kamal5632

 Age : 17 Joined : 26 Feb 2008 Posts : 4538 Location : setan n tonik~
| Subject: zx10r Mon 21 Jul 2008, 12:20 pm | |
| Limpahan kuasaOleh Lokman Zainal Abidin lockman@nstp.com.my
GABUNGAN warna, reka bentuk yang menarik serta kuasa melimpah tuah yang dihasilkan Ninja ZX-10R keluaran 2008 pastinya membuatkan mana-mana penunggang yang pernah merasai nikmat pecutan jentera hasil kreativiti jurutera Kawasaki itu tidak senang duduk.
Sukar untuk mencari kelemahan pada produk terbaru hasil tangan pakar dari negara matahari terbit itu walaupun ada yang berpendapat wajah ZX-10R itu pastinya lebih mantap sekiranya ekzosnya diletakkan di bawah pelana belakang - sama seperti ZX-6R!
Tetapi jika dilihat secara keseluruhan, jentera itu boleh dianggap sebagai tidak mempunyai kecacatan dan tidak kalah jika dibandingkan dengan mana-mana jentera lain yang sama kelas dengannya.
Tidak kira siapapun anda, selama mana anda pernah menunggang sebelum ini, hasil tangan terbaru Kawasaki itu memang sesuai untuk semua peringkat usia walaupun ia mungkin sedikit sukar untuk dimiliki mereka yang muda lantaran harganya yang boleh dianggap mewah.
Untuk membandingkan kehebatan Kawasaki Ninja ZX-14 atau Ninja 250 mungkin tidak berbaloi kerana setiap satu jentera berkenaan menghasilkan kesan tunggangan yang berbeza sama sekali.
ZX-14 pastinya lebih berkuasa manakala Ninja 250 pula jauh lebih rendah harganya berbanding ZX-10R.
Kehadiran ZX-10R edisi 2008 boleh dianggap sebagai usaha Kawasaki untuk kembali menyinar di arena perlumbaan dan walaupun ZX-10R edisi 2007 mampu mencabar, Kawasaki memerlukan sedikit pengubahsuaian yang ada pada keluaran 2008 untuk lebih berdaya saing.
Perbezaan paling ketara pada kedua-dua model iaitu keluaran 2007 dan 2008 ialah kedudukan casis yang sudah diubah suai, lengan ayun serta reka bentuk kerangka yang kelihatan lebih agresif dan menarik.
ZX-10R edisi 2008 dilihat lebih cenderung kepada reka bentuk terbaru yang banyak dihasilkan pesaing Kawasaki dan kedudukan ekzosnya dilihat mampu mengembalikan nostalgia terhadap jentera sebelum ini.
Sistem suspensi KYB yang digunakan pada ZX-10R memang menyenangkan dan penunggang tidak akan merasa bimbang ketika membelok kerana ia akan memberi kepuasan yang bukan sedikit buat penunggangnya.
Di atas lebuh raya, sukar bagi mana-mana jentera lain untuk menandingi kuasa yang mampu dihasilkan ZX-10R dan penunggangnya tidak perlu bimbang kerana sistem brek Tokico yang digunakan, boleh diharapkan serta dipercayai.
Penggunaan bahan api ZX-10R juga tidak begitu besar walaupun anda menunggang pada tahap kelajuan yang tinggi.
>Spesifikasi
ENJIN: Empat lejang, sejukan cecair, DOHC, empat injap setiap silinder, empat sebaris
KUASA: 998cc
SUNTIKAN MINYAK: DFI dengan throttle 43mm Keihin, suntikan kembar
TRANSMISI: Enam kelajuan
SAIZ TAYAR DEPAN: 120/70 ZR17
SAIZ TAYAR BELAKANG: 190/55 ZR17
SUSPENSI DEPAN: 43mm inverted fork dengan balutan DLC, boleh laras
SUSPENSI BELAKANG: Bottom-Link Uni-Trak dengan spring, stepless, boleh laras
BREK DEPAN: Cakera kembar 310mm dengan caliper empat piston
BREK BELAKANG: Cakera tunggal 220mm dengan caliper piston tunggal |
|
Super_Flanker

 Age : 26 Joined : 15 Jan 2008 Posts : 1771 Location : Peta Malaysia
| Subject: Re: zx10r Mon 21 Jul 2008, 5:44 pm | |
| lawa tp bruruk...buruk tang signal melekat kat side mirrorrr...  |
|
apy

 Age : 28 Joined : 19 Jan 2008 Posts : 212 Location : kuala lumpur
| Subject: Re: zx10r Tue 22 Jul 2008, 10:55 am | |
| | Super_Flanker wrote: | lawa tp bruruk...buruk tang signal melekat kat side mirrorrr...  |
tu kan stail moto n keta zaman2 skang.. kdg tgk cntk kdg nmpk buruk |
|
Super_Flanker

 Age : 26 Joined : 15 Jan 2008 Posts : 1771 Location : Peta Malaysia
| Subject: Re: zx10r Tue 22 Jul 2008, 3:09 pm | |
| haha...selera masing2...patik tetap xsuka itu macam...kl kereta ok jerrr....heheh...rsnya suzuki yg start letak signal kat side mirrorrr...  |
|
Guest Guest
| Subject: Re: zx10r Tue 22 Jul 2008, 3:16 pm | |
| | aku lak langsung tak berminat |
|
abe_Luing

 Age : 22 Joined : 16 Jan 2008 Posts : 1919 Location : kooala lumpor ku terchenta..
| Subject: Re: zx10r Fri 25 Jul 2008, 1:16 pm | |
| mana gambonyee??? _________________
 |
|