HomeHome  RegisterRegister  FAQFAQ  Log inLog in  
 

Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : 1, 2, 3  Next
AuthorMessage
raziskov



Gender:Male
Age : 32
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 2902
Location : Shah Alam-Bkt.Jalil-Jasin.

PostSubject: Koleksi Gambar ZZRian Southern Malaya Ride 2008   Mon 28 Jan 2008, 3:29 pm

Koleksi Gambar ZZRian Southern Malaya Ride 2008
Tarikh:26 Jan 2008

Perserta:
1. jimf
2. azamreeves
3. andrewhtf
4. shamZX11
5.tenukz
6.johnckl
7. miracle_liam
8.Dinz
9.Raziskov

Perserta suku Perjalanan:
1)Nawza.. Very Happy Very Happy

Perserta Flag-Off:
1.Amm
2.Ghimeh
3.Potenza
4.Zerocool
5.Wares
6.Rasco..


Last edited by on Mon 28 Jan 2008, 4:02 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
raziskov



Gender:Male
Age : 32
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 2902
Location : Shah Alam-Bkt.Jalil-Jasin.

PostSubject: Re: Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008   Mon 28 Jan 2008, 3:52 pm

Acara bermula sesi berkumpul di shell Sg.Besi.




Berborak sambil menunggu sifu Shamz dan Dinz.


Acara Flag-Off di RnR Nilai.





Sesi bergambar..
Back to top Go down
jimf
Crew
Crew


Gender:Male
Age : 44
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 1993

PostSubject: Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008   Mon 28 Jan 2008, 3:55 pm

Kepada moderator/admin dan semua warga RMC. Saya ingin memohon keizinan dari semua utk buat posting mengenai ride kami ke Southern Malaya tempoh hari. semoga dengan cerita pengalaman ride ini, dpt kita kongsi bersama sebagai panduan utk ride kami atau geng RMC yang lain di masa hadapan. Sebarang komen amat kami hargai dan diharap biarlah ianya berbentuk positif.

ZZRian SOUTHERN RIDE
Date : 26 & 27 Jan 2008 (penginapan di Teluk Penyabong, Mersing)

Riders :
1. tenukz
2. jimf
3. azamreeves
4. johnckl
5. andrew
6. shamzx11
7. dinz
8. miracle_liam
9. raziskov & family (marshal kereta)

Flag-off and Day 1

Pagi Sabtu yang cerah. Aku kat rumah lagi, tapi handphone dah bertubi-tubi masuk. Ramai yang tanya jumpa kat RV kul berapa. Tp yg bestnya yg bertanya semua geng “flag-off”…hehe. Kuat tul semangat diaorg ni. Riders yang pergi sorang pun tak msg mungkin atas moto laa tu.

Aku gerak dari umah kul 8am. Masa ride, dalam kepala aku sure kapten maki aku nti. Pasal kompom aku orang terakhir sampai. Nak buat camne, banyak tanggungjawab..hehe. Sampai di RV kul 8.30am, dah nampak tersusun ZZR kat tepi shell tu. Aku mengorak senyuman malu, takut kena maki…tp ok aje diaorg ni. Rupa-rupanya aku bukan yang terakhir, kira break record laa ni. Sifu kita Sham belum sampai dengan geng kelang. Sham, Razis, Din dan Andrew masih belum kelihatan. Lain-lain sudah ada termasuk geng flag-off (Zercoccol, Amm, Ghimeh, Pesang.. dengarnya Rasco pun ada tapi balik awal kerna kerja). Tunggu punya tunggu akhirnya Razis sampai dgn keretanya bersama anak dan isteri. Boot belakang pun penuh dgn tools dari umah Sham. Yang lain pun ada tumpang barang, so ringan sikit laa ride nanti. Razis bagitau Sifu Sham tengah repair moto lagi…hehe kitaorg gelak besar sebab memang kalu dah kaki DIY ni last minit pun dia balun jugak.

