LAPORAN KONVOI RASMI MRC KE CAMERON HIGHLAND
MASA : 3H 2 M
TARIKH : 24-26.07.09
PENUNGGANG TERLIBAT : YB & MORROK
JARAK PERJALANAN : BP-CH-BP,1200KM
PENGGUNAAN MINYAK : RM50-RM60
Jumaat, 2.30pm
Bermulanya perjalanan kami disaksikan beberapa orang pelajar sekolah teknik batu pahat yang menunggu bas dihadapan Int. Perguruan Tun Hussein Onn.
Morrok mengisi minyak utk kali pertama 2km selepas mula bergerak.
Jumaat, 4 pm
Kami mula memasuki PLUS melalui Exit Tangkak kerana kurang arif tentang jalan Pagoh.
Banyak masa terbazir disini ekoran kereta yang bertali arus. Morrok mula menghadap silau mentari petang dengan visor clearnya itu.
Kami meneruskan perjalanan dengan berhenti mengisi minyak smbil membeli air dibeberapa RNR dihadapan.
Jumaat, 6 pm
Akhirnya kami sampai di Tol Sg Besi yang dianggap bukan Tol Sg Besi. Antara kata-kata Morrok yg sempat dirakamkan,”ini baru Serdang, ade satu lg Tol besar kt depan”. Sambil meneguk air, aku pn menganggukkan sahaja, maklumlah....jarang sekali naik motor ke KL. Biasa naik kereta aje. Selepas sahaja TUDM, Morrok dgn penuh yakin membelok dan membelok hinggalah tidak jumpa satu Tol pun....akhirnya kami tersesat ke jalan Pudu.
Selepas bertanya kabar kepada bangla di tepi jalan, aku pun mula menongkah arus jalan raya utk membuat U-turn. Disini, aku hampir2 kemalangan apabila dihimpit oleh sebuah Proton Iswara di bulatan, bulatan ape xtau....
Setelah sekian lama mencari jalan, aku menghubungi Kapan dan Kapan menyuruh aku ke Dataran Merdeka utk diambil oleh budak2nya iaitu Mino. Awek sakti turut mengambil bahagian dgn menelefon aku dan morrok bertanyakan kabar.
Sementelahan menunggu Mino tiba, aku dan Morrok mengisi perut di Medan Selera de Tebing. Morrok dgn rakus menghabiskan makanannya disitu tanpa mempedulikan kesalahan kesesatan tadi.
Jumaat, 8 pm
Mino membawa kami ke Masjid Kg Baru utk sedikit tahlil dan doa. Igtkan ade bubur lambuk, kata Mino,” belum musimnya lagi”....
Jumaat, 9pm
Kami smpi dibelakang RISDA dan bertemu dgn rakan Mino dr Temerloh serta Kapan dan Awek Sakti. Disini satu fenomena aneh telah berlaku. Kapan sama skali tidak menyangka Awek Sakti sedang menunggunya dikedai lain, Kapan hanya skadar memerhati dan menyangka Awek Sakti hanyalah sekadar pengguna jalan raya yg lain sepertinya. Selepas sahaja makan, merajuk dan memujuk, kami meneruskan perjalanan ke TTS KOM135 Subang. Selepas sesi suai kenal dan Ice Breaking serta minum malam. Aku dan Kapan mengisi minyak dan bergerak balik ke rumah Kapan...smpi sahaja dirumah, kami bersembang mambang hingga ke pukul 2 am.
Sabtu, 7 am
Kapan memecah hening pagi dengan bingkas bangun dari beradunya. Aku mengekori jejaknya dgn membungkus segala pakaian dan memanaskan jentera LC kami. Tanpa meninggalkan jejak, kami segera beredar dari situ jam 7.30 am. Sekali lagi kami mengisi minyak utk merembat ke RNR Rawang.
Sabtu, 7.45 am
Tiba di Tol Sg Besi berjmpa wasie dan trus merembat ke RNR Rawang, disini Wasie telah membuat satu penemuan menakjubkan iaitu mengetahui bahawa mono Kapan telah OOS(Out Of Service). Aku yg telah pun melihatnya dari awal lg skadar mengganggapnya perkara biasa kerana memikirkn mono kapan ialah mono yg best.
Sabtu, 8.15 am
Kami bertiga tiba di RNR Rawang.
SETERUSNYA, SILA RUJUK LAPORAN LAIN2 PESERTAPERJALANAN BALIK DARI SMPANG PULAI KE BATU PAHAT
Ahad, 5.30 pm
Selepas makan dan minum dan bersalaman dgn rakan2 seperjuangan. Aku, Morrok dan Edi bergerak menuju ke Exit Simpang Pulai utk meneruskan perjuangan diperbatasan.
Perjalanan yang diramalkan mencecah lebih 500km menjadi suatu igauan buat aku kerana minyak hitam aku telah kering semasa di Cameron lg. Kami mengisi minyak sejurus tiba di RNR Simpang Pulai. Disini, kami terlajak simpang kerana Edi tidak perasan simpang Exit. Perjalanan diteruskan, tiba disuatu tempat, kami menempuh kesesakn yang dasyat hampir 5 km mencelah-celah antara kereta dan lori ekoran kejadian kemalangan yg berlaku yg membabitkan sebuah nyawa terkorban. Morrok sempat mengambil gambar kejadian dan kami meneruskan kelajuan asal 140kmj hingga ke hentian seterusnya.
Ahad, 8 pm
Kami smpi di Exit USJ dan mengisi minyak. Disini kami akan mula berpcah dgn Edi dan berehat sedikit lama iaitu 15 minit kerana catatan masa yg baik setakat ini. Disini, aku dan Edi telah meracun seorang rider LC ipoh utk join MRC dan KOM***. Beliau mula terserempak dgn kami di PLUS dan menyertai konvoi kami sehingga disini. Kami telah pn bertukar2 nombor telefon sebelum meneruskan perjalanan. Rider LC ini bernama Salleh dan ayahnya pernah menjadi jaga di maktab aku belajar sekarang. Beliau berpecah dari kami setibanya di Exit Seremban
Ahad, 10.55pm
Jam menunjukkan 5 minit sebelum pintu pagar maktab ditutup. Ketika itu aku dan morrok mengisi minyak di RNR Pagoh. Kami meneruskan rembatan 5/7 throttle utk memaintainkan speed 130-140kmj.
Ahad, 11.25 pm
Kami sudah Exit Air Hitam dan berhenti membli burger dan air utk santapan malam.
Aku dan morrok meneruskan perjalanan ke Prit Raja, UTHM dan ke ITPHO.
Aku dan morrok berpecah di sini. Dengan rasa penuh kesyukuran dan kesedihan, aku berterima kasih sgt2 pd Morrok kerana sudi menjadi teman hidupku......eh, teman konvoi ku...
Ahad, 11.40 pm
Aku tiba diperkerangan gate utama IPTHO. Aku disambut dgn baik skali oleh jaga. Katanya,”asalkn kau selamat smpi sudahlah...” Lega aku....klu tidak, trpksa la aku menghulurkan sedikit souvenir utk menyejukkan amarahnya itu...
Dengan keletihan yang sungguh menguji kudrat ku, aku berkemas dan mendaki tangga2 kejayaan ke bilikku. Smpi shj dibilik, aku membaringkan diri dan menghantar report kepada Kapan, Edi dan Salleh mengatakan aku telah selamat smpi di IPTHO.
Sekian shja yg mampu aku laporkan.
HARAP SEGALA CACAT CELA DIMAAFKAN...
THE BEST RIDE 0F 2009.
TERIMA KASIH RMC!!!!