
Posts : 140

PostSubject: Re: DIY ZZR250   Tue 29 Jan 2008, 10:07 pm

Chef, seperti yang saya komen kat TTS tu... memang dah kong la mono Chef tu... saya syorkan mono mode saya brand Makida, RM360 sahaja...


Ni motor Andrew...




Motor Azamreeves sebelum tukar mono...




Motor Azamreeves selepas tukar mono...


_________________

IF SPEED KILLS, I'M A DEAD MAN. My new phone number 01SAMFIBER = 0172634237
Back to top Go down
chefbob



Gender:Male
Age : 30
Joined : 22 Jan 2008
Posts : 704
Location : Sungei Besi-KL-Bentong-Europe

PostSubject: Re: DIY ZZR250   Wed 30 Jan 2008, 2:39 pm

Sham Chef punya Double stand dah melengkung kedepan macamana nak buat?
kena tukar baru atau kena repair? berapa kos sham ambik sekali dgn beli double stand baru?
takut kalau kalau pasang mono baru tak boleh double stand dgn tongkat sisi sebab
tongkat sisi macam pendek je.......
scratch
_________________



-Dia punya nasib dia makan-
-Awak punya nasib awak makan-
-Ape salah kita makan sama2-
Back to top Go down
ShamZX11



Gender:Male
Age : 35
Joined : 17 Jan 2008
Posts : 140

PostSubject: Re: DIY ZZR250   Mon 04 Feb 2008, 2:09 pm

Chef, Stand tengah tu kena tukar baru... RM150 jer kat Sentul... Absorber Makida RM320, Kayaba RM360... Apa-apa hal call jer Chef, saya jarang online...



Sorry ye, loading gambar jer dulu...














_________________

IF SPEED KILLS, I'M A DEAD MAN. My new phone number 01SAMFIBER = 0172634237


Last edited by on Tue 05 Feb 2008, 1:18 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
ShamZX11



Gender:Male
Age : 35
Joined : 17 Jan 2008
Posts : 140

PostSubject: Re: DIY ZZR250   Mon 04 Feb 2008, 2:12 pm

Tarikh: 23hb. Januari 2008 (Thaipusam)

Inilah harinya Andrew ngan Azamreeves pasang monoshock baru. Razis sms aku kata dia, Kaptenz, Jimf dan Zerocool ada kat bengkel Fahimi. Aku tengah tukar monoshock Azamreeves, camner nak pergi daa. Aku balas SMS suruh datang rumah aku jer. Siap jer tukar monoshock, aku call sorang-sorang tak angkat. Aku tau diorang dalam perjalanan ke rumah aku... keh keh keh...


Sambil borak-borak dan citer-citer motor Jimf dah takde orkestra, Kaptenz menyedari bunyi tensioner motornya kuat lagi dari motor Jimf.




Setelah diracun oleh Andrew, Kaptenz pun capai Screw Driver untuk DIY tensioner on the spot.




Andrew bukan main bersemangat sebab minggu sebelum tu cubaan DIY greasing chain tensioner keduanya telah berjaya dengan cemerlang.




Andrew dah jadi instructor Kaptenz untuk DIY kali ni. Syabas diucapkan kat Andrew, itu satu petanda ilmu mula berkembang.




Yang lain-lain ni tak tau la menumpukan perhatian ke tidak, atau sibuk borak jer. Rugi kalau tak masuk ajar ni.




Kaptenz tersenyum puas bila bunyi tensioner motor dia lebih senyap dari motor Jimf... hehe...




Geng ZZRian meninggalkan teratak buruk aku...


_________________

IF SPEED KILLS, I'M A DEAD MAN. My new phone number 01SAMFIBER = 0172634237


Last edited by on Tue 05 Feb 2008, 1:14 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
ShamZX11



Gender:Male
Age : 35
Joined : 17 Jan 2008
Posts : 140

PostSubject: Re: DIY ZZR250   Mon 04 Feb 2008, 2:21 pm

Tarikh : 2/02/2008

Liam buat DIY tukar Triple Clamp dibantu oleh Dinz. John pun ada bantu jugak.






John buat DIY valve clearance, berjaya dengan cemerlang.






Razis buat DIY tukar bearing sprocket.






Aku tolong tunjuk ajar sumer sekali. Ahaaa... sesiapa yang ada terfikir nak buat DIY motor sendiri jangan malu-malu datang rumah aku, tapi kena buat temujanji dulu la. Aku bangga ZZRian boleh buat DIY motor sendiri. Siapa kata kita sembang tak ilmiah !!!

Ini gambar DIY masa Southern Malaya Ride... Kaptenz dan Azam pun boleh buat DIY...

_________________

IF SPEED KILLS, I'M A DEAD MAN. My new phone number 01SAMFIBER = 0172634237
Back to top Go down
wares



Gender:Male
Age : 24
Joined : 16 Jan 2008
Posts : 417

PostSubject: Re: DIY ZZR250   Tue 05 Feb 2008, 10:25 am

hidup DIY......
aisye john u buat adjust teppet cepat sangat la....
sekarang baru i free.....takder sapa nak adjust teppet kat sham ker?
jangan luper ajak aku yer....
Back to top Go down
hayabusa



Gender:Male
Age : 27
Joined : 22 Jan 2008
Posts : 31

PostSubject: Re: DIY ZZR250   Thu 07 Feb 2008, 6:50 pm

hi, motor aku leaking di antara head dengan blok. aku nak diy tukar gasket. kalau ikut tatacara shamzx11, head dan blok ditanggalkan sekali, baru dipisahkan. nak tanya boleh tak head sahaja ditanggalkan tanpa menanggalkan sekali bloknya? kalau boleh, skru mana yang perlu dibuka? rujuk kat gambar bawah

Back to top Go down
DIY ZZR250View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 3Goto page : 1, 2, 3  Next

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Riders Malaya Community :: Komuniti :: Workshop Motor :: DIY section-
Post new topic   Reply to topic