Lebihkurang 9.15am, kapten dapat panggilan dari Sham. Rupanya sifu kita dah terlepas simpang sampai ke Tesco Extra Cheras. Aduhhh kataku, takkan nak cari spare-part moto kat tesco kot...haaahaha...musykil bin hairan. Akhirnya baru lah sifu sampai tapi menunggu di perhentian Nilai...terlepas simpang jugak. Maka kitaorg yang menunggu ni pun mula laa akitiviti wajib..pakai jaket, helmet, glove (nasib baik boots tak perlu buka). Kami bergerak pukul 9.45am ke arah Nilai. Setibanya disana, aktiviti wajib berulang kembali..buka jaket, helmet & glove. “Briefing” sebentar tentang route yang akan dilalui dan juga tugas utk masing-masing. Sebelum bergerak, bacaan doa selamat dilakukan oleh “Menantu pak Ketua Penyabong” aka Razis agar perjalanan kami dilindungi Allah pergi dan balik.

Jam 10.15am kami memulakan perjalanan. Hati berdebar, penuh khusyuk minta lindungi tuhan. Dari final listing ada 8 biji moto (tenukz, jimf, azam, john, andrew, liam, sham & din) diikuti oleh Razis dgn kereta. Kapten mendahului di depan pada konstant speed dlm linkungan 100-120km/h. Semua mengikut rapat dibelakang dan aku sebagai lastman macam biasa. Traffic pagi tu boleh kata banyak juga kenderaan dan kerana route ini sudah tidak asing pada semua, maka perjalanan agak hambar.

Persinggahan pertama adalah di R&R Ayer keroh (jejantas). Jarak perjalanan dalam 70km. Oleh kerana lama menunggu, semua dah berasa lapar. Apa lagi, parking aje moto dan aktiviti wajib, semua menuju ke kedai makanan. Perut dah laparkan, mee goreng kosong pun nampak sedap...tambah lak ayam goreng dgn sambal ikan bilis..mmm menyelerakan. Setelah mengisi perut kami meneruskan perjalanan. Persinggahan seterusnya adalah di R&R Machap.

Kenderaan mula sesak.waktu pun dah tengahari. Matahari menebarkan bahangnya. Peluh jantan dah mula keluar ni, mata asyik menjeling ke “temperature”..jarum dah duk tengah.. relax broo, duk diam-diam aje kat situ. Sampai persimpangan Melaka, Nawza pun mengundur diri sambil melambai-lambaikan tangan. Macamana laa perasaan dia ketika tu melihat rakan-rakan lain meneruskan perjalanan. Tentu berkali-kali ayat “kalaulah aku leh ikut” bermain difikirannya. Namun tugas rasmi keluarga perlu dipenuhi, insyallah ada masa lain kali pasti dituruti.

Perjalanan ke Machap lebihkurang 150km jauhnya dari Ayer Keroh. Dari belakang aku perhatikan gelagat rakan-rakan dah mula tak tentu arah. Ada yg menggeliat, ada yg memanjangkan kaki, ada yg angkat bontot, ada ygride sebelah tangan…hehe. Dalam masa yg sama ada sebuah lori yg mengikuti kami dgn rapat dari belakang. Jarak ke Machap ada 36km lagi. Mmmm..alasan baik utk pecut ni. Lagipun moto aku baru overhaul kan, bila lagi nak test. Perlahan-lahan aku pulas trottle… weenngggg… dgn lembut speedometer naik. Aku pun bagi signal kat kapten..”free ride” laaa apa lagi. Terus tambah speed, sekelip mata aje aku lihat kat “side mirror” yg lain mengikut. Bertukar-tukar lead dari aku, kemudian sham, lepas tu liam, kemudian azam, john pun join sekali. Hilang rasa sengal-sengal urat, hilang rasa ngantuk, mata tertumpu kat speedo…dah 160km. Relax bang kata hatiku, nak test sikit aje, jangan perah lagi. Side mirror kanan aku nampak Azam menghampiri. Perlahan-lahan overtake aku…kompom 170km tu. Begitu laa bergilir-gilir lepas sorang-sorang perah moto sampai ke Machap R&R. Kami terus berhenti di Shell Machap. Kali ni hanya utk mengisi minyak.

