HomeHome  ­RegisterRegister  ­MemberlistMemberlist  ­FAQFAQ  ­Log inLog in  
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 RMC Motor Reviews

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Number of posts: 19
Registration date: 2008-01-14

PostSubject: RMC Motor Reviews   Tue 15 Jan 2008, 6:57 pm

Jika ada forumers yg ingin memberi review secara ringkas berkenaan jenis motor tertentu... amatlah dialu2kan... Kami di RMC mengucapkan terima kasih.... Minta jasabaik forumers untuk tidak menyingung mana2 pihak ... Terima kasih dari kami. Very Happy
Back to top Go down
View user profile http://www.ridersmalaya.com
kamal5632



Male Number of posts: 9426
Age: 17
Location: tempat takde api~kaki bakar~
Registration date: 2008-02-26

PostSubject: Re: RMC Motor Reviews   Mon 21 Jul 2008, 12:28 pm

Pandu Uji: R1200RT lebih elegan Oleh Harris Adam
rencana@hmetro.com.my

“BMW...Banyak Makan Wang”, itulah kata rakan apabila saya menunggang motosikal model mewah ini.

Jentera BMW sama ada motosikal atau kereta adalah jenama yang melambangkan kemewahan. Jadi, tidak hairanlah ge laran itu diberikan kerana harganya boleh membeli sebuah rumah pangsapuri.

BMW R1200RT adalah motosikal kategori 'Sport Touring' yang sesuai digunakan terutama untuk perjalanan jarak jauh.

Saya yang memiliki model R1100RT mendapati motosikal terbaru BMW itu memiliki banyak perubahan pada sudut luaran dan pengendaliannya.

Paling menonjol, rekaan model terbaru itu kelihatan lebih elegan dan eksklusif.

Ketika mendapat peluang menunggang uji, saya memang tidak sabar selain mahu membuat perbandingan dengan motosikal R1100RT kepunyaan saya.

Memang tidak sukar mengendalikan motosikal ini, bahkan mereka yang tidak pernah menunggang motosikal ini boleh mengendalikannya dengan mudah.

Lokasi pertama ke Kuala Selangor mengikut laluan jalan biasa ke Batang Berjuntai.

Apa yang menarik, motosikal ini berbanding model lama (R1100RT) ialah ia mempunyai ESA (elektronik, suspensi, pemboleh ubah) tiga pilihan mod iaitu biasa, sport, selesa.

Sepanjang laluan berselekoh, saya lebih gemar meng gunakan mod sport bagi memudahkan pengendalian ketika 'meratah' selekoh.

Kemudian, saya mencuba mod selesa (comfort) pada jalan yang tidak rata dan motosikal memberi reaksi yang baik terhadap hentakan kuat ketika melalui lopak jalan yang tidak rata.

Perjalanan pulang dari Kuala Selangor, saya memilih lebuh raya sebagai laluan baru. Cermin hadapannya berfungsi dengan cemerlang bagi melawan rintangan angin.

Menariknya, cermin penghalang angin ini berfungsi secara automatik di mana penunggang dapat mengawal ketinggian cermin mengikut keperluan.

Selain itu, radio yang terdapat pada motosikal ini juga dapat menghilangkan kebosanan.

Bunyi radio berkenaan juga boleh dikawal secara automatik mengikut kelajuan yang dibawa. Malah, ia ini juga kalis air dan boleh memainkan cakera padat.

Kesimpulannya, bagi mereka yang berduit dan berminat melakukan perjalanan jauh dengan penuh keselesaan, R1200RT adalah pilihan yang tepat.

Ditawarkan pada harga RM124,700 tanpa insurans, R1200RT didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu Ti tanium Silver, Sand Beige dan Biarritz Blue.

>SPESIFIKASI

Model: BMW R1200RT

Enjin: Empat lejang 16 injap dengan sistem penyejuk Boxer.

Kuasa Maksimum: 110 hp pada 7500 rpm

Tork Maksimum: 115 Nm pada 6000 rpm

Kelajuan Maksimum: 210 km/j
Back to top Go down
View user profile
kamal5632



Male Number of posts: 9426
Age: 17
Location: tempat takde api~kaki bakar~
Registration date: 2008-02-26

PostSubject: Re: RMC Motor Reviews   Mon 21 Jul 2008, 12:35 pm

Yamaha FZ150i mendahului teknologiOleh Noor Azam Abd Aziz
azam@hmetro.com.my



SELEPAS kehadiran model kapcai Yamaha LC135 yang mendapat sambutan hebat peminat, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYMSB) terus menghangatkan industri motosikal tempatan dengan memperkenalkan jentera ter barunya menerusi Yamaha FZ150i pada pertengahan Januari lalu.