Masa beratur utk mengisi minyak, masalah pertama timbul. Moto Dinz mengeluarkan tetiba “kencing”...hehe, tuan yang minum banyak, moto lak yg buang air. Warna coklat pekat kuar membasahi lantai simen Shell tu. “Bila pulak ada coolant warna coklat”, kata hati ku. Ooo, karat rupanya…hehe. Yelah, moto Dinz memang tahan, bak kata sifu Sham, moto tak pernah ada problem. Sekali buat hal ni maka barulah nampak rupa isi perutnya. Tapi masalah air tendang memang biasa utk ZZR, kira dah lali laa. Senyum aje aku tengok Din. “Tunggu sejuk sikit, isi air, nti ok lah” katanya penuh macho. Kami berhenti lebihkurang setengah jam di Shell. Banyak aktiviti masa tu, si Dinz isi air radiator, kapten baru sedar minyak brake kurang, miracle liam siap tidur duduk kat depan tu. Kalu ada tabung kat depan dia, sure aku dah derma 10sen…siannn dia hehehe.

Kami meneruskan perjalanan dengan hanya lebihkurang 100km lagi. Sepanjang perjalanan angin meniup kencang, jauh didepan sana kelihatan awan tebal. Hmm, nak hujan ni kata hati kecil ku. Sesampai persimpangan Sedenak, hujan mula rintik-rintik memenuhi ruang visorku. Aduh, kenapa laa takde orang cipta “wiper’ utk visor ni. Bagus gak tu, leh suruh sifu sham buat DIY nanti. Kapten pun memainkan peranan, terus berhenti di bahu jalan. Marshal kereta razis pun ikut berhenti, tapi aku nasihatkan dia menunggu di tempat rehat untuk mengelakkan sebarang malapetaka. Masing-masing pun sibuk memakai baju hujan, tapi ialah, kalu dah rider tu macam-macam kerenah. Pakai baju hujan pun nak nampak segak jugak. Habis semua zip dikancing, semua button dilekat…situ aje dah dekat 15minit. Selepas 5km meneruskan perjalanan, matahari mula menunjukkan diri. Cepat sungguh cuaca bertukar. Bahang mula naik dari kaki, tak cukup panas enjin, panas mentari aku harungi, tambah lagi panas pakai raincoat ini. Aku tengok kapten mcm takde ura-ura nak berhenti, aduhhhh sampai ke JB laaa gini.

Akhirnya kami tiba di tol skudai jam 4pm. Letih, sakit-sakit urat, lenguh semuanya hilang seketika. Lega rasanya sekurang-kurang dah melepasi suku perjalanan. Walaupun tak nampak muka, tapi terukir senyuman di helmet kawan-kawanku. Kami terus ke Danga Bay dalam keadaan berpakaian baju hujan tu. Bila lah nak berhenti ni, jerit hatiku. Sesampai disana, kami berpusing-pusing mencari tempat lepak. Semua dah bagi hand signal nak makan, macam boleh aku dengar keroncong perut kosong masing-masing. Jadi kami pun menghala ke restoran Singgah Selalu. Ramai yg ‘first-timer” ke johor bharu ni rupanya. Terguris senyuman puas diraut wajah masing-masing kerana selamat sampai di JB walaupun terasa kepenatan.

......bersambung
Back to top Go down
abe_Luing



Gender:Male
Age : 22
Joined : 16 Jan 2008
Posts : 2284
Location : kooala lumpor ku terchenta..

PostSubject: Re: Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008   Mon 28 Jan 2008, 3:56 pm

syukur suma selamat pergi dan pulang Very Happy Wink
ada buah tgn tuk member2 rmc x?
hehe bounce
_________________
Back to top Go down
darkrider
Moderator
Moderator


Gender:Male
Age : 26
Joined : 14 Jan 2008
Posts : 2277
Location : Sentul-Bangsar-Penang

PostSubject: Re: Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008   Mon 28 Jan 2008, 4:19 pm

jimf wrote:


Masa beratur utk mengisi minyak, masalah pertama timbul. Moto Dinz mengeluarkan tetiba “kencing”...hehe, tuan yang minum banyak, moto lak yg buang air. Warna coklat pekat kuar membasahi lantai simen Shell tu. “Bila pulak ada coolant warna coklat”, kata hati ku. Ooo, karat rupanya…hehe. Yelah, moto Dinz memang tahan, bak kata sifu Sham, moto tak pernah ada problem. Sekali buat hal ni maka barulah nampak rupa isi perutnya. Tapi masalah air tendang memang biasa utk ZZR, kira dah lali laa. Senyum aje aku tengok Din. “Tunggu sejuk sikit, isi air, nti ok lah” katanya penuh macho. Kami berhenti lebihkurang setengah jam di Shell. Banyak aktiviti masa tu, si Dinz isi air radiator, kapten baru sedar minyak brake kurang, miracle liam siap tidur duduk kat depan tu. Kalu ada tabung kat depan dia, sure aku dah derma 10sen…siannn dia hehehe.

huhuu..
kes camnih pun ada..
mujur la normal jaa... Smile
_________________


Muslim Aid Asia :: cuci dosa blog :: daging qurban dalam tin?
Back to top Go down
raziskov



Gender:Male
Age : 32
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 2902
Location : Shah Alam-Bkt.Jalil-Jasin.

PostSubject: Re: Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008   Mon 28 Jan 2008, 4:21 pm

Perjalanan dari RnR Nilai ke RnR Ayer Keroh.





Azamreeves dan Kapten Tenukz sedang berposing.


Berhenti mkn di RnR Jejantas Ayer Keroh.
Back to top Go down
raziskov



Gender:Male
Age : 32
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 2902
Location : Shah Alam-Bkt.Jalil-Jasin.

PostSubject: Re: Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008   Mon 28 Jan 2008, 4:33 pm

Berhenti di RnR Macap:




Motor Dinz "terkencing"...sambil diperhatikan oleh Sifu,Kapten dan Azamreeves.
Back to top Go down
raziskov



Gender:Male
Age : 32
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 2902
Location : Shah Alam-Bkt.Jalil-Jasin.

PostSubject: Re: Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008   Mon 28 Jan 2008, 4:49 pm

Berhenti Makan Tghari di Restoren Singgah Selalu Danga Bay.


Masing-masing tengah mengorder makanan..


Antara perserta paling muda dalam konvoi kali ni.. Very Happy

Back to top Go down
raziskov



Gender:Male
Age : 32
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 2902
Location : Shah Alam-Bkt.Jalil-Jasin.

PostSubject: Re: Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008   Mon 28 Jan 2008, 5:03 pm

Di Johor Bahru:


Peserta sedang spray rantai masing-masing.

Permandangan di Pantai Penyabong:





Sesi Memancing di Jeti Penyabong:


Raziskov n Dinz sedang amik gambar sendiri sebab tak dapat ikan..hhehe..
Back to top Go down
gilera_OWner



Gender:Male
Age : 88
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 216
Location : Kuala Lumpur

PostSubject: Re: Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008   Mon 28 Jan 2008, 5:08 pm

bro nawza separuh jalan je? huhu singgah kampung jumpe bini ye.. haha.. kene punch kad la tu..
_________________
give me an a italian dream machine
[u]
Back to top Go down
raziskov



Gender:Male
Age : 32
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 2902
Location : Shah Alam-Bkt.Jalil-Jasin.