Kehadiran model berkonsepkan ‘naked bike’ itu dikatakan mampu mencetuskan evolusi baru kepada peminat terhadap jentera empat lejang berprestasi, menjimatkan serta selesa ditunggang.

Dengan memilih Pulau Langkawi sebagai pembukaan ge langgang, syarikat itu menerbangkan kumpulan wartawan permotoran bagi menunggang sendiri model terbaru itu dengan memilih beberapa laluan menarik.

Ia sebagai permulaan kepada pelancaran program Cabaran FZ150i 2008 yang dilancarkan di Pulau Pinang bagi mem promosikan jentera dilengkapi enjin empat lejang sejukan cecair empat injap SOHC dengan sistem suntikan minyak elektronik itu ke seluruh negara.

Pengarah Urusannya, CH Ng ketika ditemui berkata cabaran berkenaan adalah konvoi motosikal yang diaturkan bagi membolehkan pelanggan bertuah menikmati pengalaman menunggang bersama jentera terbaru itu.

Menurutnya, konvoi dari Pulau Pinang akan bertandang ke Sungai Siput, Perak; Sungai Buloh, Selangor, Melaka dan tamat di Plaza Angsana Johor Baru dengan jarak perjalanan mencapai 1,000 kilometer.

“Cabaran yang diaturkan ini memberi peluang kepada pelanggan Yamaha terpilih untuk menunggang uji model Yamaha FZ150i dengan memilih beberapa laluan menarik.

“Ia mampu memberi pengalaman bermakna kepada pe langgan terhadap prestasi dan keupayaan jentera ini selain menikmati keseronokan menunggangnya,” katanya.

Beliau berkata produk yang dihasilkan Yamaha menerusi model terbaru itu mendahului teknologi, inovasi dan kua sanya dalam dalam satu pakej.

Pada program sama juga, katanya, konvoi berkenaan turut membawa bersama mesej keselamatan jalan raya kepada semua penunggang terutama berhubung aspek pemakaian topi keledar yang betul dan selamat.

“Seramai 50 pelanggan bertuah akan diberikan topi keledar secara percuma apabila mereka berkunjung ke bilik pameran Yamaha terpilih,” katanya.

Ang berkata pihaknya yakin model terbaru itu mampu memberi impak kepada prestasi jualannya dan sehingga Mac lalu sebanyak 300 unit sudah berjaya dijual dan dijangka mampu mencapai sasaran 6,000 unit menjelang hujung tahun ini.

Jentera FZ150i ini dihasilkan dengan teknologi kuasa dan inovasi cemerlang kerana dipadankan dengan enjin 150 cc empat injap sejukan cecair dan sistem suntikan bahan api elektronik yang pertama di negara ini.

Kombinasi teknologi berkenaan menghasilkan penghan taran kuasa yang lancar daripada campuran bahan api dan udara ketika ia beroperasi.

Sistem berkenaan memberikan prestasi tinggi dan stabil ketika melakukan perjalanan jauh pada kelajuan tinggi selain reka bentuknya yang memberikan keselesaan ketika me nunggang.

Menerusi sistem suntikan elektronik, ia meningkatkan kelajuan maksimum serta maklum balas yang lebih baik dengan mengumpulkan maklumat operasi enjin selain meng hitung bekalan bahan api yang optimum.

Motosikal terbaru itu turut dipadankan dengan kebuk silinder DiASil yang memastikan pengeluaran haba sesuai bagi mengurangkan ketegangan piston.

Silinder rekaan terbaru ini mampu menghalang enjin daripada pengurangan kuasa selain membantu memperbaiki kecekapan penggunaan bahan api.

FZ150i turut dilengkapi omboh tempaan ringan yang dapat mengekalkan tenaga hebat, mengurangkan gegaran dan se suai untuk perjalanan jauh dengan kelajuan maksimum.

Penggunaan kerangka Delta Box seperti yang terdapat pada motosikal kategori Super Sport juga menghasilkan tung gangan yang selesa dan stabil ketika memecut mahupun di selekoh.

Dari segi keselamatan, FZ150i dilengkapi dengan brek cakera hadapan cengkaman kaliper dua pot untuk pe ningkatan daya membrek yang lebih mantap.

Model terbaru ini menghasilkan kuasa maksimum 11.1 kW pada 8,500 rpm dan tork maksimum 13.1 Nm pada 7,500 rpm.

Yamaha FZ150i ditawarkan dengan tiga warna pilihan iaitu merah, hitam dan hijau. Ia dijual pada harga RM7,798 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
Back to top Go down
View user profile
 

RMC Motor Reviews

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Riders Malaya Community :: Komuniti :: Buletin Motor-
Post new topic   Reply to topic