PostSubject: Re: Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008   Mon 28 Jan 2008, 5:18 pm

Hari ke-2.Aktiviti di Kuantan :


Jimf n Sifu sedang meng"ayat" Kueh (Khairul) untuk tapau satar n otak2 kuantan..hehe Very Happy


Peserta paling muda 'interframe' lagi sambil mkn otak2..


Jimf,Tenukz,Andrew dan Johnkl sedang membaraikan motor Azamreeves yg patah rocker armnye..



Sesi mengangkat motor ke atas lori.Sempat gak jimf posing utk kenang-kenangan tepi lori tu.. Very Happy Very Happy
Back to top Go down
raziskov



Gender:Male
Age : 32
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 2902
Location : Shah Alam-Bkt.Jalil-Jasin.

PostSubject: Re: Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008   Mon 28 Jan 2008, 5:26 pm

Tiba di RV terakhir RnR Gombak dalam pukul 12.30am:


Peserta2 sedang bersalaman sambil mengucapkan tahniah sebab dah complete southern malaya ride.
TAHNIAH ZZRIAN...

Semua gamabr2 ni adalah berkait rapat dengan cerita dari tuan tanah Jimf.. Very Happy Very Happy
So..sape2 yang ade gambar lain sila2lah menokok-tambah kat dalam thread ni.
Back to top Go down
platinumcard
Moderator
Moderator


Gender:Male
Age : 18
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 379

PostSubject: Re: Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008   Tue 29 Jan 2008, 10:10 am

pergh...congrate bro..

marveles journey sampai ada yang patah rocker arm

sure y'all laju2 sumer


we need mor pics What a Face
_________________

Back to top Go down
harimaumalaya
Crew
Crew


Gender:Male
Age : 57
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 385

PostSubject: Re: Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008   Tue 29 Jan 2008, 12:43 pm

peerggghhhh... dasat.. dua hari satu mlm = 1000+km

p/s: korang tanak repeat Sg. Klah ker? Kita pegi ramai2 seluruh RMC kasi runtuh itu sotong Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil
_________________
Back to top Go down
raziskov



Gender:Male
Age : 32
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 2902
Location : Shah Alam-Bkt.Jalil-Jasin.

PostSubject: Re: Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008   Tue 29 Jan 2008, 1:58 pm

Boleh gak pak rimau..kasi bincang date yg sesuai..mesti bebudak zzr ni join punya..
Back to top Go down
johnckl



Gender:Male
Age : 43
Joined : 16 Jan 2008
Posts : 238
Location : Cheras, KL

PostSubject: Re: Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008   Tue 29 Jan 2008, 2:29 pm

John reporting. Pagi tadi connection takde. OK, akan upload gambar dan video nanti, tapi unedited video ler. Tak pandai editing, lagi pun takde software editing. Banyak yg tak cukup tido, Liam, Sham, aku. Kapten dapat pancing ikan sebesar 1 kaki panjang nyer! Dia pun dapat kail ketam lagi. kekeke! Aku pun sama dapat 'ikan' panjang 1 kaki. horhorhor! Tengok la gambar nanti kapten upload kan. Malam pancing tu endah nyer, bintang2 bersama bulan paling cerah, crystal clear skies, rough waters reflecting moonlight in darkness, angin tiup kencang, sejuk nyer, ada lampu2 dijeti, kita duduk hujung jeti pancing sambil borak. Makanan Penyubong best, fresh seafood, ikan bakar, open air, angin bertiupan, sembang2, besttt!

CONGRATS to all participants for completing a 1000km journey to conquer Southern Malaya!

Thank you to organisers, jimf, tenukz. Thank you, flag off party, tq razis n family, tq din for pancing, tq sham for DIY n bukak moto azam. Actually 1 rocker arm patah stengah, yg stengah lagi still somewhere in enjin, 1 lagi rocker arm ada skit pecah n kikis banyak kat tengah nyer. Sorry azam to see your moto got problem, hope takde masalah yg lebih dari tu dan cepat2 dapat balik moto. Jumpa kueh di kuantan, nice to meet you. Kenapa takde meet up with hayabusa kat jb yer? Anyway jb jam betul, mcam ler KL jam giler.

So sesiapa yg dah beli moto seken, tolong buat valve/teppet adjustment ASAP, lepas tu every 10,000km. Kalau dah bunyi, makna nyer dah mula lah makan part2 dalam enjin tu. Adjust valve pun tak mahal sangat, bagi sham buat ler, mungkin RM50 ker, cam tu jer, servis jer, bukan tukar per2 kecuali kalau yg dah rosak.

Nanti aku upload kan gambar2. Flagoff, lebih flagoffers dari southern riders. Tq for flagoff.


Last edited by on Wed 30 Jan 2008, 1:33 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
Andrew



Gender:Male
Age : 26
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 249

PostSubject: Re: Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008   Tue 29 Jan 2008, 6:55 pm

john, kasi hantar satu copy ke melaka040807...
_________________
Back to top Go down
ayed zzr



Gender:Male
Age : 18
Joined : 29 Jan 2008
Posts : 222

PostSubject: Re: Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008   Tue 29 Jan 2008, 8:47 pm

sg klah pon best gak...bukan jauh...tapi kiter pegi teluk batik dululah...lalu jalan dalam barulah best....sy bley kepala...hehehe...mtr pon kt kdai lg..ahakz!!!
Back to top Go down
ShamZX11



Gender:Male
Age : 36
Joined : 17 Jan 2008
Posts : 164

PostSubject: Re: Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008   Tue 29 Jan 2008, 9:20 pm

Gambar kat RnR Nilai... motor Dinz tu tengah test kipas jalan ke tak, tambah air radiator sekali... baru sampai kat Danga Bay... makan tengahari pukul 3.45 petang... keh keh keh...




Gambar kat Pantai Lido... berhenti pakai baju hujan kat Mersing... berhenti kat stesen minyak kat Jemaluang...




Makan malam yang menyelerakan sebelum memancing... hebat tak hebat ada dapat ikan, ketam dan belut sekali... ahaaaa...




Pemandangan di Penyabung dan Resort...




Masing-masing buat DIY untuk motor sendiri... ini la yang dikatakan biker berilmiah...




Kenangan sepanjang perhentian...




Semangat setiakawan yang tinggi... sama-sama tolong repair motor bermasalah... last option kena naik lori...




Anak Panah menunjukkan kedudukan Rocker Arm motor Azamreeves yang dah patah...



Ini la benda yang dipanggil Rocker Arm... satu patah hujung, lagi satu patah dua... yang separuh tu tak jumpa... huhuhu...




Moral of the story:

Servislah motor anda sebelum join ride jejauh... kalau tak servis jangan bawak lelaju... Jimf la ni, elok jadi last man tetiba berdesup gi depan dan racun Kaptenz... yang lain follow kecuali aku, Dinz dan Andrew... Dinz makin slow pasal temp naik, tu yang air tendang tu...
_________________

IF SPEED KILLS, I'M A DEAD MAN. My new phone number 01SAMFIBER = 0172634237
Back to top Go down
hadi0203



Gender:Male
Age : 21
Joined : 29 Jan 2008
Posts : 22

PostSubject: Re: Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008   Tue 29 Jan 2008, 11:21 pm

tahniah pada rianz semua, kerana berjaya menamatkan jelajah selatan.. tahniah
Back to top Go down

Report Artikel - ZZRian Southern Ride - 26 & 27 Jan 2008

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 3Goto page : 1, 2, 3  Next

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Riders Malaya Community :: Arkib RMC :: Arkib Aktiviti-